5 PESANAN BUAT WANITA ISLAM
1. Ilmu Ketua Akal
Sebagai seorang muslimah kita seharusnya mendalami ilmu-ilmu fardhu ain dalam kehidupan terutamanya ilmu aqidah agar dapat mengukuhkan iman serta membentuk keperibadian muslimah yang mithali.
Terutama wanita sememangnya diumpamakan seperti kulit bawang, mudah koyak maka hanya dengan ilmu akan dapat mengawal emosi dan fikiran yang kecamuk. Dengan ilmu juga pastinya seorang isteri akan menjadi isteri yang solehah, seorang ibu akan bergelar ibu contoh, seorang anak akan menjadi anak yang mithali. Dan dengan ilmu pastinya seorang muslimah akan menjadi lebih mukminah.
2. Tarbiyyah Akhlakul Karimah
Sebagai seorang wanita muslimah, semestinya perlu bercita-cita untuk membina baitul muslim yang berjaya. Namun tugas seorang isteri, ibu bahkan sekaligus seorang pejuang agama Allah bukanlah satu medan yang mudah. Memerlukan tadhiyyah dan sangat meletihkan.
Tarbiyyah untuk membina akhlak yang mulia dalam sesebuah baitul muslim tidak hanya sementara tetapi bersifat berteruskan demi kelestarian impian membina anak-anak yang memiliki akhlak yang mulia. Maka, peranan seorang yang bernama ibu tersangatlah penting untuk membentuk akhlakul karimah dalam sesebuah rumah tangga. Justeru itu, akhlak yang mulia itu harus terlebih dahulu dibina dalam diri seorang muslimah yang akan menjadi ikutan dalam baitul muslim yang mahu dibina.
3. Pendidikan kekeluargaan
Pembinaan Baitul muslim juga sangat sukar dibina sendirian, memerlukan pasangan yang saling bekerjasama. Ilmu kekeluargaan dan keibubapaan merupakan asas utama untuk menjalankan kewajipan masing-masing.
4. Ilmu pembinaan ketamadunan islam
Ilmu pembinaan ketamadunan islam juga harus diketahui oleh setiap muslimah. Selain pejuang-pejuang muslimin ramai serikandi-serikandi yang menjadi pejuang agama Allah yang kita kasihi ini. Ilmu ketamadunan Islam ini juga dapat menerapkan nilai-nilai positif dalam diri muslimah untuk membina diri dan masyarakat agar ketamadunan islam semakin terbina dalam diri umat islam.
5. Ilmu keterampilan profesion
Muslimah zaman kini menceburi banyak jenis pekerjaan bahkan di pusat-pusat pendidikan juga lebih ramai wanita berbanding lelaki.
Penampilan merupakan satu isu dalam pekerjaan. Haruskah mengikut arus kemodenan semasa atau hanya mengikut keperluan diri menjadi dilema muslimat. Ilmu dalam berketerampilan mengikut profesion sememangnya sangat penting untuk menjaga syariat islam, kerana utuhnya seorang muslimah menjaga keterampilan muslimahnya akan mengangkat darjat addin dan membuktikan islam tidak menindas wanita bahkan menjaga dan melindungi martabat seorang muslimah. Perhebatkanlah menjalankan tugasan dan jangan lelah menjaga syariat berpakaian, in shaa Allah ada nilai disisi Allah.
*#MUSLIMAHSOLEHAHHIASANDUNIA*
No comments:
Post a Comment