Monday 25 August 2014

KARYA SENI ...DUNIA SENI VISUAL. ( CATAN)

QARI JUNIOR SRI AL-QARI

QARI JUNIOR SRI AL-QARI

FATEH AMJAD TAHUN 1

karya MURID TAHUN 3 SEMPENA HARI KEBANGSAAN ( TEKNIK KOLAJ)

 Selamat menyambut Hari kemerdekaan ke 57..

karya murid-murid tahun 3 sekolah rendah islam al-qari

اَللَّهُمَّ اِنْفَعْنِي بِمَا عَلَّمْتَنِي وَعَلِّمْنِي مَا يَنْفَعُنِي وَارْزُقْنِي عِلْمًا يَنْفَعُنِي وَزِدْنِي عِلْمًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ وَأَعُوذُ بِاَللَّهِ مِنْ حَالِ أَهْلِ اَلنَّارِ
"Ya Allah, manfaatkanlah untuk diriku apa yang telah Engkau ajarkan kepadaku dan ajarilah aku dengan apa yang bermanfaat bagiku dan limpahkanlah rizqi berupa ilmu yang bermanfaat bagiku1. Tambahkanlah ilmu kepadaku. Segala puji bagi Allah dalam keadaan apapun dan aku berlindung kepada Allah dari keadaan penghuni neraka."2

1 Riwayat Nasai dan Hakim dari Anas bin Malik radhiallahu’anhu.
2 Riwayat Tirmidzi dengan sanad hasan dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu.

Saturday 31 May 2014

Pengembaraan sebagai hamba ditempatkan disebuah sekolah yang terbaik bagiku. Sekolah yang cukup unik punya keebihan tesendiri. Di sini aku menimba pelbagai pengalaman suka mahupun duka. Di sekolah ini lah tercipta pelbagai kenangan indah. Di sini juga bermula sebuah ceri ta seorang yang bergelar guru meskipun dalam hidupnya untuk menjdi seorang guru. Tapi Allah Akhbar, Allah itu Maha mengehtahui dan Maha Merancang. Keran aku HambaNya aku ciptaanNya, mesti dan pasti segalanya telah tertulis untukku. Subhannallah Dia Maha Mengehtahui kekuatan dan kelemahanku, Dia Yang Memahami keperluan hati setiap hambaNya. Akhirnya aku ditempatkan di sini, yang kesemua guru terdiri daripada guru-guru perempuan, sangat bersyukur dikelilingi semua rakan sekerja perempuan, rasa lebih terjaga rasa dijaga oleh Yang Maha Penjaga Yang tak pernah lelap.
Sedar tak sedar sudah hamper 3 tahun aku berkhidmat disini, mencari pengalaman hidup pada sebuah pengembaraan kehidupan. Terima kasih Allah kerana meletakkan aku disini, mungkin ini ini yang terbaik untukku.
Hari pertama aku menjejakkan kaki ke sekolah ini, rasa takut rasa gementar, kerana menjadi seorang  pendidik memang tiada dalam kamus hidupku. Namun aku tekadkan hati, ini jihadku untuk agama, member sebanyak yang mampu. seminggu mengajar, aku hampir demam, memang berhadapan dengan manusia lebih sukar berbanding berhadapan dengan benda yang tidak bernyawa. Tapi itulah kehidupan pasti dan mesti berhadapan dengan manusia. Punyai pelbagai ragam, pelbagai kisah pelbagai cerita tersendiri.
Aku yang baru dalam dunia ini, agak kekok, pengalaman mengajar di kelas corot, setiap kali aku mengajar, pasti air mata akan bergenang menahan marah, sedih, sebab tak mampu dan tak pandai nak mengawal kelas. Biasalah, kelas corot, pelbagai ragam aku hadapi. Tahun pertama, aku menjadi guru kelas pada kelas yang corot dan juga guru pusat sumber. Satu pengalaman yang menarik, memang aku suka membaca, tapi aku tak pandai sangat nak uruskan pusat sumber dan kelas. Dengan sedikit pengalaman sebagi pengawas pusat sumber aku cuba, aku buat research tentang pusat sumber.  Alhamdulillah, sekadar menghidupkan sedikit pusat bacaan.
Di sini aku di amanahkan megajar matematik, akhlak, pendidikan jasmani. Walaupun bidang aku bukan matematik, berkat ilmu yang aku belajar di sekolah rendah dan menengah dulu, aku mengajar anak-anak didikku. Baru aku tahu bukan senang menjadi guru. Bukan senang mendidik, perlukan kesabaran yang tinggi. Amanah dalam mendidik, bukan sahaja mendidk tentang duniami yang penting mendidik mereka supaya menjadi insane yang berakhlak mulia dan sentiasa solat.
Setahun aku di sini, sangat seronok, meskipun dibebani dengan kerja yang banyak, lagi satu yang best kita ada masa untuk tunaikan solat dhuha, solat jemaah bersama2 di surau. Sebab tahun tu, kami semua guru2 di sana rehat pada masa yang sama, jadi sempatlah pergi surau solat sama2, memang best. Sempat lagi buat terapi Q.
Setahun aku bekerja, aku berulang alik dari rumah ke sekolah, tak jauh pun dalm setengah jam, dari pasir mask ke kubang kerian. Memaglah kalau ikutkan memang jauh, tapi bila dah terbiasa rasa dekat dan sekejap. Aku berlulang alaik dengan  motor, keluar pagi balik petang. Waktu aku baru je dapat lessen, mujurlah kerja sekali dengan kakak. Kami pergi sama2 hujan panas aku redahi, kadang2 terlelap sambil tunggang motor. Boleh imagine tak? Tertidur atas motor.
Yang kelakarnya, ramai hampir setegha tahun aku dan kakak bekerja di sana, ramai guru2 lain tak tahu aku dan kakak adik beradik, ada pulak yang kata aku dan kakak kembar.
Tahun tu jgk, walaupun aku tak kenal sangat budak2 tahun 6, sebab aku mengajar tahap 1, aku cuba mendekati mereka yang bermasalah, entah aku rasa ingin membantu mereka. Ada la soorang budak ni boleh kata hardcore jgk la, tpi aku tahu hatinya lembut. Aku respectla murid2 sekolah kat tu, sangat baik, dapat hafaz quran, boleh kata agak rapat dengan guru, suka membantu.  Walaupun mereka anak2 orang kaya, Alhamdulillah akhlak mereka, ukhwah mereka terjaga. Baik perempuan mahupun lelaki. Biasalah kalau sorang dua yang kurang. Pisang setandan kadang2 ada 2 3 biji yang buruk. Sambung pasal budak tu, dalam kelas tu memang dial ah yang kurang dari segi pelajaran dan perangai, tapi klau mintak tolong dia memamng suka perkara praktikal, bantu cikgu. Aku doakan dia jadi anak yang soleh suatu hari nanti. Biasalah budak2 baru menjegah alam remaja, dalam proses mencari identity diri.
Akir tahun 2012, aku ada program dengan consultant. Kerja part time, biasalah kumpul saham untuk keakhirat.  Sekadar menjadi fasilitator,  prorgaram anak soleh, sambil menimba dan memperbaiki diri. Best sebab dapat ilmu dan dapat isi dan masa dan isi hati dengan perkara2 muhasabah diri. Masa tengah daftar, adala jgk anak didik aku yang join, budak yang hardcore. Pada malam muhasabah diri, aku tak pernah tengok lagi dia menangis, tapi pada malam tu, Ya Allah dia mennagis teresak2, aku tahu setiap manusia ada 1 tempat dihati yang masih lagi boleh disentuh. Alhamdulillah syukur Allah menyentuh hati2 mereka dengan kasih sayangNYA. Semoga airmata yang mengalir menhapus segala dosanya dan menyucikan hati2 mereka. Jika ianya sementara, aku harap suatu hari nanti dia akan menjdi lebih baik, menjadi anak yang soleh, yang berguna untuk agama, kerana aku melihat ada potensi dalam dirinya. Meskipun dia tak lagi bersekolah di sana, aku selalu bertanya khabr pada adik2nya. Bukan apa, sebagai fasilitator dan guru rasa bertanggungjawab untuk follow mereka kerana kita perlu bombing mereka menjadi lebih baik. Alhmadulillah ad sdikit perkembangan yang baik. Lagipun budak tu agak kerap jgak dating ke sekolah.
Tahun kedua aku mengajar di sana, pengalaman hidup yang berbeza semua menguji diri menduga iman.

Tahun 2014, aku masih  di sini mengajar anak-anak di sini. Menyumbang pada yang memerlukan.
Pengalaman mengajar segalanya, daripada seorang yang agak kena buli dengan murid dalam kelas. Aku mula menjadi sedikit tegas dengan mereka. Alhamdulillah Allah mudahkan. Aku pernah dengar bila kita berhadapan dengan manusia, kita kena kuatkan hubungan kita dengan Allah, insyaAllah semuanya mudah. Kerana hati manusia itu Allah yang jaga, kita dan mereka smuanya makhluk Allah, jadi bila kita dekat dengan tuan punya diri mereka, insyaAllah. Aku tahu tahun ni aku agak garang dengan anak-anak di sana tapi itu satu keperluan untuk mereka menghormati guru dan menjadi murid yang berdisiplin. Sampaikan ada murid2 aku yang sampai tak nak masuk kelas masa aku mengajar. Yang lucunya, bila aku nak masuk kelas, bermula la drama, yang sakit perut, pening kepala. Hampir 2 minggu. Aku cuba muhasabah diri di mana silap, aku tak lah garang sangat. Tapi tak lama pun, kelasku berjalan seperti biasa, bila aku Tanya pada murid2 tu, baru aku tahu masalah mereka, rupanya mereka tak pandai matematik, tak tahu nak buat kerja sekolah. Pernah sekali cuba menjar mereka menggunakan kaedah teknik mengajar cara nabi, tapi aku tak berapa tahu sangat sebab tu kurang menjadi. Bukan gagal tau tapi belum Berjaya sebab ilmu masih tak cukup.
Bila tiba hari guru, Ya Allah, aku cukup terharu dengan mereka, walaupun baru tahun 1, mereka tak henti2 menulis kad ucapan hari guru, walaupun menggunakan sehelai kertas buku garis dua, aku sangat2 menghargai. Hati anak2 kecil sagt bersih. Semoga mereka menjadi anak yang soleh dan solehah, yang berakhlak baik. Ya Allah peliharalah mereka, aku melihat sesuatu yang baik dalam diri mereka, bimbinglah mereka. Aku cukup tersentuh dengan seorang anak didikku, iQ yang tinggi, bercita-cita menjdi seorang doctor yang hafiz, aku doakan semoga cita2nya tercapai. Aku memanggilnya doctor kerana kata2 tu doa.  Dia menulis dalam buku aktiviti, che isma love Allah, Subhanallah anak sekecil itu sudah merasai cinta Allah dan Rasul. Mereka semua sangat berkepimpinan.

Sewaktu persembahan murid, aku cukup terharu dengan doa seorang murid, dan persembahan nasyid mereka. Oleh kerana mereka yang bernasyid terdiri dari kelas yang agak berperangai dan selalu ada je masalah, bila mereka memakai jubah serba putih, mengalunkan lagu terima kasih cikgu dan guru tersayang, subhanallah semoga mereka menjadi anak yang soleh dan baik yang menjaga solat. Aku tahu mereka anak2 yang baik. Ada antara mereka yang masih lagi belum pandai membaca al-quran walaupun tahun 5, Ya Allah rasa berhutangnya dengan mereka, kerana yelah di amanahkan untuk mengajar tapi masih ada yang belum pandi membaca. Aku ingin mereka menjadi hambaAllah yang menjaga solat dan berkahlak meskipun kurang pandai dalam akadermik. Ya Allah izinkan aku mendidik mereka mengajar mereka tentang keagungan MU. Izinkan aku mengajar mereka agar mereka tahu tulis dan baca. 

Wednesday 9 April 2014

TERHIMPIT DAN DI HIMPIT
KADANG-KADANG KEADAAN MEMAKKSA
MENCARI SUATU PERUBAHAN
MENGANJAKKAN DIRI KE SUATU DUNIA YANG BARU
 MENJADIKAN ANGAN-ANGAN SUATU RERALITY
CUBA DI GAPAI DAN MENGAPAI
TAPI ATURAN TAKDIR MENENTUKAN SEGALANYTA
 MENYERAH DAN TUNDUK PADA PERJALANAN TAKDIR
 MAHUKAN YANG TERBAIK....
MUNGKINKAH PELANGI ITU AKAN BISA DIGAPAI
SEPERTI SANG BURUNG YANG TERRBANG MENCECAH AWAN
USAH DIPAKSA SUATU PERUBAHAN
 BUKAN TIDAK MAHU TAPI TIADA DAYA
MENGERTI DAN MEMAHAMI BUKANNYA NYA MUDAH
CUBA LETAK KAN DIRI DI SITUASI LAIN
MUNGKIN ADA KISAH DI SEBALIK SEMUANYA
TERRHIMPIT ANTARA MAHU DAN MALU
PANGKALMYA M
DENGAN M  MASIH MENCARI SUATU SINAR
YANG BISA MELAHIRKAN INDIVIDU YANG BARU
TAPI SAHABAT PERCAYA DAN YAKIN AKAN ATURAN TAKDIR
TIBA SAATNYA AKAN GEGAR SEGALANYA....

 karya - izzatul mutmainnah-
pasir mas

alpakah diri?

SALAM MUJAHADAH BUAT  BUAT DIRI YANG ALPA
BAGAIKAN MELIHAT PASANG SURUTNYA AIR DIPANTAI
BEGITULAH KONDISI DIRI YANG KADANG KALA DILAMBUNG OMBAK
KADANG KALA JUGA IMAN NAIK DAN TURUN
KADANG-KALA  CUBA MENGERTI DIRI INI
DALAM MENCARI  'AKU' HANYA MENEMUI KELEMAHAN DIRI
TERKIAL-KIAL INGIN MEMINTA BANTUAN
PADA SIAPA ITU USAH KAU PERSOALKAN
KERNA ANDAI KAU TABAH ANDAI KAU REDHA
KEMANISAN IMAN AKAN KAU KECAPI
DIRI TAK MAMPU MELAWAN OMBAK INI DALAM KESEORANGAN
DAN DALAM MASA YANG SAMA AKU INGIN MENJAGA SAHABT LAIN
AKU RELA DIRI KESUSAHAN ASALKAN ORANG YANG KU SAYANG BAHAGIA
TAKLIFAN DEMI TAKLIFAN ADA DIBAHUKU
SEMACAMNYA DIRI TAK MAMPU
NAMUN AKU PERLU GAGAHI JUA
SAYANG BUKAN DI MULUT TAPI IANYA DI HATI
RENUNG KEMBALI KE DALAM DIRI ADAKAH DIRI MENYAYANGI DARI HATI ATAU SEKADAR DI BIBIR
MUNGKIN KADANG –KADANG AKU TERSILAP LANGKAH KERNA INGIN MEMBANTU
AKU TERIMA ANDAI IANYA SALAH KU
PEDIHNYA HATI BILA KASIHKU DIPERSOALKAN
MAAFKAN AKU DALAM MENYAYANGIMU AKU TELAH MEMBUATKAN HATIMU TERGURIS OLEH KATA FITNAH

 Karya – izzatul mutmainnah-

Pasir mas

SAHABATKU

SAHABATKU

AKU TAHU KAU MENDERITA
AKU MENGERTI KAU SENGSARA
AKU FAHAMI KAU MERANA

NAMUN APA YANG AKU MAMPU

BILA KAU KATA KAU MENDERITA
AKU BERDOA AGAR KAU TERUS TABAH

BILA KAU KATA KAU SENGSARA
AKU BERDOA MOGA KAU TERUS GAGAH

BILA KAU KATA KAU MERANA
AKU BERDOA HARAP KAU TIDAK PERNAH MENGALAH
 WALAU REBAH DI LIKU PERJALANAN

BILA KAU KATA KAU KESEORANGAN
KU BERDOA AGAR KAU DITEMANI CINTA ILLAI

BILA KAU KATA KAU LEMAH
KU BERDOA AGAR KAU DIBERI KEKUATAN

DOAKU INSYAALLAH TIDAK AKAN PERNAH PUTUS AGAR
MOGA DAN HARAP KAU TERUS DI BERI KESEMPATAN DEMI KESEMPATAN

KERNA TUHAN TIDAK PERNAH TIDAK TAHU.............

PASTI

Lihatlah langit di atas sana tersenyum melihat kegigihanku
Selalu ada kegagalan
Yang membawa putus asa
Maksudku hanya ingin yang terbaik
Untuk diri mencapai kejayaan
Baiknya aku buruknya aku
Terimalah aku seadanya
Pastikan ku berjaya
Jgan ada putus asa
Tak pernah aku terlintas
Hajatku untuk berhenti
Maafkan aku bonda
Jika belum ku berjaya
Sejauh langit diatas
Kan ku kejar kejayaan ku bersama redha-MU
Biar langit n bumi meruntuh
Biar jasad tertimbun disana
Bersama tak ingin lepas
Berjuang menuju Allah

Menuju Allah ku jadi begini...

karya - izzatul mutmainnah-
pasir mas

MENYINGKAP KEMBALI TIRAI LAMA

BERMULA KALAM DENGAN AWAL BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM
SANG MENTARI KIAN HILANG DARI PANDANGAN
TERMENUNG DIRI DI PINGGIR PANTAI MENYINGKAP TIRAI LAMA
SIANG MALAM SAL;ING SILIH BERGANTI
TERFIKIR DIRI TENTANG TIRAI LAMA YANG BAKAL DITINGGALKAN
APA MUGKIN AKU SUDAH MELAKUKAN YANG TERBAIK
APA MUNGKIN JUGA
AMANAH YANG DULU TELAH DIKAU LAKSANAKAN
ATAUPUN HANYA MELEPASKAN BATUK DI TANGGA
JIKA DIKAU MENGABAIKAN AMANAH YANG DULU MANA MUNGKIN DIKAU BISA
MEMIKUL AMANAH YANG BARU
AYUH INSAN BANGKIT
BANGKIT!!!!
RENUNGLAH KE DALAM DIRI
IMBAS KEMBALI SEJARAH SILAM ADAKAH HIJRAH KU TERHENTI DI SINI
ATAU MAMPUKAH AKU UNTUK MENGEMBARA PADA JALAN YANG BERLIKU INI
MAHU TIDAK MAHU DIKAU HARUS BERJUANG
SABAN MALAM HARI BERGANTI HARI
MALAM YANG MALAP
ANGIN YANG MENGHEMBUS LEMBUT
BERSAMA ALUNAN AL-QURAN MEMBISIK KE TELINGA YANG MENYENTUH JIWA YANG HALUS
HUJAN YANG RENYAI-RENYAI
KADANG-KADANG MEMBERI 1 INSPIRASI
ESOK AKAN HADIR KEMBALI
ESOK PASTI SANG MENTARI KEMBALI BERSINAR
HADIRNYA HUJAN MENYUBURKAN TANAH YANG GERSNAG
MOGA SAMA-SAMA KITA BERHIJRAH
DARI 1 LANGKAH KE LANGKAH YANG SETERUSNYA
KERNA PERJALANAN INI SUKAR UNTUK DIMENGERTIKAN
TAPI USAH DIKAU BERPALING DAN TEMUILAH KEMANISAN DALAM TAWAKKAL KEPADANYA
UNGKAPKAN SENYUMAN
MULAKAN HARI BARU
HAYUNGKAN KAKIMU DENGAN JIWA YANG GENTAR
MENUJU TIRAI YANG BARU
ANDAI KEMENANGAN MILIK KITA, USAH ALPA DAN LEKA

karya -izzatul mutmainnah-
pasir mas

SINAR IMAN

“MENCARI DAN TERCARI SINAR IMAN YANG KIAN PUDAR”
TERBITNYA MENTARI DI UFUK TIMUR
TERBENAMNYA IA DI UFUK BARAT
HARI SEMAKIN HARI, MENGHITUNG MASA YANG TELAH PERGI
DAN YANG AKAN PERGI
KINI MENERJAH KE RUANG GELEGAR MINDA
APAKAH SELAMA INI YANG TELAH DI LAKUKAN
APAKAH SELAMA INI DIKAU  TELAH LAKUAKAN YANG TERBAIK
APAKAH MUNGKIN DIKAU  TELAH MENZALIMI INSAN LAIN
AYUH BANGKIT WAHAI JUNDULLAH
MENCARI HATI YANG BARU
BERSAMA SEMANGAT DAN AZAM YANG BARU
MENCARI CAHAYA IMAN YANG KIAN PUDAR
BIARPUN MENTARI CERAH MEMANCARKAN SINARNYA
APAKAH MUNGKIN SINAR IMAN KU AKAN CERAH SEPERTI MENTARI
KOREPSI DEMI KOREPSI
MENCARI ALASAN MELEPASKAN DIRI
TAPI SETIAP PERSOALAN TELAH TERJAWAB
JAWAPAN YANG TIDAK PERLU DIRAGUI
KERNA IANYA SURAT CINTA DARI PECIPTA CINTA
USAH BERTANYA KENAPA DAN MENGAPA
TAKDIR TELAH MENENTUKAN
SEGALANYA BERMULA DI SINI
JALAN YANG PENUH LIKU INI BAKAL MENJADI KEMBARA IMAN MU
AGAR NANTI ENGKAU BISA MENGUTIP SERPIHAN
KESABARAN JUA TAWAKKAL KEPADANYA
AGAR NANTI

SAAT BERTEMU DENGAN MU YA ALLAH MENJADI SAAT YANG TERINDAH

karya- izzatul mutmainnah-
pasir mas

TANGISAN TERINDAH

Menangislah sahabat,
Kerna air mata adalah bicara yang terindah,
Air mata terindah lahir
Bilamana kamu terpisah dengan kemaksiatan
Bilamana kamu bertaubat dengan jiwa penyesalan
Tika kamu mengusir kawan-kawan yang buruk perangai
Tatkala itu kamu pasti merasakan
titisan air hangat dipipimu

Dan
Bilamana dirimu meraih tangan
Insan bergelar sahabat
Tanpa kamu sedari pipi dibasahi
Dengan airmata
Kerna sahabat bukan untk dimusuhi tapi untuk disayangi
Ketahui oleh mu duhai sahabat
Bahawa dirimu bukan untuk dilupai tapi untuk diingati
Dan sesungguhnya teguranku bukan
Untuk ku menyakiti mu
tetapi kerana ku sayang akan dirimu

menangislah sahabat
kerna  ianya

Sesuatu yang sangat indah bilamana
Tangisan itu untuk Allah.......

p/s;  insyaAllah to be continue

RINTIHAN SEORANG HAMBA

Nafsu ini masih membelenggu...
Dosa ini masih meliputi...
Duka ini masih menghantui....
....dan cinta ini ....
Untuk-Mu Illahi....

Ya illahi...
Disaat bahu ini KAU pikulkan amanah-Mu
Aku sungguh tidsk berdaya...
Disaat gelaran Daie menjadi
Taruhan dunia dan ukhrawi
Hati ini dihimpit derita
Ya illahi
Terkadang
Ada dosa yang kulakukan hingga membuatkan aku lupa pada-Mu
Terkadang Ya illahi
Segala ilmu di dadaku menghijabku dari melihat keagungan-Mu
Terkadang pula
Ada nilai hamba
Ada hakikat hamba yang telah aku siakan dan aku lupakan
Ya illahi
Akulah hamba-Mu yang lemah
Mendamba belas kaseh-Mu
Mengharap bantuan-Mu
Ya illahi
Ajarkanlah aku dengan sentuhan kaseh-Mu
Bimbinglah aku dengan harapan cinta dari-Mu
Bawalah aku dengan Rahmat-Mu
Agar
Aku tidak menghabiskan Rahmat-Mu
Dengan kemaksiatan-Ku
Agar
Gudang keampunan-Mu tidak berkurang
Kerana kelekaanku dan dosaku
Agar
Aku tidak tertutup daripada seluruh Rahmat-Mu
Maka  janganlah Ya Allah
Engkau singkirkan aku
Terimalah aku dan permudahkanlah aku sebagai
Hamba-Mu yang daif, lemah, dan serba kekurangan
Ya illahi
Engkau masih memandang hamba-Mu ini biarpun
Terlalu kerap hamba melupakan-Mu
Tanpa ku sedari
Ku merasai cinta dan kaseh dari-Mu buat hamba sepertiku
Ingatkanlah tika aku dalam kealpaan
Sedarkanlah tika aku dalam kelalaian
Berikanlah kejayaan dan kebahagian
Buat semua insan yang aku sayangi
Anugerahkanlah cinta dan kaseh-Mu pada mereka

Ameen

karya -izzatul mutmainnah-
pasir mas

diari sufi

DIARI SUFI

BUKAN AKU TAK PERNAH MENDERITA
TAPI SEMUANYA AKU SIMPAN
BUKAN AKU TAK PERNAH KECEWA
TAPI SEMUANYA AKU PENDAM
BUKAN JUA AKU TAK PERNAH TERSEKSA
TAPI SEMUANYA AKU TELAN
BUKAN AKU TAK PERNAH TERLUKA
TETAPI SEMUANYA AKU KAPAN

KERANA APA SAHABAT YANG DIKASIHI ALLAH

DERITAKU, KERANA JIWA YANG SUKA MENCABAR RASA
KECEWAKU, LANTARAN HATI YANG TAK PERNAH MAHU SETIA
SEKSAKU, EKORAN LIDAH YANG TIDAK BIJAK MENLONTAR KATA
LUKAKU,NATIJAH AKAL YANG KURANG WARAS MENTAFSIR DERIA

MAKA DOA AKU JADIKAN SANDARAN
AGAR JIWA BOLEH TERISI
MENJADIKAN HATI MAMPU BERPAKSI
LALU LIDAH JADI TERPUJI
LANTAS AKAL BISA BERFUNGSI

copy from buku " diari sufi"

MENGGAPAI CINTA-MU

AWAL BISMILLAH BERMULANYA TINTA ,

 SAAT CINTA-MU  KU GAPAI
PUAS KU MENCARI BARU KU TEMUI
MUTIARA CINTA-MU
BAGAIKAN LAYANG KEHILANGAN TALI ITULAH HIDUP TANPA CINTA-MU
SAKIT YANG TIADA BICARA,
HIDUP BAGAIKAN TIDAK TeRARAH
SYUKURKU DISAAT AKU MEMERLUKAN-MU
ENGKAU HADIRKAN CINTA-MU DALAM DIRIKU
ENGKAU BIARKAN HATI INI ASYIK DENGAN CINTA MANUSIA BUAT SEKETIKA,
DI SAAT ITU JUA AKU MULA KEHILANGAN CINTA-MU
PEDIH, SAKIT, SEKSANYA JIWA AMAT SUKAR UNTUK DIMENGERTIKAN
KU CUBA MENCARI TAPI KU REDHA
ANDAI SAAT ITU UJIAN BUATKU
TAPI KU SYUKUR KAU HIASI KEMBALI HATI INI DENGAN CINTA-MU
SETELAH SEKIAN LAMA HATI INI TIDAK TERARAH
YA ILLAHI HATI INI MERANA KESAKITAN TANPA CINTA-MU
CINTA-MU YANG SELAMA INI AKU SISIHKAN
MAAFKAN AKU , ANDAI SELAMA INI AKU ISI KEKOSONGAN HATI DENGAN CINTA MANUSIA
KU SYUKUR PADA-MU KERNA KAU KEMBALIKAN HATI INI
TERARAH KEMBALI DALAM MELAYARI SUATU KEHIDUPAN PENUH RANJAU
DISAAT CINTA-MU KU SISIH
DI SAAT ITU JUA CINTA MANUSIA BERPUTIK DI HATI
DI SAAT ITU HIDUP MENJADI KACAU
LANGKAH TIDAK TERARAH
KATA TIDAK TERKESAN
MALU MULA MENGHILANG
CUBA DIGENGGAM, CUBA DIGAPAI
SAAT JIWA KEKOSONGAN TANPA TARBIYYAH, AKU TIDAK MAMPU
CUMA MAMPU BERTAHAN DALAM LALAI
KU TEMUI KEMBALI CAHAYA YANG KIAN PUDAR
MOGA CINTAKU PADA-MU KAN KEMBALI BERSINAR

karya - izzatul mutmainnah-

pasir mas

mujahidah

MUJAHADAH

Tika sinar iman kian pudar
Di saat itu insan akan terumbang-ambing antara 2 jalan

Surah al-balad:10  “dan Kami telah menunjukkan kepadanya 2 jalan (kebajikan dan kejahatan)”

Di saat  ini jua tingkah entah ke mana, bicara kian lantang
Hakikatnya pada saat dan ketika ini
Dikau perlukan mujahadah
Untuk dikau kembali bangkit

Mujahadah?
Apa itu mujahadah?
Tika diri dalam kealpaan
Tersungkur nyaris jatuh
Berpautlah sekuat hati pada “tali Allah”

Surah al-imran:103 “ dan berpegang teguhlah kamu semua pada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai berai......

Berbicaralah dengan Allah walau tanpa suara
Bersualah dengan Allah walau tanpa wajah
Hakikatnya DIA Maha Mengehtahui isi hatimu
Setiap bingkisan, lukisan,bicara hatimu
Ku cuba menggapai rindu-MU
Ku cuba melamar redha-MU
Ku cuba meraih Cinta-MU
Bantulah setiap hamba-MU
Bantulah hamba-MU untuk terus bermujahadah

izzatul mutmainnah (Im ) 
pasir mas

Thursday 6 February 2014

7 Sunnah Hebat

Bismillah, Alhamdulillah

Perkongsian bersama ^__^

Ustaz Don Daniyal
7 Sunnah Hebat

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sama-sama kita muhasabah, jum zikir dan fikir..
insyaALLAH ^____^