Saturday 10 June 2017

Assalamualaikum. Alhamdulillah genap 13 hari kita berpuasa. Melangkah kepada bulan purnama dalam bulan ramadhan. Lewat 13 hari juga tetamu ini telah hadir bersama kita, seharian siang dan malam. Tapi bagaimanakah kita melayani tetamu yang bakal pergi nanti? Atau adakah kita yang dahulu bakal pergi meninggalkan tetamu istimewa ini. 17 hari lagi tetamu ini akan melangkah pergi,,,,persoalannya adalah kita bakal bertemu kembali atau adakah ini pertemuan kali terakhir???

Ya Allah jadikanlah Ramadhan kali ini Ramadhan yang terindah dan bermakna buatku…

ATOM. Biasanya kita dengar perkataan ini dalam subjek chemistry. Cuba kita lihat sifat atom terikat kuat. Atom merupakan tenaga elektrik yang ada positif dan negatif. Dan ikatan yang mengikat sesama mereka adalah tarikan graviti.

Cuba kita teliti pada binaan alam. Cuba kita perhati pada binaan bangunan. Begitulah semuanya pasti di antaranya ada sesuatu yang mengikat dan memperkuatkan antara satu sama lain.

Binaan bangunan, binaan bangunan adalah batu bata yang saling bergandingan, dan di antara batu bata ada semen yang mengikatnya. Begitulah juga binaan manusia, binaan sebenar adalah hati-hati dan di antara hati-hati ada ikatan yang mengikatnya.

Ikatan??? ye,,,ikatan itu bukanlah ikatan kebendaan dunia, harta, darjat, dan bukanlah sesuatu yang boleh di rasa oleh pancaindera. Tetapi ia adalah suatu yang bersifat abstract. Hati yang mampu merasa.

Kasih sayang adalah ikatan kemanusian dan hati adalah tenaganya. Atom akan berubah sifatnya,menjauh,longgar dan berkecai bilamana tenagapada atom tersebut berlaga antara satu sama lain kerana ketandusan ikatan yang kuat seperti mana sifat atom.
Begitu juga hati-hati di dalam kehidupan manusia akan berlaga dan bertaburan ketika mana ia kehabisan ikatan yang kuat tika mana ia kehausan kasih sayang.

Islam adalah agama yang menjadikan ikatan kasih sayang sebagai ikatan yang pertama dan terkuat dalam kehidupan manusia.

Dan inilah realiti yang pernah saya lihat pada sahabat yang bersaudara, dalam sebuah kelompok yang saya sertai. Ketauhidan menjadi teras, kasih sayang menjadi tenaga, kejayaan dan kebahagiaan menjadi binaan- binaan ummah. TKSDK

Rahmah, Kasih sayang dan persaudaraan adalah satu-satunya yang boleh menjadi asas binaan hidup yang kuat dan kukuh. Maka berpegang teguhlah dengan Agama Allah, tali syahadah.



,satu persaudaraan islam. Yang mengukuhkan kita hanya satu, iaitu binaan hati-hati yang sambungannya pada tali syahadah. Pokok pangkalnya kembali kepada Allah melalui jalan yang diredhai.