Showing posts with label Bingkisan. Show all posts
Showing posts with label Bingkisan. Show all posts

Thursday, 1 December 2011

Bicara kita Tindakan kita.!!!!

Tepat jam 4.30 petang, Alya  beransur pulang dengan menaiki bas. Kebetulan hari tu bas agak lewat bertolak, Alya mengambil keputusan untuk menunggu bas sampai sambil membelek-belek buku ditangannya. Bukan apa, tak terasa penat menunggu bila kita membaca lagipun dapat faedah kan. Helaian demi helaian dibeleknya, kini matanya tertacap pada halaman yang berkisar tentang "Nak baca komik boleh?". Tajuknya macam best, sebab Alya pun kadang-kadang baca juga komik atau novel.

 First impretion Alya bila baca tajuk tu, Alya rasa baca komik ok jer, takde lah salah kan. Dalam ni ada satu persoalan dari seorang adik "Akh betul ke seorang daie tu tak boleh baca komik , tak boleh tengok movie, tak boleh main game, dan tak boleh macam-macam lagi?"

Si abang pun menjawab persoalan adik tadi, " Boleh je nak tengok dik, tapi biarlah apa yang kita baca tu memberi pelajaran  kepada kita, bukan melalaikan kita". Sebenarnya hukum asal  kepada semua amalan adalah harus.  Harus ni maksudnya buat  boleh, tak buat pun tak berdosa. Dan semua yang harus itu boleh jadi berpahala ataupun berdosa. Bergantung kepada apa yang dilakukan. Kalau game, movie ke, bacaan ke yang mempunyai unsur-unsur lucah maka  haramlah ia.  "emm...kalau tengok kartun tapi seksi macam mana ekh?" walaupun kartun tapi tetap juga seksikan dan melalaikan kita.
" Namun perkara -perkara yang harus ini jika melalaikan  maka ia akan membawa kepada haram. Kerana Allah  melarang  kita untuk lalai  daripada mengingat  Allah."
"Hai orang-orang yang beriman  janganlah  harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan mu dari mengingat Allah. Barang siapa  yang berbuat demikian  maka mereka  itulah  orang-orang yang rugi" 
(QS Al-Munafiqun 63:9)

"Dalam kaedah usul fiqh, semua perintah  di dalam al-Quran itu  hukumnya  wajib  dan semua  larangan hukumnya haram. Dan di dalam ayat tadi  Allah melarang kita untuk lalai."
"Lagipun kita ni orang-orang yang nak  menyeru orang ke  jalan Allah, nak  berdakwah  nak jadi orang beriman. Orang beriman ni, dia tak buat benda-benda lagho"

Dalam surah  ke 23 menerangkan " Sesunggunya beruntunglah orang yang beriman  iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya dan  orang-orang yang  menjauhkan diri dari perbuatan atau perkataan yang  tiada berguna" ( QS Al-Mu'minun 23:1-3)

Hadis nabi ada menyatakan dalam Hadith Arba'in iaitu hadis yang ke 12. " Di antara ciri-ciri sempurnanya keislaman seseorang itu adalah meninggalkan apa-apa yang tidak bermanfaat bagi dirinya" Bila Alya fikir-fikir dan korepsi semula apa yang Alya baca, betul juga kan, dengan tengok semua tu agak-agak iman kita bertambah ke tak??? Sama-sama lah kita jawab,,,,sebab kita yang baca dan tengok kan....

Kita kadang-kadang bagi tazkirah atau nasihat kepada adik-adik kita atau mad'u kita supaya banyakkan baca Al-Quran. Tapi kadang-kadang kita juga kaki tengok movie korea, jepun la, baca komik yang bukan-bukan la. Macam mana tu??? Teringat surah As-saff 
" Wahai orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Sangatlah dibenci  di sisi Allah jika kamu mengatakan  apa yang tidak kamu lakukan". (QS As-saff 61: 2-3). *pesanan buat diri sendiri juga

Jangan sampai kita yang menyebabkan fitnah pada jalan dakwah, ye lah kan, orang sekeliling kita memerhatikan kita, macam mana la kan agaknya bila mad'u kita cakap " cakap je lebih  lepas tu  buat juga. Baik tak payah bagi tazkirah!". Apa perasaan kita agaknya???

Sama-sama kita renung, koreksi dan refleksi tentang diri kita. Jika ada yang tersalah sila tegur. Pendapat saya, jika sekadar untuk pengehtahuan kita ok jer nak tahu sebab mad'u kita daripada pelbagai karekter dan latar belakang. So, kita perlu sedikit sebanyak tahu kerana kita perlu masuk bersama mereka. 
Emmm...bila bercakap pasal masuk ni, teringat seorang sahabat, dia pernah bagi analogi, jika kita hendak mengambil barang yang terjatuh dalam tong sampah, perlu ke kita masuk dalam tong sampah untuk mengambilnya hingga menyebabkan kita terpalit kotor. Atau adakah kita mengambil menggunakan alternatif lain tanpa kita perlu masuk ke dalam tong sampah. Pilih lah cara yang terbaik, " Choice in your Hand. Sama-sama kita fikirkan. wallahua'alam.

Wednesday, 30 November 2011

Layar Kesabaran

Sabar???? Apa yang dimaksudkan dengan sabar? Kenapa perlu bersabar? Banyak betul persoalan ye...=)


“…Dan para malaikat masuk kepada tempat-tempat mereka dari semua pintu (sambil mengucapkan); keselamatan atas kalian berkat kesabaran kalian. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.” (QS. Ar-Ra’d [13]:23-24)


Apa yang kita faham tentang sabar? Sabar termasuk akhlak yang paling utama yang banyak mendapat perhatian Al-Qur’an dalam surat-suratnya. Imam al-Ghazali berkata, “Allah swt menyebutkan sabar di dalam al-Qur’an lebih dari 70 tempat.”
Ibnul Qoyyim mengutip perkataan Imam Ahmad: “Sabar di dalam al-Qur’an terdapat di sekitar 90 tempat.”Abu Thalib al-Makky mengutip sebagian perkataan sebagian ulama: “Adakah yang lebih utama daripada sabar, Allah telah menyebutkannya di dalam kitab-Nya lebih dari 90 tempat. Kami tidak mengetahui sesuatu yang disebutkan Allah sebanyak ini kecuali sabar.”


S.A.B.A.R ialah  menahan dan mengekang. Di antaranya disebutkan pada QS.Al-Kahfi [18]: 28 “Dan tahanlah dirimu bersama dengan orang-orang yang menyeru Rabbnya di pagi dan di senja hari dengan mengharap keridhaanNya, dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka.”
Berlawanan dengan sabar ialah jaza’u (sedih dan keluh kesah), sebagaimana di dalam firman Allah QS. Ibrahim [14]: 21, “…sama saja bagi kita mengeluh ataukah bersabar. Sekali-kali kita tidak mempunyai tempat untuk melarikan diri.”

Sabar?? Perlu ker??


Sabar merupakan keperluan bagi manusia dalam peningkatan kehidupan  manusia, dalam membahagiakan  individu dan masyarakat. Bahkan saya pernah dengar satu kata-kata " Tidak akan menang  dan tidak akan  bangkit agama  melainkan dengan SABAR." Hebatnya maksud tersirat di sebalik sabar. 
Sahabat pembaca yang dikasihi, seperti mana kita, hamba Allah yang hidup didunia  memerlukan kesabaran dalam setiap rutin kehidupan kita, begitulah pentingnya sabar yang menjadi satu keperluan dunia sepertimana keperluan  akhirat.


Mampukah kita meraih segunung kejayaan dan selautan kemenangan tanpa kesabaran?? sudah pasti kita selaku hamba Allah yang kerdil ini,  tidak akan bisa  menggapai kejayaan  didunia dan tidak pula bisa menggenggam kemenangan di akhirat jika tanpa sabar di dalam diri kita. Jika kita selusuri kisah perjuangan Rasulullah s.a.w dalam menyebarkan agama Islam, perjuangan baginda sentiasa diiringi kesabaran yang menggunung. Baginda sabar bilamana baginda di pulaukan, sabar walaupun di perlakukan dengan teruk. Kita soroti pula kisah sahabat-sahabat yang mempertaruhkan nyawa demi aqidah islam, sanggup di seksa demi agama, sabar walaupun pelbagai ujian menerpa, sabar walaupun kesakitan, kerana mereka yakin dihadapan sana kemanisan menanti. Kuncinya apa sahabat-sahabatku???? Kuncinya SABAR


Duhai sahabat yang dikasihi, ingatlah jika kita bertemankan kesabaran, kemenangan akan mengiringi. Untuk mendapat kejayaan dan kebahagiaan  diakhirat,  kita perlu bersabar dengan apa yang kita tidak sukai, begitu juga untuk mendapat kejayaan di dunia. Kenapa ye? 


Ok, saya bagi contoh, kalau kita nak kejayaan di akhirat kita mestilah banyak beribadah, patuh segala suruhan dan larangan Allah. Banyakkan ramai orang yang kurang suka untuk mengamalkannya. Sebab tu lah kita kena bersabar melakukan walaupun kita tak suka. 
Kalau kita nak kejayaan di dunia pun sama juga, kita kadang-kadang terkena virus M iaitu malas contohnya, ye lah nak berjaya kena rajin baca buku, ulangkaji, solat, baca al-quran, sebab tu lah kita kena sabar melakukannya walaupun kita memang tak suka nak buat.


 Tidak akan sempurna amalan mahupun pekerjaan
Tidak akan tercapai cita-cita nan tinggi
andai tanpa seuntai kesabaran


Bayangkan kita membina bangunan, tapi kita tak sabar nak menyiapkan bagunan tu, jadi kita pun buatlah dengan tergopoh gapah. Maka bangunan yang di bina tadi siap tapi mungkin tidak sempurna dan tidak secantik dan seteguh bangunan yang didalamnya diikat dengan kesabaran. 


" Dilingkungi Syurga itu  dengan perkara-perkara yang dibenci  dan dihiasi neraka itu oleh perkara-perkara yang digemari" ( Hadith Tirmidhi)


 Oleh itu sahabat-sahabat yang dikasihi, kita sebagai hamba Allah yang berada di bumi Allah yang kini sedang menyelusuri perjuangan baginda menegakkan kalimah Lailahaillah, ayuhlah kita tanamkan sikap sabar dalam diri kita. Baginda bersabar dalam menyebarkan Islam walau di tohmah dan di caci, kita apatah lagi hamba Allah yang kerdil, haruslah lebih-lebih lagi bersabar  dalam meneruskan perjuangan ini.


to be continued.....=)