Pesanan Imam Ghazali ketika muridnya bertanya " Tuan bagaimanakah keadaanku ketika mulutku berzikir tetapi hatiku masih lalai?" Lalu Imam itu berkata "teruskanlah berzikir walau hatimu lalai kerana sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata-kata yang kotor dan sia-sia.
Ada satu kisah sahabat, Abu Hurairah pernah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w tentang seorang yang mengerjakan solat tetapi masih mencuri. Lalu Rasulullah menegaskan solat orang itu lambat laun akan menghilangkan tabiatnya buruk itu.
Ikhlas itu sesuatu yang sulit untuk dibicarakan...yang tidak bisa digambarkan dengan kata-kata,,,ianya rahsia Allah,,," ikhlas itu seperti seekor semut hitam yang merayap di atas batu yang hitam pada waktu yang malam."
pejam celik, gelap cerah,,,,sudah masuk 5 bulan aku mengajar di Sek Ren Islam Al-Qari....aku cukup kagum dengan latar belakang sekolah itu...kesungguhan, keikhlasan ustaz dan ustazah yang telah mengasaskan sekolah ini telah menjadikan sekolah ini semakin gah. Melahirkan jundi-jundi yang bertaqwa. ketika aku mendengar cerita daripada ustazah di sekolah ini, aku kagum, mahu saja aku menitiskan air mata. Dengan tanggungjawab yang di amanahkan mereka memikulnya dengan ikhlas. Walaupun anak-anak didik di sekolah itu tidak kurang ke agresifannya tapi insyallah dengan keikhlasa para pendidik aku yakin mereka pasti akan berjaya menjadi seorang hamba-Mu yang bertaqwa.
Anak-anak kumpulan nasyid SRI AL- QARI |
Anak-anak dikir barat
Ni pula anak-anak choral speaking ,,,comey2 kan |
Menangis dalam kelas ketika berhadapan dengan telatah anak didik sudah menjadi perkara biasa bagiku yang agak baru dalam bidang ini. Bukan menangis kerana penat tapi rasa sedih sebab rasa gagal dalam nak kawal budak2,,,pernah juga terfikir....kenapa ye aku tak boleh nak kontrol budak2 tu terutama darjah 1 dan 2. mungkin kurangnya sabar kot.. Ya Allah campakkanlah keikhlasan dalam sanubariku dalam melayan anak-anak didikku yang tersangat baik akhlaknya kerana mereka anak-anak ahli syurga,,,,,Tiada apa yang aku inginkan selain melihat akhlak mereka menjadi akhlak yang baik. bukan nilaian manusia aku harapkan tapi pandangan-Mu pada ku yang kerdil ini.
No comments:
Post a Comment