Saturday, 26 May 2012

Allah itu dekat, rasailah dengan IMAN

Tepat jam 10 pagi. Setelah tamat kelas tutorial, aku bergegas turun bersama sahabat-sahabat aku yang lain. Mana tak nya, biasanya kelas tutorial kami lah yang paling lewat masuk ke dewan kuliah.  Di sebabkan, cikgu dah pun masuk, aku dan sahabat yang lain terpaksa masuk melalui pintu belakang.  Aku mencari port yang paling sesuai untuk duduk dan space untuk geng-geng aku. Di sebabkan kami selalu bersama, so aku lebih senang membahasakan geng, walhal dengan sahabat- sahabat yang lain pun kami agak kamceng.  Dalam diam, aku sedar aku meminati seorang rakan sekelas. Hampir setiap kali kuliah aku tidak dapat fokus kerana pandanganku fokus pada ajnabi yang aku minati.  Memang waktu tu, aku mula mengenal semuanya, maklumlah orang baru nak berubah jadi baik. Semuanya inginkan sesuatu yang baik. Bukan apa, aku tertarik dengan sikapnya, lagipun dia juga merupakan seorang kaki masjid.  klik!!klik!!’ “siapa pulak yang mesage ni? Ngomelku sendirian sambil mencapai telefon di atas katil. “ salam ukhti, malam ni jangan lupa ada halaqah di surau P1 selepas maghrib. Jazakillah” . Apa lagi, dengan langkah yang agak kurang bersemangat, aku pun turun menuju ke surau P2. “ akak, salah tak kalau kita minat seseorang, lagi satu, kita selalu je perhatikan dia, terutama dalam kelas”aku cuba menggunakan kesempatan yang ada untuk melegakan kesempitan di jiwa. Kakak tu melemparkan pandangan sambil tersenyum “emm, macam ni dik, tak salah untuk kita minat kat seseorang, tetapi biarlah ia menjadi rahsia kita dengan Allah. Jika ia boleh menggugat hati kita, mohonlah kepada Allah apa yang terbaik. Dik, bukankah Allah telah berfirman tentang menjaga pandangan. Cuba kita kawal diri kita dan selebihnya mintalah pertolongan Allah. Zina itu terbahagi kepada banyak, antaranya zina mata, zina hati, dalam surah al-ahzab Allah berfirman, jauhilah zina.” Terpana aku dengan penerangan akhwat tadi sambil membaca terjemahan tentang menjaga pandangan.  Alhamdulillah, usai sudah halaqah pada malam dan alhamdulillah aku menjadi semakin tenang. Itulah gunanya halaqah, ta’lim mahupun usrah. Jam ditangan menunjukkan tepat jam 8 pagi, aku bergegas masuk ke kelas dengan semangat yang baru. Alhamdulillah, lama-kelamaan aku berjaya membuang perasaan itu dalam hati aku.  Hampir setiap sujudku, aku memohon agar diberi yang terbaik.  Pernah aku meminta “ Ya Allah jauhkanlah dia daripadaku jika dia bukan milikku, Ya Rahman, buangkanlah rasa sayangku padanya, timbulkanlah rasa benciku padanya, jika itu yang terbaik untuk aku menjaga hatiku”.  Sememangnya kita tidak  seharusnya berdoa supaya timbul rasa benci pada orang itu, kerana benci itu sifat syaitan. Alhamdulillah, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Allah tidak memberi rasa benci dalam hatiku dan menjadikan perasaanku padanya semakin menghilang. Seharusnya kita sebagai muslim wajib mengasihi sesama saudara seislam. Dalam 1 hadis “ Tidak akan dikasihi seorang itu jika ia tidak mengasihi”. Memang agak sukar dan sakit jika kita melawan sesuatu yang kita mahukan.  Semakin aku cuba melupakan, semakin jiwa aku bergelodak, pantang jika sahabat menyebut namanya, aku pasti teringatkannya. “Ehem, ehem”...usik nadia seorang sahabatku yang menjadi pendengar setia setiap masalahku. Kami selalu ke masjid bersama-sama.  Dah la, jangan usik-usik lagi pasal saya dengan dia, nanti hati saya bermain-main dan jiwa saya semakin teringatkan dia” aku berterus terang dengannya tanpa rasa segan lagi. Bukan apa, semakin kita di usik dengan gosip-gosip sebegitu sebenarnya semakin membuatkan kita bermain dengan perasaan. Nadia tersenyum dan menggangguk tanda mengerti akan perasaan yang sedang aku alami. Fitrah manusia tertarik  dan menarik, memang sakit jika cuba mengawal perasaan yang sudah pun terbit. Alhamdulillah, hari demi hari, aku menjalani kelasku seperti biasa tanpa terbit sedikit perasaan hati padanya. Meskipun kami satu kumpulan, yang ada hanya perasaan biasa sebagai sahabat.  Aku tersenyum sendirian tatkala aku teringatkan masa-masa aku yang telah berlalu. Siapalah aku sekarang tanpa pimpinan-Mu Ya Allah. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang terbaik untuk hamba-NYA. Mintalah pada Allah, rintihlah pada-NYA, carilah Kebesaran Allah di dalam setiap kesukaran yang kita lalui.  Sabarlah duhai hati, kerahkanlah tenagamu untuk perjuangan ketika masa mu masih ada.

No comments:

Post a Comment