"Ya Allah izinkan aku melamar redha dan cinta Mu"...bisik hati kecilku.
Di saat aku benar benar berharap pada Allah, Engkau Hadirkan seseorang yang entah Dari mana. Kerana aku sendiri tidak mengenalinya.
Aku membuka akaun fb, aku meneliti 1 friend baru , aku approve kerana mungkin ada mamanfaatnya Mungkin pada ilmu yang dishared.
Aku agak kaget bilamana mesej pertamanya ingin bertaaruf, hati aku mula penuh dengan tanda tanya. Adakah ini ujian hati yang bakal akan aku hadapi lagi.
"Kenapa nak taaruf, aku tak kenal pun dia" bisik hati kecil tu.
Setiap kali aku menerima mesej darinya, seraseram sejuk Kaki Dan tangan, entah Kenapa menggigil. Air mata bercucuran jatuh tanpa aku pinta. ....entah aku pun tak tahu Kenapa. Adakah kerana rasa takut untuk berkenalan atau sebab tak biasa dengan situasi sebegitu.
Mana taknya, baru je mesej terus tnya boleh pindah ikut ke tak, perempuan mana yang tak kaget, aku lansung tak kenal tiba2 tanya soal Perkahwinan. Suatu yang menakutkann.
Aku Cuba melihat sejauh mana dia serius, bukan apa aku tak nak bermain dengan hati. Tambahan lagi bila tidak melibatkn orang tengah.
Aku tahu dimana kelemahan hati aku. Aku risau perkara yang sama berulang lagi. Bukan aku mudah memberi perasaan Tapi itu kelemahan aku. .
Aku menerima untuk taaruf kerana adab dia. Dan Cara dia mesej tidak mengganggu hati aku.
Makin lama aku berhubung aku semakin risau jika kehadirannya melalaikan aku. Alhamdulillah aku tenang, tindakanku positive.
Setiap kali aku ingin buat keputusan, solat 2 Rakaat aku laksanakan. Moga keputusan yang bakal aku buat adalah yg terbaik.
Aku memberi masa 3 bulan Utk kami taaruf, " ya Allah dalam Tempoh 3 bulan aku taaruf Jangan biarkan dia menyentuh hatiku, pelihara aku dari maksiat hati Dari fitnah hati. " bisik hatiku.
Semakin lama, bentang hatiku hampir roboh, bukan aku berharap pada dia, kadang2 peperasaan tu hadir tanpa kita mintak, tambahan aku memang tak biasa berkawan dengan lelaki melainkan urusan kerja.
Lagipun Persekitaran aku Semua perempuan, mungkin sebab Allah Maha Tahu kelemahan hambaNya.
Aku bukan kuat, namun aku juga rapuh. Sekali lagi, entah kekuatan Dari mana, Usai sahaja hati aku berbisik " Ya Allah tolong jaga aku dalam jagaan Mu jauhi aku dari maksiat hati, aku tak mampu. "..
Terima kasih Allah, aku redha akan agama n akhlaknya. Semoga ini Cara terbaik utk aku menjaga hati. Kerana aku tak nak timbul harapan pada dia.
No comments:
Post a Comment