Thursday, 1 December 2011

Bicara kita Tindakan kita.!!!!

Tepat jam 4.30 petang, Alya  beransur pulang dengan menaiki bas. Kebetulan hari tu bas agak lewat bertolak, Alya mengambil keputusan untuk menunggu bas sampai sambil membelek-belek buku ditangannya. Bukan apa, tak terasa penat menunggu bila kita membaca lagipun dapat faedah kan. Helaian demi helaian dibeleknya, kini matanya tertacap pada halaman yang berkisar tentang "Nak baca komik boleh?". Tajuknya macam best, sebab Alya pun kadang-kadang baca juga komik atau novel.

 First impretion Alya bila baca tajuk tu, Alya rasa baca komik ok jer, takde lah salah kan. Dalam ni ada satu persoalan dari seorang adik "Akh betul ke seorang daie tu tak boleh baca komik , tak boleh tengok movie, tak boleh main game, dan tak boleh macam-macam lagi?"

Si abang pun menjawab persoalan adik tadi, " Boleh je nak tengok dik, tapi biarlah apa yang kita baca tu memberi pelajaran  kepada kita, bukan melalaikan kita". Sebenarnya hukum asal  kepada semua amalan adalah harus.  Harus ni maksudnya buat  boleh, tak buat pun tak berdosa. Dan semua yang harus itu boleh jadi berpahala ataupun berdosa. Bergantung kepada apa yang dilakukan. Kalau game, movie ke, bacaan ke yang mempunyai unsur-unsur lucah maka  haramlah ia.  "emm...kalau tengok kartun tapi seksi macam mana ekh?" walaupun kartun tapi tetap juga seksikan dan melalaikan kita.
" Namun perkara -perkara yang harus ini jika melalaikan  maka ia akan membawa kepada haram. Kerana Allah  melarang  kita untuk lalai  daripada mengingat  Allah."
"Hai orang-orang yang beriman  janganlah  harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan mu dari mengingat Allah. Barang siapa  yang berbuat demikian  maka mereka  itulah  orang-orang yang rugi" 
(QS Al-Munafiqun 63:9)

"Dalam kaedah usul fiqh, semua perintah  di dalam al-Quran itu  hukumnya  wajib  dan semua  larangan hukumnya haram. Dan di dalam ayat tadi  Allah melarang kita untuk lalai."
"Lagipun kita ni orang-orang yang nak  menyeru orang ke  jalan Allah, nak  berdakwah  nak jadi orang beriman. Orang beriman ni, dia tak buat benda-benda lagho"

Dalam surah  ke 23 menerangkan " Sesunggunya beruntunglah orang yang beriman  iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya dan  orang-orang yang  menjauhkan diri dari perbuatan atau perkataan yang  tiada berguna" ( QS Al-Mu'minun 23:1-3)

Hadis nabi ada menyatakan dalam Hadith Arba'in iaitu hadis yang ke 12. " Di antara ciri-ciri sempurnanya keislaman seseorang itu adalah meninggalkan apa-apa yang tidak bermanfaat bagi dirinya" Bila Alya fikir-fikir dan korepsi semula apa yang Alya baca, betul juga kan, dengan tengok semua tu agak-agak iman kita bertambah ke tak??? Sama-sama lah kita jawab,,,,sebab kita yang baca dan tengok kan....

Kita kadang-kadang bagi tazkirah atau nasihat kepada adik-adik kita atau mad'u kita supaya banyakkan baca Al-Quran. Tapi kadang-kadang kita juga kaki tengok movie korea, jepun la, baca komik yang bukan-bukan la. Macam mana tu??? Teringat surah As-saff 
" Wahai orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Sangatlah dibenci  di sisi Allah jika kamu mengatakan  apa yang tidak kamu lakukan". (QS As-saff 61: 2-3). *pesanan buat diri sendiri juga

Jangan sampai kita yang menyebabkan fitnah pada jalan dakwah, ye lah kan, orang sekeliling kita memerhatikan kita, macam mana la kan agaknya bila mad'u kita cakap " cakap je lebih  lepas tu  buat juga. Baik tak payah bagi tazkirah!". Apa perasaan kita agaknya???

Sama-sama kita renung, koreksi dan refleksi tentang diri kita. Jika ada yang tersalah sila tegur. Pendapat saya, jika sekadar untuk pengehtahuan kita ok jer nak tahu sebab mad'u kita daripada pelbagai karekter dan latar belakang. So, kita perlu sedikit sebanyak tahu kerana kita perlu masuk bersama mereka. 
Emmm...bila bercakap pasal masuk ni, teringat seorang sahabat, dia pernah bagi analogi, jika kita hendak mengambil barang yang terjatuh dalam tong sampah, perlu ke kita masuk dalam tong sampah untuk mengambilnya hingga menyebabkan kita terpalit kotor. Atau adakah kita mengambil menggunakan alternatif lain tanpa kita perlu masuk ke dalam tong sampah. Pilih lah cara yang terbaik, " Choice in your Hand. Sama-sama kita fikirkan. wallahua'alam.

No comments:

Post a Comment