Saturday 26 May 2012

Allah itu dekat, rasailah dengan IMAN

Tepat jam 10 pagi. Setelah tamat kelas tutorial, aku bergegas turun bersama sahabat-sahabat aku yang lain. Mana tak nya, biasanya kelas tutorial kami lah yang paling lewat masuk ke dewan kuliah.  Di sebabkan, cikgu dah pun masuk, aku dan sahabat yang lain terpaksa masuk melalui pintu belakang.  Aku mencari port yang paling sesuai untuk duduk dan space untuk geng-geng aku. Di sebabkan kami selalu bersama, so aku lebih senang membahasakan geng, walhal dengan sahabat- sahabat yang lain pun kami agak kamceng.  Dalam diam, aku sedar aku meminati seorang rakan sekelas. Hampir setiap kali kuliah aku tidak dapat fokus kerana pandanganku fokus pada ajnabi yang aku minati.  Memang waktu tu, aku mula mengenal semuanya, maklumlah orang baru nak berubah jadi baik. Semuanya inginkan sesuatu yang baik. Bukan apa, aku tertarik dengan sikapnya, lagipun dia juga merupakan seorang kaki masjid.  klik!!klik!!’ “siapa pulak yang mesage ni? Ngomelku sendirian sambil mencapai telefon di atas katil. “ salam ukhti, malam ni jangan lupa ada halaqah di surau P1 selepas maghrib. Jazakillah” . Apa lagi, dengan langkah yang agak kurang bersemangat, aku pun turun menuju ke surau P2. “ akak, salah tak kalau kita minat seseorang, lagi satu, kita selalu je perhatikan dia, terutama dalam kelas”aku cuba menggunakan kesempatan yang ada untuk melegakan kesempitan di jiwa. Kakak tu melemparkan pandangan sambil tersenyum “emm, macam ni dik, tak salah untuk kita minat kat seseorang, tetapi biarlah ia menjadi rahsia kita dengan Allah. Jika ia boleh menggugat hati kita, mohonlah kepada Allah apa yang terbaik. Dik, bukankah Allah telah berfirman tentang menjaga pandangan. Cuba kita kawal diri kita dan selebihnya mintalah pertolongan Allah. Zina itu terbahagi kepada banyak, antaranya zina mata, zina hati, dalam surah al-ahzab Allah berfirman, jauhilah zina.” Terpana aku dengan penerangan akhwat tadi sambil membaca terjemahan tentang menjaga pandangan.  Alhamdulillah, usai sudah halaqah pada malam dan alhamdulillah aku menjadi semakin tenang. Itulah gunanya halaqah, ta’lim mahupun usrah. Jam ditangan menunjukkan tepat jam 8 pagi, aku bergegas masuk ke kelas dengan semangat yang baru. Alhamdulillah, lama-kelamaan aku berjaya membuang perasaan itu dalam hati aku.  Hampir setiap sujudku, aku memohon agar diberi yang terbaik.  Pernah aku meminta “ Ya Allah jauhkanlah dia daripadaku jika dia bukan milikku, Ya Rahman, buangkanlah rasa sayangku padanya, timbulkanlah rasa benciku padanya, jika itu yang terbaik untuk aku menjaga hatiku”.  Sememangnya kita tidak  seharusnya berdoa supaya timbul rasa benci pada orang itu, kerana benci itu sifat syaitan. Alhamdulillah, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Allah tidak memberi rasa benci dalam hatiku dan menjadikan perasaanku padanya semakin menghilang. Seharusnya kita sebagai muslim wajib mengasihi sesama saudara seislam. Dalam 1 hadis “ Tidak akan dikasihi seorang itu jika ia tidak mengasihi”. Memang agak sukar dan sakit jika kita melawan sesuatu yang kita mahukan.  Semakin aku cuba melupakan, semakin jiwa aku bergelodak, pantang jika sahabat menyebut namanya, aku pasti teringatkannya. “Ehem, ehem”...usik nadia seorang sahabatku yang menjadi pendengar setia setiap masalahku. Kami selalu ke masjid bersama-sama.  Dah la, jangan usik-usik lagi pasal saya dengan dia, nanti hati saya bermain-main dan jiwa saya semakin teringatkan dia” aku berterus terang dengannya tanpa rasa segan lagi. Bukan apa, semakin kita di usik dengan gosip-gosip sebegitu sebenarnya semakin membuatkan kita bermain dengan perasaan. Nadia tersenyum dan menggangguk tanda mengerti akan perasaan yang sedang aku alami. Fitrah manusia tertarik  dan menarik, memang sakit jika cuba mengawal perasaan yang sudah pun terbit. Alhamdulillah, hari demi hari, aku menjalani kelasku seperti biasa tanpa terbit sedikit perasaan hati padanya. Meskipun kami satu kumpulan, yang ada hanya perasaan biasa sebagai sahabat.  Aku tersenyum sendirian tatkala aku teringatkan masa-masa aku yang telah berlalu. Siapalah aku sekarang tanpa pimpinan-Mu Ya Allah. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang terbaik untuk hamba-NYA. Mintalah pada Allah, rintihlah pada-NYA, carilah Kebesaran Allah di dalam setiap kesukaran yang kita lalui.  Sabarlah duhai hati, kerahkanlah tenagamu untuk perjuangan ketika masa mu masih ada.

Wednesday 16 May 2012

  • Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat
  • Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik olrh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menhadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai
  • Ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermu
  • Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di hatinya
  • Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan seringya ia menitik
  • Paip yang kosong menghembuskan angin tetapi jika kepala yang kosong akan menghasilkan kegelapan
  • Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah, semakin dekat ianya datang menghampiri kita…
  • Tingkahlaku adalah umpama cermin dalam mana setiap orang mempamerkan imejna
  • Anyamlah buih buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu
  • Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
  • Jangan berbangga denga pujian teman kerana sebalik pujian terdapat satu kejian
  • Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera
  • Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging
  • Kemuncak segala dosa ialah bohong. Dua perkara yang sentiasa mengiringi bohong ialah banyak berjanji dan banyak memberi alasan
  • Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali
  • Kegagalan pertama, tidak ianya terus gagal: tetapi ianya kan membangkitkan cita cita yang bersemangat lagi teguh bagi sesiapa yang pernah mengalaminya
  • Orang sibuk sebenarnya tidak cekap, orang yang cekap tidak sibuk
  • Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja
  • Dalam masa yang aman, kita harus juga memikirkan bahaya di masa akan datang
  • Tiada bantal yang lebih lembut melainkan ribaan ibu sendiri
  • Cinta ialah penyakit dan perkahwinan ialah sihat. Sakit dan sihat tidak pernah bertemu
  • Airmata penyesalan yang mengalir umpama sungai yang mengalir mencuci kekotoran hati
  • 1000 mancis tidak menerangi kau di dalam kegelapan buat selama lamanya tetapi cahaya keimanan dapat membawa kau ke jalan kesenangan
  • Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang melukakan
  • Wangi di badan boleh dimandikan, apabila mandi hilanglah ia. Tetapi…wangi di mulut dan wangi di hati itulah yang paling mulia
  • Janganlah bersumpah baik demi langit, mahupun demi bumi atau demi apa pun juga. Katakan sahaja ‘ya’ atau ‘tidak’ supaya kita tidak berbuat dosa atau terhukum kerana sumpah itu
  • Belajarlah bersyukur ketika mendapat keuntungan dan belajarlah tersenyum ketika menghadapi kerugian
  • Manusia boleh hidup dengan belanja yang kecil, tetapi yang menggangu perasaanya dia takut dikatakan orang bahawa dia hanya hidup dengan belanja yang kecil
  • Yang penting bagi anda bukannya menarik minat seluruh wanita jelita tetapi menakluk salah seorangnya sahaja
  • Orang yang tahu mengambil tetapi tidak tahu memberi tidak akan mengecap bahagia
  • Keagungan peribadi anda terletak pada kesedian anda untuk memberi bila beruntung, untuk memimpin bila berilmu dan untuk membela bila kuat
  • Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya
  • Hindarilah diri dari menjadi manusia yang suka berpuak puak dan berpecah pecah. Contohilah resam semut bila bertemu seakan bersalam dan suka bekerja sama di antara satu sama lain.
  • Ibarat sekuntum mawar merah dipupuk embun pagi lalu disinari suria indah bak pelangi, begitulah jiwa murni seseorang manusia
  • Terbitnya kebaikan dari keburukan dan terbitnya amalan dari pengetahuan
  • Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya
  • Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan adalah dari hasil sebuah kemesraan
  • Air susu ibu bagaikan aliran sungai di dalam Syurga yang membesarkan kita sehingga mengenal erti kehidupan. Oleh itu agungilah jasa ibu
  • Lebihkan manis dalam senyuman, kurangkan manis dalam minuman
  • Bercintalah dnegan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dngan kejayaan
  • Sehaluan tetapi tidak sejalan lebih baik dari sejalan tetapi tidak sehaluan
  • Kemarau yang melanda di hati lebih dahsyat daripada kemarau yang menimpa di musim panas
  • Tiada gunanya 1000 janji janji manis yang dilafazkan sekiranya kau selitkan sekali kata-kata dusta yang kau akhiri dengan kemaafan
  • Kewajipan merupakan satu kuasa yang bangun bersama kita disebelah pagi dan berehat bersama sama kita di sebelah malam. Ia ibarat bayang bayang yang mengikut ke mana sahaja kita pergi
  • Sekeras keras batu dapat dihancurkan oleh titis air yang lembut. Begitu jua sekeras keras hati dapat ditundukkan oleh jirusan kata-kata lembut
  • Insan yang sempurna rohani dan jasmani adalah umpama tahi lalat di tengah- tengah pipi masyarakat
  • Lidah ibarat peti emas tersilap cakap akan buruk padahnya
  • Seandainya hidup ini punca perpisahan… biaralah kematian menyambungnya semula, tapi seandainya kematian punca perpisahan… biarlah hidup memeberi erti yang nyata
  • Hiduplah seperti pohon kayu yang lebat buahnya dibaling dengan batu lalu dibalas dnegan buah
  • Setumpul tumpul belakang parang, kalau di asah pasti tajam oleh itu jangan di sangka sebodoh bodoh manusia tetap akan bodoh tanpa diberi pelajaran
  • Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu
  • Sesuatu yang dilakukan tanpa paksaan merupakan paksaan merupakan sebuah kemenangan dan sebuah memori indah untuk disingkap kembali
  • Manusia yang memiliki mata kepalsuan yang Cuma melihat pada keindahan dan kecantikan adalah tergolong dalam golongan kaum yang rendah martabatnya yang mana mereka akan dibebani dosa
  • Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata adalah untuk memiliki dengan sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah perkongsian di dalam kecenderungan dan kegemaran dan perasaan bahawa diri orang yang anda cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda
  • Membiarkan dirimu dibuai perasaan samalah seperti membenarkan diri dibuai oleh syaitan kerana ia suka kepada orang yang berkhayal. Menyedari kesalahan sendiri adalah lebih baik dari baik dariapad menegur kesalahan yang dilakukan oleh orang lain
  • Pandanglah kecantikan hanya suatu keindahan yang bukan untuk diagungkan agung kan. Begitu juga janganlah memandang keburukan suatu kehodohan atau kecelaan. Bersyukurlah atas apa yang dikurniakan kepada kita. Kerana kedua duanya adalah anugerah TUhan
  • Nafsu mengatakan perempuan cantik atas dasar rupanya, Akal mengatakan perempuan cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya, Hati mengatakan perempuan cantik atas dasar akhlaknya
  • Bertolak ansur adalah satu satunya resipi dalam membenihkan keharmonian rumah tangga. Oleh itu, jadikan sifat bertolak ansur itu panduan ke arah kebahagian dalam meniti hidup suami isteri agar dapat mengecapi apa yang dihajati dalam kerukunan perkahwinan
  • Ilmu pengetahuan seumpama perigi di padang pasir dan bintang di malam yang gelap dari itu kejarilah ilmu seberapa daya yang dapat
  • Keikhlasan seumpama seekor semut hitam dia atas batu hitam di malam yang amat kelam, ianya wujud tapi amat sukar dilihat. Jangan tertipu dengan terangnya bulan kerana di sebalik terang itu banyak kegelapannya
  • Kecantikan hati, tutur kata dan budi adalah kecantikan manusia yang paling indah yang paling sukar dihampiri selagi dunia fana ini masih terbit pergolakan untuk menakluki bumi Allah
  • Guru mengajar apa yang baik tapi tidak semestinya guru itu sendiri baik. Penjenayah itu jahat tapi bukan semestinyasetiap detik hatinya penuh dengan kejahatan dan bukan setiap yang alim itu penuh taqwa kerana yang benar benar bertaqwa sahaja yang mengerti baik dan jahat
  • Hargailah diri, diri itu bukan ringgit nilainya
  • Senyum di dalam kesedihan memberi 1000 persoalan untuk ditafirkan…tapi senyum dalam kegembiraan memberi 1000 jawapan kepada persoalan
  • Tiada anak yang tidak sah yang ada ialah orang tua yang tidak sah
  • Biarlah bodoh bila diajar tapi jangan bodoh tanpa pelajaran
  • Jadikanlah diri kamu umpama seketul ubi rebus yang bertutup rapat daripada menjadi sepotong kek berkrim yang dihurungi lalat
  • Mengaku pandai di depan orang yang bodoh sama seperti berpidato di depan orang tuli
  • Rindu adalah suatu derita yang maat bahagia adalah kerana kerinduak itu sebahagian dari nafas cinta tanpa kerinduan dan akan menjadi matang dan berpanjangan
  • Manusia yang paling bahagia di dunia ini adalah orang yang punya cinta sejati ada keyakinan diri, budi dan kesopanan malah yang paling utama ialah orang yang tidak mempunyai hutang
  • Sekiranya kamu mempunyai masalah, carilah dahulu jalan penyelesaian. Sekiranya tidak berjaya barulah kamu menyuarakan kepada orang yang berhak menyelesaikannya
  • Kesunyian adalah suatu keresahan dan keresahan adalah suatu penyeksaan yang tidak berkesudahan
  • Apabila seseorang itu berusaha mencari kebahagian setelah mengalami kegagalan ia perlu beringat, kekecewaan baginya belum berakhir dan kegembiraan pula belum berputik
  • Semalam adalah suatu kenangan hari ini adalah suatu kenyataan manakala esok adalah suatu penantian. Kenangan semalam hemdaklah kita simpan buat pedoman di hari depan dan kenyataan hari ini hendaklah kita tempuhi dengan tabah tetapi kita juga harus bersedia untuk menanti hari esok yang merupakan suatu penyeksaan
  • Berfikirlah sebelum berkata kata, jangan berfikir sesudah berkata kata sebab sebelum perkataan keluar kita punya, apabila sudah keluar orang punya. Dari kata kata kita dapat mendapat banyak kawan kawan dan lawan
  • Sesungguhnya terselit pengertian cinta yang berbunyi. Cinta pada bunga ia akan layu, cinta pada kumbang ia akan mati dan cinta pada Tuhan akan tetap kekal
  • Menerima pasangan hidup secara terburu buru tanpa usul periksa latar belakangnya akan merugikan kerana cendawan yang tumbuh melata jika terus dimakan dikhuatiri beracun
  • Terburu buru Dengan perasaan seriang dianggap tiket menempah kehancuran. Tetapi tenang, yakin dengan semangat dan usaha biasanya berakhir dengan kejayan serta dapat membentuk keperimanusiaan
  • Kemanisan bicara seorang wanita dapat mengegarkan sebuah istana, menyejukkan jiwa yang kehangatan juga menghancurkan dirinya sendiri. Oleh itu tempatkanlah ia di sudut yang damai agar kebahagian bias berpanjangan
  • Racun itu mudah diketahui orang tetapi ramai yang tertipu dengan kata kata kerana ia dibungkus dengan gula gula yang lebih manis dari racun
  • Seseorang manusia itu akan disanjung kiranya dirinya dibekali dengan akhlak yang mulia disulami dengan bunga bunga keimanan dan dihiasi dengan cahaya ketaatan kepada Tuhan
  • Hidup tanpa pengorbanan adalah suatu kepalsuan dan percintaan tanpa pengorbanan tanpa kasih saying adalah suati pengkhianatan. Dari itu abadikanlah kasih sayang dalam mencari erti kebahagian
  • Apalah gunanya ilmu juka tidak di amalkan dan apalah gunanya hidup jika tidak berlandaskan sunnah dan Al Quran
  • Menilai diri sendiri adalah lebih susah dari menilai 1000 orang lain
  • Tiada janji yang lebih tepat kecuali janji matahari yang akan terbit pagi besoknya
  • Kecantikan ibarat pepohon yang merimbun. Akan hilanglah serinya apabila dedaun berguguran
  • Akar ilmu itu memangnya pahit tetapi buahnya adalah lazat
  • Perumpamaan budi pekerti yang jelek seperti tembikar yang telah pecah, tiada bisa diperbaiki dan tidak bisa kembali menjadi tanah liat
  • Melakukan kesilapan itu manusia dan memaafkan kesilapan itu ialah kemanusiaan
  • Hidup ini bagaikan sebuah titisan yang perlu dilalui oleh setiap insan di dunia ini. Oleh itu merentaslah di titian yang teguh yang dibina dari kayu kayu keimanan yang kukuh
  • Manusia yang paling kerap mencipta bahaya dan kesusahan ialah yang mempunyai lidah terlepas dari hati tertutup
  • Hati si siteri aku tertutup dari lelaki lain seandainya ia setia dan jujur pada suaminya. Oleh itu jagalah hati, perasaan dan kemahuannya dengan secukupnya
  • Di sebalik nikmat ada bala di sebalik bala ada nikmat. Oleh itu bila ditimpa bala usaha resah kerana sebaliknya mengandungi suatu nikmat dan jika dilanda nikmat usaha lupa dan leka kerana dari sinilah berpunca bala.
  • Setitik airmata ibu yang tumpah dari perbuatanmu samalah pedihnya seperti sebutir peluru yang menembusi dadamu
  • Seorang ibu sanggup memelihara 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tertentu dapat memelihara seorang ibu
  • Setiap mata yang tertutup, belum bererti ia tidur setiap mata terbuku, belum bererti ia melihat
  • Kejayaan adalah suatu pejalan bukannya suatu destinasi
  • Hati yang gembira boleh diwajahkan dengan wajah yang gembira tetapi wajah yang gembira tidak semestinya mempunyai hati yang gembira
  • Bulan menerangi malam, ilmu menerangi hidup
  • Jangan kenangi kesedihan lalu sebaliknya ingatlah kegembiraan mendatang. Belajarlah bersungguh sungguh agar kegembiraan yang kita nantikan berhasil
  • Sesungguhnya dunia itu mengkhayalkan

Friday 11 May 2012

kadang2 kita rasa sesuatu yang berlaku itu tidak baik untuk kita, tapi yakinlah Allah Maha mengehtahui tentang kita, baik buruk untuk kita.  sepanjang jadi guru sekolah rendah, memang sangat2 mencabar, dengan banyaknyer kerja, nak layan kerenah anak2 murid yang berbagai ragam. kadang2 tak mampu nak berlembut,,,,,hingga terpaksa menggunakan kekerasan..tapi di sebalik semua tu ada sayang pada mereka.,,,tak sanggup untuk menggunakan kekerasan, kerana mereka masih lagi ahli -ahli syurga. Sedangkan kekasih Allah, Nabi Muhammad S.a.w tidak pernah berkasar dengan kanak2, kanak2 umpama permata islam... bila berjumpa dengan kanak2 baginda akan mengusap kepala kanak2 dan membacakan doa " Allahummafakkihufiddin  waa'llimhuta'will"....Ya Allah tebarkan diriku dengan selembar kesabaran selaut kasih sayang....dalam mendidik mreka menjadi anak-anak islam yang berguna...amin

Pilihlah Aku untuk Ikhlas

"Ikhlaskanlah diri kita, hati kita dalam menerima apa jua pemberian Allah, suka mahupun duka,,,jika duka yang dihulurkan, tadahlah tangan dengan hati yang ikhlas,,,,kerana yakin dan percayalah dihujung setiap duka pasti ada bahagia.." jika suka yang diberi,,,,tadahlah tangan dengan hati yang bersyukur kerana kegembiraan itu akan berakhir,,,,
Pesanan Imam Ghazali  ketika muridnya bertanya " Tuan bagaimanakah keadaanku ketika mulutku berzikir tetapi hatiku masih lalai?" Lalu Imam itu berkata "teruskanlah berzikir walau hatimu  lalai kerana sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata-kata yang kotor dan sia-sia.

Ada satu kisah sahabat, Abu Hurairah pernah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w tentang seorang  yang mengerjakan solat tetapi masih mencuri. Lalu Rasulullah menegaskan  solat orang itu lambat laun akan menghilangkan tabiatnya buruk itu.

Ikhlas itu sesuatu yang sulit untuk dibicarakan...yang tidak bisa digambarkan dengan kata-kata,,,ianya rahsia Allah,,," ikhlas itu seperti seekor semut hitam yang merayap di atas batu yang hitam pada waktu yang malam."

pejam celik, gelap cerah,,,,sudah masuk 5 bulan aku mengajar di Sek Ren Islam Al-Qari....aku cukup kagum dengan latar belakang sekolah itu...kesungguhan, keikhlasan ustaz dan ustazah yang telah mengasaskan sekolah ini telah menjadikan sekolah ini semakin gah. Melahirkan jundi-jundi yang bertaqwa. ketika aku mendengar cerita daripada ustazah di sekolah ini, aku kagum, mahu saja aku menitiskan air mata. Dengan tanggungjawab yang di amanahkan mereka memikulnya dengan ikhlas. Walaupun anak-anak didik di sekolah itu tidak kurang ke agresifannya tapi insyallah dengan keikhlasa para pendidik aku yakin mereka pasti akan berjaya menjadi seorang hamba-Mu yang bertaqwa.

Anak-anak kumpulan nasyid SRI AL- QARI

 Anak-anak dikir barat
Ni pula anak-anak choral speaking ,,,comey2 kan


Menangis dalam kelas ketika berhadapan dengan telatah anak didik sudah menjadi perkara biasa bagiku yang agak baru dalam bidang ini. Bukan menangis kerana penat tapi rasa sedih sebab rasa  gagal dalam nak kawal budak2,,,pernah juga terfikir....kenapa ye aku tak boleh nak kontrol budak2 tu terutama darjah 1 dan 2.  mungkin kurangnya sabar kot.. Ya Allah campakkanlah keikhlasan dalam sanubariku dalam melayan anak-anak didikku yang tersangat baik akhlaknya kerana mereka anak-anak ahli syurga,,,,,Tiada apa yang aku inginkan selain melihat akhlak mereka menjadi akhlak yang baik. bukan nilaian manusia aku harapkan tapi pandangan-Mu pada ku yang kerdil ini.

Friday 4 May 2012

Sebuah Harapan

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Yang Maha  Pemurah dan Maha Mengasihani,
Ya Allah,
Sinarilah diriku, hidupku dengan cahaya iman dan Taqwa seperti mana pancaran cahaya dari langit  iaitu cahaya mentari di musim panas....
Terimalah doa yang ku pohon pada-Mu jika itu yang terbaik untuk ku
Siramilah diri ini dengan Kasih sayang-Mu tika mana aku dalam kealpaan
Ingatkanlah diri ini tika aku dalam kelalaian fana dunia
Kurniakanlah daku suluh cahaya-Mu tika aku teraba-raba dalam kegelapan
Ya Allah jangan Engkau biarkan diriku seperti layang-layang yang terputus tali
yang tidak tahu arah tuju, yang terbang tanpa panduan
Ingin ku jadi tenang seperti air tasik, berani seperti air laut, dan tawadduk seperti air sungai...
salam mahabbah


Ya Allah bantulah aku untuk khusyuk dalam sujud kepadaMU

Assalamualaikum semua,,,,hari ni saya nak kongsikan catatan yang pernah saya tulis,,,, Ketika mendirikan solat cubalah kita bayangkan
- kaabah berada di antara kedua keningku
-jambatan siratul mustaqim seakan-akan berada di bawah tapak kakiku
- syurga di kananku
- neraka di kiriku
-malaikat maut  dibelakangku
-anggaplah bahawa solat itu  adalah yang terakhir kita dapat kerjakan
-berdirilah dengan penuh harap dan tenang
-rukuklah dengan kerendahan diri
-sujudlah dengan hati yang khusyuk
-duduk antara 2 sujud dengan tertumpu ke atas ibu jari
- tertanya-tanya adakah solatku diterima....
wallahua'lam

Friday 9 March 2012

Al-fatihah,,,buat sahabat seperjuangan adik hidayah dan fatini yang baru sahaja pergi menghadap Allah,,,,semoga mereka ditempatkan bersama orang yang beriman. mereka sudah kita bila lagi???? bersediakah kita???? walaupun tidak mengenali mereka ternyata hati terasa pemergian 2 srikandi ini. semoga segala amalannya diterima Allah,,,, setelah penat lelah di dunia untuk memperjuangkan agama Mu Allah, akhirnya tiba masa mereka berehat,, disana... untuk sahabat yang cedera, ku doakan semoga dirimu tabah hadapi semuanya,,,kerana di situ semuanya rahsia Allah...ada yang telah pergi, ada yang menuggu giliran tibanya,,,,,

Thursday 19 January 2012

assalamualaikum....

Ketentuan takdir tak dapat kita jangkakan...hidup ini tak ubah seperti  kehidupan laut, kenapa ye,,,emmm sama2 kita fikirkan