Sunday 11 December 2011

Hati [♥] adalah raja dalam kerajaan diri,
 
Hati [♥] adalah nilaian Allah terhadap hamba-NYA 

Hati [♥] adalah wadah untuk hidayah, iman dan taqwa

[♥] 

Hati [♥] adalah sebagai penentu keselamatan di akhirat
 
Hati [♥] adalah menjadi rebutan antara malaikat dan syaitan 

Hati [♥] adalah kamar ketenangan dalam diri manusia

Hati adalah sumber himpunan rasa yang ada dalam diri 

manusia[♥]

S.A.H.A.B.A.T

Assalamualaikum

Firman Allah" Wahai manusia  sesungguhnya Kami (Allah)  menciptakan  kamu daripada  seorang lelaki dan seorang perempuan, dan  menjadikan kamu  berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya  kamu saling  mengenali. Sesungguhnya yang paling mulia  di sisi Allah  ialah yang paling bertaqwa antara kamu" (Al-Hujurat :13)

Sudah pasti ramai dalam kalangan kita mempunyai ramai sahabat2, teman2, kawan2, kan?? Tak di nafikan kadang2 ada perselisihan dalam persahabatan. Dalam berukhwwah pentingnya rukun ukhwwah.


1) Berlapang Dada

2) Bersangka Baik(Husnuzhon)

3) Melebihkan Sahabat(al-Itsar)



Bagaimana ye nak kekalkan hubungan baik dengan sahabat-sahabat atau kenalan kita?


1) Kejujuran
2)  Memahami  sahabat kita  dengan lebih mendalam
3) Saling mempercayai sesama sahabat
4)  Setia dalam persahabatan
5) Menjadi pembela kepada  sahabat
6) Memaafkan sahabat
7) Saling mendoakan walaupun jauh

H.I.D.A.Y.A.H

Assalamualaikum
" Ya Allah tunjukilah  kami jalan yan lurus, jalan  orang-oran yang telah Engkau beri  nikmat kepada mereka, bukan jalan  orang-orang yang  Engkau murkai dan bukan pula jalan orang yang sesat" (Al-Fatihah: 6-7)

Bila berbicara soal hidayah, pasti orang akan bertanya bilakah datangnya hidayah? Dan bila kita berbicara dengan sesetengah masyarakat, ada pula yang menjawab " tunggulah dulu, tak sampai hidayah lagi, tak sampai seru nak berubah". Macam-macam kan. Hidayah itu milik Allah dan Allah akan berikan kepada hamba-NYA yang DIA kehendaki.

Bagaimana cara mendapat hidayah ye??

1. Perbanyakkan berfikir  dan mencari bukti tentang  sesuatu kebenaran.
2. Melawan hawa nafsu dan  menyucikan jiwa.
(Imam Fakhruddin ar-Razi, Kitab  Mafatih al-Ghaib)

 Sahabat-sahabat, ana selalu dengar kata-kata ni " untuk mendapat hidayah sukar, tapi untuk menjaganya bukanlah senang".
Bagaimana cara untuk kita menjaga/ mempertahankan  hidayah ?

1. Taat dan sentiasalah berdoa
  •        ( doa dalam surah Al-imran : 8)
  •        " Wahai Tuhan yang membolak balikkan  hati, teguhkan hati kami diatas agama-MU"
  •        " Ya Allah yan  mengubahkan  hati,  ubahlah  hati-hati kami  kepada mentaati-MU" 
  •       " Ya Allah  perbaikilah agamaku sebab dialah  yang akan  memelihara segala urusanku,  perbaikilah        duniaku kerana padanya  aku menjalani kehidupanku,  dan perbaikilah  akhiratku  kerana  kepadanya aku akan menuju,  Ya Allah jadikanlah  kehidupanku ini  sebagai pertambahan  amal-amal solehku dan jadikanlah kematianku  kelak sebagai  tanda  berakhirnya  segala dosaku"

2. Ikhlas
3. Melazimkan  membaca Al-Quran da menghayati  isi kandungannya
4. Kekal berterusan  dalam melakukan ubadah wajib.
5. Melazimkan ibadah sunat  seperti  solat sunat dan puasa sunat
6. Melazimkan berzikir  kepada Allah

PUISI hati


Alhamdulillah, tetiba ilham datang, sempat ana siapkan puisi ini sepanjang perjalanan ana di atas bas ke tempat kerja. =)


Tatkala perginya malam berganti siang, 
sesekali berselindung dibalik sinaran mentari,
Di hening sunyi itu, 
lipatan sejadah menjadi saksi, 
Mutiara taubat kian membasahi,
menerbitkan layar keinsafan di lautan yang kelam,
bagaikan sinaran mentari yang menembusi lautan yang kegelapan,
Ku biarkan  kelmarin pergi bersama  kenangan lalu,
 hari ni ku genggam segunung harapan,
Ku pasakkan ketakutan  pada-MU, beriringan keyakinan pada-MU
seumpama
kilat yang memberi suasana ketakutan beriringannya sebuah pengharapan
kepada sang petani
"hujan  akan membasahi bumi yang gersang"
Memang naluri sekeping hati  ingin dihiasi kebaikan
namun seringkali langkah terhenti  dek kerana 
naluri nafsu itu selalu inginkan keseronokkan
Mencari destinasi cinta yang hakiki
terkadang hati pasrah tatkala ujian melewati
nanar mencari erti hidup
kadang kala hati berbicara sendirian
menukilkan bingkisan buat sekeping hati
kadangkala hati tak bisa sendirian
maka carilah TEMAN buat hati yan sepi,
TEMAN yang menemani 
dikala yang lain berpaling pergi meninggalkan kita.
nukilan : wardatulsyauqah

  

Sunday 4 December 2011

Pertemuan ini

Assalamualaikum.
Alhamdulillah malam ni dapat baca blog seorang kakak yang bagi wardah, ianya hebat, dan penuh inspirasi dengan digabungjalinkan bersama pengalaman orang yang hebat di jalan dakwah. Syukur, sayu, kagum bila membaca kisah-kisah inspirasi dalam blog beliau. Pertama wardah melihat beliau, terpancar aura positif, mungkin sebab beliau sokmo senyum kot. Bak kata seorang motivator "ustaz izani" - senyum itu dapat menyebarkan aura positif kepada orang lain-
Rupanya disebalik beliau yang sekarang ini, dibelakangnya sudah banyak ujian yang ditempuhinya. Wardah cukup kagum dengan kegigihannya seorang yang bergelar, mahasiswa, seorang anak, seorang pemimpin, seorang daie. Setelah wardah hayati setiap cerita tentang dirinya, dan setelah wardah perhati setiap coretan pengalaman beliau, memang bukan senang nak senang, perlukan kekuatan, pergantungan dengan Allah.
Seiap kali beliau mengelolakan slot semasa program motivasi, wardah selalu menjadi pemerhati, di dalam hati wardah "insyaallah aku mampu untuk jadi seperti itu dan berdiri di hadapan untuk aku memberi bimbingan". Terima kasih Ya Allah atas pertemuan ini.

Thursday 1 December 2011

Bicara kita Tindakan kita.!!!!

Tepat jam 4.30 petang, Alya  beransur pulang dengan menaiki bas. Kebetulan hari tu bas agak lewat bertolak, Alya mengambil keputusan untuk menunggu bas sampai sambil membelek-belek buku ditangannya. Bukan apa, tak terasa penat menunggu bila kita membaca lagipun dapat faedah kan. Helaian demi helaian dibeleknya, kini matanya tertacap pada halaman yang berkisar tentang "Nak baca komik boleh?". Tajuknya macam best, sebab Alya pun kadang-kadang baca juga komik atau novel.

 First impretion Alya bila baca tajuk tu, Alya rasa baca komik ok jer, takde lah salah kan. Dalam ni ada satu persoalan dari seorang adik "Akh betul ke seorang daie tu tak boleh baca komik , tak boleh tengok movie, tak boleh main game, dan tak boleh macam-macam lagi?"

Si abang pun menjawab persoalan adik tadi, " Boleh je nak tengok dik, tapi biarlah apa yang kita baca tu memberi pelajaran  kepada kita, bukan melalaikan kita". Sebenarnya hukum asal  kepada semua amalan adalah harus.  Harus ni maksudnya buat  boleh, tak buat pun tak berdosa. Dan semua yang harus itu boleh jadi berpahala ataupun berdosa. Bergantung kepada apa yang dilakukan. Kalau game, movie ke, bacaan ke yang mempunyai unsur-unsur lucah maka  haramlah ia.  "emm...kalau tengok kartun tapi seksi macam mana ekh?" walaupun kartun tapi tetap juga seksikan dan melalaikan kita.
" Namun perkara -perkara yang harus ini jika melalaikan  maka ia akan membawa kepada haram. Kerana Allah  melarang  kita untuk lalai  daripada mengingat  Allah."
"Hai orang-orang yang beriman  janganlah  harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan mu dari mengingat Allah. Barang siapa  yang berbuat demikian  maka mereka  itulah  orang-orang yang rugi" 
(QS Al-Munafiqun 63:9)

"Dalam kaedah usul fiqh, semua perintah  di dalam al-Quran itu  hukumnya  wajib  dan semua  larangan hukumnya haram. Dan di dalam ayat tadi  Allah melarang kita untuk lalai."
"Lagipun kita ni orang-orang yang nak  menyeru orang ke  jalan Allah, nak  berdakwah  nak jadi orang beriman. Orang beriman ni, dia tak buat benda-benda lagho"

Dalam surah  ke 23 menerangkan " Sesunggunya beruntunglah orang yang beriman  iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya dan  orang-orang yang  menjauhkan diri dari perbuatan atau perkataan yang  tiada berguna" ( QS Al-Mu'minun 23:1-3)

Hadis nabi ada menyatakan dalam Hadith Arba'in iaitu hadis yang ke 12. " Di antara ciri-ciri sempurnanya keislaman seseorang itu adalah meninggalkan apa-apa yang tidak bermanfaat bagi dirinya" Bila Alya fikir-fikir dan korepsi semula apa yang Alya baca, betul juga kan, dengan tengok semua tu agak-agak iman kita bertambah ke tak??? Sama-sama lah kita jawab,,,,sebab kita yang baca dan tengok kan....

Kita kadang-kadang bagi tazkirah atau nasihat kepada adik-adik kita atau mad'u kita supaya banyakkan baca Al-Quran. Tapi kadang-kadang kita juga kaki tengok movie korea, jepun la, baca komik yang bukan-bukan la. Macam mana tu??? Teringat surah As-saff 
" Wahai orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Sangatlah dibenci  di sisi Allah jika kamu mengatakan  apa yang tidak kamu lakukan". (QS As-saff 61: 2-3). *pesanan buat diri sendiri juga

Jangan sampai kita yang menyebabkan fitnah pada jalan dakwah, ye lah kan, orang sekeliling kita memerhatikan kita, macam mana la kan agaknya bila mad'u kita cakap " cakap je lebih  lepas tu  buat juga. Baik tak payah bagi tazkirah!". Apa perasaan kita agaknya???

Sama-sama kita renung, koreksi dan refleksi tentang diri kita. Jika ada yang tersalah sila tegur. Pendapat saya, jika sekadar untuk pengehtahuan kita ok jer nak tahu sebab mad'u kita daripada pelbagai karekter dan latar belakang. So, kita perlu sedikit sebanyak tahu kerana kita perlu masuk bersama mereka. 
Emmm...bila bercakap pasal masuk ni, teringat seorang sahabat, dia pernah bagi analogi, jika kita hendak mengambil barang yang terjatuh dalam tong sampah, perlu ke kita masuk dalam tong sampah untuk mengambilnya hingga menyebabkan kita terpalit kotor. Atau adakah kita mengambil menggunakan alternatif lain tanpa kita perlu masuk ke dalam tong sampah. Pilih lah cara yang terbaik, " Choice in your Hand. Sama-sama kita fikirkan. wallahua'alam.

  • Kadang kala  kita  perlu merasa kegagalan untuk kita lebih mengenal erti kejayaan
  • Sesekali  kita perlu menangis  untuk kita  mengenali  erti kebahagian 
  • Kadangkala  kegagalan  yang kita  capai akan  pasti dapat memberi  erti yang mendalam pada kita untuk terus berjaya
  • Mungkin juga kegagalan  bisa membuatkan  diri  kita bangkit  dengan semangat yang kental untuk mencapai  kejayaan  agar ianya tidak bolos dari genggaman
  • jangan kita memandang  enteng  pada  kegagalan kerana kegagalan  bisa  mencetuskan  kejayaan