Monday 7 September 2015

seorang sahabat bertanya

apa cita-cita mu, apa impianmu
apa minatmu

ana terdiam seribu bahasa,,hatiku bungkam seketika,,,lemah longlai mencari jawapan,,,

ye itu kelemahanku,,,

tiada apa yang menjadi cita-citaku melainkan syahid di jalanmu, menjadi anak yang solehah,menjadi hambMU yang diredhai....

tiada apa yang menjadi impianku
impian yang selama ini aku pendam,,,ingin aku menggapai syurgaMU...
aku ingin menggembirakan orang disekelilingku,,,aku ingin memiliki keluarga yang bahagia sakinah mawaddah dan rahmah,,,ingin mati dalam husnul khatimah
ingin aku menjadi penulis yang mampu menghidupkan hati-hati yang mati

apa minatmu,,,,ye aku lebih suka memendam rasa,,,meluahkan pada yang mampu berbicara
aku suka memberi dan terus memberi
membantu tanpa menolak,,,
ye aku suka menulis,,,aku lebih suka berbicara tanpa suara,,,
mengukir tinta dalm rahsia
melakar cinta dalam sunyi




DUNIA FASILITATOR very awesome

assalamualaikum
salam cinta penuh rindu
moga kasih menjadi tautan
pengikat jiwa-jiwa hamba

selawat dan salam pada junjungan besar nabi muhammad s.a.w

dunia fasilitator banyak mengajar dan mentarbiyah ana sehingga ana mampu berdiri hari ini, 
di sini ana bertemu dengan pelbagai insan
di sini ana mengenal dunia di sini ana mengenal hati dan budi
di sini ana mengenal keikhlasan

ye seperti perjalanan yang panjang dan dalam perjalanan itu ana berhenti di R&R,,,,
menjadi satu persinggahan bagi ana merehatkan minda dan jiwa. 
kerana hati ini juga perlu di isi
hati ini juga perlu ditarbiyah
di sini juga hadirnya pertemuan dan perpisahan
di sini juga tautan kasih terpateri
di sini juga harapan menggunung 

di sini ana mengenal erti kasih dan sayang
tanpa ikatan persaudaraan,,
di sini juga hati teruji
 
di sini juga
aku terkilan aku bungkam seketika,,,,memikirkan nasib mereka yang pernah bersamaku,,,
dalam rantaian doa rangkulan kasih MU Allah aku melabuhkan tirai cinta dengan doaku...
Engkau memberi mereka ujian yang sungguh aku terduga,,,,tersentap seketika,,,
Ya Allah mampukah mereka menghadapi ujian yang sebegini rupa di usia yang masih muda,,,
sungguh aku beruntung aku merasai rahmat Mu Allah...

semoga Engkau menjaga mereka dalam redha dan KasihMU Tuhan.

adik sabarlah sayang,,,,Allah ingin menjadikan mu orang yang hebat,,,Allah menyayangimu sayang,,,bertahanlah untuk seketika,,,,tak mampu untuk aku membantu,,,hanya doa mampu aku panjatkan..

adik aku mengerti apa mahumu
engkau ingin menjadi seperti orang lain,
aku tahu engkau ingin berubah meninggalkn kegelapan silammu
tapi setiap kali engkau cuba menlangkah engkau terasa longlai

adik di sisi mu ada yang menemani
ada yang menyokongmu
ada yang memerhatimu
mendengar rintihan hati, setiap bicara hatimu,
Allah sentiasa ada untukmu adik,,,

carilah Allah dalam rangkulan kasih ujian kerana ada rahmat yang tersembunyi...

terima kasih darul atiq,,,terima kasih Allah,,,kerana mengizinkan ana untuk bertemu dengan mereka,,,
adik usah menangis aku tahu dikau kuat sayang.....

to be continue

BINGKISAN HATI KARANGAN JIWA

ana tertarik dengan bingkisan hati karangan jiwa seorang hamba Allah,,,,

redhalah segala  takdir Allah kepada kita
agar Allah meredhai kita pula
maafkanlah segala kesalahan manusia lain kepada kita
agar Allah memaafkan kita pula
tutuplah aib manusia lain di dunia
semoga Allah menutup aib kita di akhirat kelak
tunaikanlah permintaan manusia lain hari ini
semoga Allah menunaikan permintaan kita esok
bukankah dunia ini tempat persinggahan sementara
dan kita akan berangkat bila-bila masa sahaja
bukankah jadual penerbangan telah ada
jangan kita lupa,,,,kembara ini KEMBARA IMANI
MERENTASI SAMUDERA KEHIDUPAN
MENCARI KALUNGAN HIDAYAH
BERBEKALKAN TAQWA YANG SATU
DEMI MU KURELA DEMI MENGGAPAI REDHA YANG HAKIKI.

DEMI-MU KU RELA

ASSALAMUALAIKUM,,,
senyum-senyum hati lampir-lampirkan ceria...

salam penghubung kasih sayang salam penyambut ukhwahfillah

tajuk yang akan saya kongsikan hari ini ialah DEMI-MU KURELA

bukan demi mu kekasih tapi demi MU Allah, kurela berpanas,
handsock???? panas???
stocking??? rimas???
tudung labuh???? lemas????

DEMI-MU
ku rela bertahan
kurela berpanas
ku rela dicemuh kerana apa yang aku pertahankan....

DEMI _MU
kurela mengorbankan CINTA yang kecil demi menggapai CINTA MU yang agung


itu bukan alasan sahabat,,,,,panas di dunia hanya sekejap,,,,bertahanlah sebentar,,
setiap apa yang Allah hadirkan untuk kita setiap apa yang Allah rencanakan untuk kita itu adalah yang terbaik
kerana Allah Maha segalanya Maha Kasih dan sayang