Friday 16 August 2019

"istigfar,  itu jalan terbaik.  Semakin Di risik  tentang perihal dirinya,  makin Hari terusik.  Allah,  tiada  niat  lain, Sekadar  utk  tahu  ttg  siapa  dirinya

Monday 12 August 2019

Dalam Al. Quran , ada  menyatakan  tentang guruh  Dan hujan.  Di  mana bunyi guruh memberikan harapan pada setiap Petani  bahawa hujan akan turun membasahi  bumi. 

Andai ini ujian ke Sekian Kali untuk  diri yang punyai kelemahan, ujian hati untuk Menjadikan  benteng hati ini  makin kental dan Kuat. 

Ya, aku sudah bersedia dengan apa  pun pengakhirannya. 

Pesan sahabat,  hanya letakkn peratusan yang cukup redah 2%
Pesan adik, lazimi istigfar
Pesan Acu,  berhenti  mengikutinya. 
Pesan bonda, jaga diri  ananakanda  selagi mana  tiada hitam dan putih  agar dirimu  tidak jatuh tersungkur Utk Sekian kalinya. 

Mungkin ini caranya Untuk kita lebih dekat dengan Allah.

Terima kasih Allah. 

Ingat setiap yang hadir dalam hidup kita pasti ada sesuatu  yang Allah ingin beri. 

Tuesday 6 August 2019

5 PESANAN BUAT WANITA ISLAM

1. Ilmu Ketua Akal

Sebagai seorang muslimah kita seharusnya mendalami ilmu-ilmu fardhu ain dalam kehidupan terutamanya ilmu aqidah agar dapat mengukuhkan iman serta membentuk keperibadian muslimah yang mithali.

Terutama wanita  sememangnya diumpamakan seperti kulit bawang, mudah koyak maka hanya dengan ilmu akan dapat mengawal emosi dan fikiran yang kecamuk. Dengan ilmu juga pastinya seorang isteri akan menjadi isteri yang solehah, seorang ibu akan bergelar ibu contoh, seorang anak akan menjadi anak yang mithali. Dan dengan ilmu pastinya seorang muslimah akan menjadi lebih mukminah.

2. Tarbiyyah Akhlakul Karimah

Sebagai seorang wanita muslimah, semestinya perlu bercita-cita untuk membina baitul muslim yang berjaya. Namun tugas seorang isteri, ibu bahkan sekaligus seorang pejuang agama Allah bukanlah satu medan yang mudah. Memerlukan tadhiyyah dan sangat meletihkan.

Tarbiyyah untuk membina akhlak yang mulia dalam sesebuah baitul muslim tidak hanya sementara tetapi bersifat berteruskan demi kelestarian impian membina anak-anak yang memiliki akhlak yang mulia. Maka, peranan seorang yang bernama ibu tersangatlah penting untuk membentuk akhlakul karimah dalam sesebuah rumah tangga. Justeru itu, akhlak yang mulia itu harus terlebih dahulu dibina dalam diri seorang muslimah yang akan menjadi ikutan dalam baitul muslim yang mahu dibina.

3. Pendidikan kekeluargaan

Pembinaan Baitul muslim juga sangat sukar dibina sendirian, memerlukan pasangan yang saling bekerjasama. Ilmu kekeluargaan dan keibubapaan merupakan asas utama untuk menjalankan kewajipan masing-masing.

4. Ilmu pembinaan ketamadunan islam

Ilmu pembinaan ketamadunan islam juga harus diketahui oleh setiap muslimah. Selain pejuang-pejuang muslimin ramai serikandi-serikandi yang menjadi pejuang agama Allah yang kita kasihi ini. Ilmu ketamadunan Islam ini juga dapat menerapkan nilai-nilai positif dalam diri muslimah untuk membina diri dan masyarakat agar ketamadunan islam semakin terbina dalam diri umat islam.

5. Ilmu keterampilan profesion

Muslimah zaman kini menceburi banyak jenis pekerjaan bahkan di pusat-pusat pendidikan juga lebih ramai wanita berbanding lelaki.

Penampilan merupakan satu isu dalam pekerjaan. Haruskah mengikut arus kemodenan semasa atau hanya mengikut keperluan diri menjadi dilema muslimat. Ilmu dalam berketerampilan mengikut profesion sememangnya sangat penting untuk menjaga syariat islam, kerana utuhnya seorang muslimah menjaga keterampilan muslimahnya akan mengangkat darjat addin dan membuktikan islam tidak menindas wanita bahkan menjaga dan melindungi martabat seorang muslimah. Perhebatkanlah menjalankan tugasan dan jangan lelah menjaga syariat berpakaian, in shaa Allah ada nilai disisi Allah.


*#MUSLIMAHSOLEHAHHIASANDUNIA*
Entah Betul atau tidak,  bilamana meminta  pada pemegang  hati  agar menghilangkn  perasaan yang hadir tanpa diminta. 

"ya  Allah hilangkan perasaan  yang hadir ini, hadirkan IA kembali  bila tiba waktu Dan saatnya. 

Pernah aku meminta agar ditanam rasa benci pada seseorg  Hanya kerana ingin menghilangkn perasaan kasih yang hadir.

Mujur  Allah itu Maha Kasih sayang,  tidak ditanam rasa benci malah dihilangkan rasa kasih. Alhamdulillah  2 minggu Selepas itu,  segalanya menjadi  neutral.

Perlu ke  aku ulang tindakan yang sama
"Ya  Allah izinkan aku melamar redha dan cinta Mu"...bisik hati kecilku.
Di  saat aku benar benar berharap pada Allah,  Engkau Hadirkan seseorang yang entah Dari mana.  Kerana aku sendiri tidak mengenalinya.

Aku  membuka akaun fb, aku meneliti  1 friend baru  , aku approve kerana mungkin ada mamanfaatnya Mungkin pada ilmu yang dishared.

Aku agak kaget  bilamana  mesej  pertamanya ingin bertaaruf, hati aku mula penuh  dengan tanda  tanya. Adakah ini ujian hati yang bakal akan aku hadapi lagi.
"Kenapa nak taaruf,  aku tak kenal pun dia" bisik hati kecil  tu.

Setiap kali aku menerima mesej darinya,  seraseram sejuk  Kaki Dan tangan,  entah Kenapa  menggigil. Air mata bercucuran jatuh tanpa aku pinta.  ....entah aku pun tak tahu Kenapa.  Adakah kerana rasa takut  untuk berkenalan  atau sebab tak biasa dengan situasi  sebegitu.
Mana taknya, baru je  mesej  terus tnya boleh pindah ikut ke tak, perempuan mana yang tak kaget,  aku lansung  tak kenal  tiba2 tanya soal Perkahwinan. Suatu yang menakutkann. 

Aku Cuba melihat sejauh  mana dia  serius, bukan apa aku tak  nak bermain  dengan hati. Tambahan lagi bila tidak melibatkn orang tengah. 
Aku tahu dimana kelemahan hati aku.  Aku risau perkara yang sama berulang lagi.  Bukan aku mudah memberi perasaan Tapi itu  kelemahan aku.  .

Aku menerima untuk taaruf kerana adab  dia. Dan Cara dia mesej  tidak mengganggu  hati aku. 
Makin lama aku berhubung  aku semakin risau jika kehadirannya  melalaikan aku.  Alhamdulillah  aku tenang, tindakanku  positive. 
Setiap kali aku ingin buat keputusan,  solat  2 Rakaat  aku  laksanakan.  Moga keputusan  yang bakal  aku buat adalah yg  terbaik. 

Aku memberi masa 3 bulan Utk kami taaruf,  " ya  Allah dalam Tempoh 3 bulan aku  taaruf  Jangan  biarkan dia  menyentuh hatiku, pelihara aku dari maksiat  hati  Dari fitnah hati.  " bisik hatiku.

Semakin lama,  bentang hatiku  hampir  roboh,  bukan aku berharap pada dia,  kadang2 peperasaan tu hadir tanpa kita mintak,  tambahan  aku memang tak biasa berkawan dengan lelaki  melainkan urusan kerja. 
Lagipun  Persekitaran  aku Semua perempuan,  mungkin sebab Allah Maha Tahu kelemahan  hambaNya. 

Aku bukan kuat,  namun aku juga rapuh.  Sekali lagi,  entah kekuatan Dari mana,  Usai sahaja  hati aku  berbisik " Ya  Allah tolong jaga aku  dalam jagaan Mu  jauhi  aku dari maksiat  hati, aku tak mampu.  "..

Terima kasih Allah,  aku redha akan agama  n akhlaknya. Semoga ini  Cara terbaik utk  aku menjaga hati.  Kerana aku  tak  nak  timbul  harapan  pada dia. 




Tuesday 30 July 2019

UTAMAKAN IBU BAPA DAN AHLI KELUARGA.

ANAK-ANAK MUDA SEKALIAN,

ALLAH SWT telah berpesan supaya menjaga hubungan silaturahim sesama manusia. Malah ALLAH SWT memberi peringatan menjaga silaturahim adalah satu nikmat yang tidak semua orang dapat merasainya, kecuali mereka diberikan hati yang sentiasa berlapang dada terhadap orang lain.

Firman ALLAH SWT yang bermaksud:

"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) ALLAH SWT dan ingatlah akan nikmat ALLAH SWT kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuh-musuhan, maka ALLAH SWT menyatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat ALLAH SWT orang yang bersaudara dan kamu berada di tepi jurang neraka, lalu ALLAH menyelamatkan kamu daripadanya."

 (Surah Al-Hujurat, ayat 103)

Jika silaturahim sesama manusia dituntut dalam agama, apatah lagi hubungan silaturahim dalam keluarga yang juga satu tanggungjawab besar.

ALLAH SWT memberi peringatan kepada Nabi Muhammad SAW untuk menjaga dirinya dan ahli keluarganya daripada azab neraka.

Firman-Nya yang bermaksud:

 "Hai orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka."

 (Surah At-Tahrim, ayat 6)

Oleh itu Anak Muda Sekalian,

Keluarga adalah perkara utama dalam membina masyarakat harmoni dan berkasih sayang. Keluarga yang baik akan melahirkan masyarakat yang baik dan berakhlak mulia. Oleh itu, dalam melakukan kebaikan,IBU BAPA serta Ahli Keluarga adalah kelompok yang paling utama perlu diberi perhatian.

Rasulullah SAW adalah model terbaik dalam membina keluarga, seterusnya membina masyarakat dan ummah yang mempunyai keperibadian mulia. Baginda SAW begitu sayang kepada ahli keluarga dan menyantuni bapa saudaranya, Abi Talib yang masih belum beriman dengan agama ALLAH SWT.

Baginda bukan sahaja mengharapkan kebaikan pada dirinya, bahkan mengharapkan kebaikan untuk ahli keluarganya. Dakwahnya tidak terhenti kepada Abi Talib sehinggalah bapa saudaranya itu meninggal dunia.

Janganlah kita mengharap untuk memasuki syurga ALLAH SWT bersendirian, tetapi tanamlah perasaan dalam diri untuk memasuki syurga bersama ahli keluarga kita.

Wallahua'lam

"ISLAM MEMIMPIN"AKHIRAT DI DEPAN"

#🇸🇦INTIFADA🇲🇾
DIDIK REMAJA

SAHABATKU,

Kekuatan agama adalah bergantung kepada keperibadian dan corak pemikiran remaja hari ini. Mereka adalah pemangkin kepada umat Islam untuk meneruskan perjuangan menegakkan syariah Islam pada masa akan datang.

Pergeseran dan perselisihan yang sengit sesama umat Islam masa kini menyebabkan ramai kurang prihatin terhadap pembinaan spiritual atau kerohanian remaja. Sedangkan kekuatan kerohanian dan jati diri adalah faktor utama dalam pembentukan personaliti serta corak pemikiran remaja.

Dalam era globalisasi pengaruh kehidupan hedonisme, unsur-unsur lucah dan corak kehidupan yang bertentangan dengan fitrah manusia seperti gay dan lesbian tersebar begitu pantas dalam media massa elektronik.

Jika remaja tidak diasuh dengan pendidikan kerohanian dan kefahaman Islam secara serius, maka corak pemikiran dan keperibadian remaja lebih cenderung kepada perkara-perkara yang boleh menghakis akidah serta corak kehidupan umat Islam.

Oleh itu, setiap umat Islam perlu menunjukkan sikap cakna kepada individu Islam lain terutama kanak-kanak dan remaja kerana mereka adalah individu yang bakal mewarisi syariah serta syiar Islam pada masa hadapan.

Islam telah menggariskan panduan utama dalam menjana masyarakat yang cakna iaitu kita hendaklah kita berpegang teguh dengan ajaran Islam yang sebenar, mengamalkan sikap toleransi dan kesamaan serta menjauhi segala sifat mazmumah (keji).

"Peringatan Buat Diri Sendiri Juga"

"ISLAM MEMIMPIN"AKHIRAT DI DEPAN"

# 🇸🇦INTIFADA🇲🇾