Thursday 6 February 2014

7 Sunnah Hebat

Bismillah, Alhamdulillah

Perkongsian bersama ^__^

Ustaz Don Daniyal
7 Sunnah Hebat

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sama-sama kita muhasabah, jum zikir dan fikir..
insyaALLAH ^____^
Bismillah Alhamdulillah

Adakalanya kita perlu menangis,agar kita tau bahwa hidup ini bukan hanya untuk tertawa.

Adakalanya kita perlu tertawa,agar kita tahu mahalnya nilai Air mata.

Bersyukurlah pada orang yang menyakitimu,kerana dia yang membuatmu selalu tabah.

Bersyukurlah pada yang telah mengacuhkanmu,kerana dia yang menjadikanmu berdikari.

Bersyukurlah pada yang telah menjatuhkanmu,kerana dia yang telah menguji kemampuanmu.

Bersyukurlah pada yang telah mendzhalimimu,kerana dia yang telah menguji kesabaranmu.

Kadang-kadang ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala sembunyikan matahari,ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala datangkan petir dan kilat.

Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH hendak memberi kita pelangi yang cantik.

tips didik anak solat

Bismillah Alhamdulillah


Pesan Rasulullah: "Hendaklah kamu menyuruh anak-anak kamu bersolat ketika berumur tujuh tahun." (Riwayat Abu Dawud)
Antara asas penting dalam mendidik anak adalah solat. Di sini terdapat beberapa tips penting untuk mendidik anak solat:
1- Mengajar anak cara wuduk yang betul.
2- Mengajar anak cara solat yang betul.
3- Membawa anak-anak ke masjid sedari kecil.
4- Solat bersama-sama keluarga ketika berada di rumah.
5- Melakukan solat ketika bermusafir seperti semasa singgah di hentian rehat dalam perjalanan balik kampung. Anak-anak akan rasa solat itu penting.
6-Doa. Selalu mendoakan agar anak-anak tetap menjaga solatnya walaupun berjauhan dari perhatian keluarga.
(Dipetik dari Majalah al-Ustaz isu 7 dalam kolum fiqah Didik. Moga Bermanfaat)
Bismillah Alhamdulillah

SUDAH LAMA AKU MENGETAHUI TENTANGNYA
SEKIAN LAMA AKU MENGENALINYA,
AKU MENGATAKAN AKU CINTA PADANYA,
TAPI AKU TIDAK LANGSUNG CUBA MENEROKA TENTANG KISAH HIDUPNYA,
UNTUK SEKIAN KALI, AKU TERASA INGIN MENGENALINYA..
ALHAMDULILLAH AKU DITEMPATKAN DI SATU TEMPAT YANG INDAH
KALI PERTAMA , TERASA DI BENAK HATIKU “ ADAKAH AKU BENAR MENCINTAINYA”
KALI KEDUA, HATIKU MEMBUAK2 INGIN MENGENALINYA, DI SINI AKU MENGENALI DIRINYA YANG SANGAT ISTIMEWA, RASA CINTA DAN INGIN TAHU KU TENTANG HIDUPNYA MAKIN MENINGGI.
SEUSAI SAHAJA KEM, AKU CUBA MENDEKATI DAN MENGHAYATI SETIAP DETIK HIDUPNYA,

MAKIN AKU CUBA MENDEKATKAN HATIKU DENGAN KISAH HIDUPNYA, MAKIN AKU CUBA MENGENALINYA, MAKIN AKU RASA MACAM2, BOSAN, ,AKU CUBA UNTUK MENGENALINYA, BUKU DEMI BUKU AKU BACA, MELAWAN RASA BOSAN YANG MULA MENGHINGGAP.  “JIKA AKU CINTA KAN BAGINDA, AKU PERLU TAHU TENTANG PERJALANAN HIDUPNYA” AKU PERLU KENAL UNTUK AKU CINTA. YA, ALLAH REZKIKANLAH AKU UNTUK BERSAMA2 RASULULLAH S.A.W DI SYURGAMU, REZKIKANLAH AKU MENDAPAT SYAFAAT NABI-MU, …AMIN.
bismillah alhamdulillah

Sahabatku
Andai kau tahu betapa besarnya pahala memikir,merancang,menyusun, dan membantu islam nescaya kau takkan tinggalkan tugas jihad ini walau sesaat
Andai kau tahu betapa azabnya meninggalkan tugas amar ma’ruf nahi mungkar serta melaksanakan tugas khalifah, maka pasti dikau menghargai sesaat pemberian  ALLAH
Andai kau tahu betapa tingginya nilai persahabatan atas dasar aqidah islamiyyah nescaya dikau berusaha mempertautkannya dan menutup lubang-lubang perosak mahabbah J k.asma
Angin jika kau berhembus lembut melaluinya katakana padanya kita bersaudara selamanya
Air ...jika kau mengalir disisinya , ungkapkanlah padanya aku memohon maaf atas segalanya
Burung....jika kau tebang melintasinya sampaikan kataku kepadanya kita dipertemukan atas takdir tuhan ....kita bersama atas kasih ukhwwah kita dipisahkan kerana takdirnya jua
Namun kasih kita subur berpanjangan ...doa yang ku panjatkan untukmu sentiasa terangkai dalam satu jambangan ....malah harumnya tersebar  istimewa buat seorang insan semoga dirimu mekar dalam jambangan CINTA ILLAHI...