“…Dan para malaikat masuk kepada tempat-tempat mereka dari semua pintu (sambil mengucapkan); keselamatan atas kalian berkat kesabaran kalian. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.” (QS. Ar-Ra’d [13]:23-24)
Apa yang kita faham tentang sabar? Sabar termasuk akhlak yang paling utama yang banyak mendapat perhatian Al-Qur’an dalam surat-suratnya. Imam al-Ghazali berkata, “Allah swt menyebutkan sabar di dalam al-Qur’an lebih dari 70 tempat.”
Ibnul Qoyyim mengutip perkataan Imam Ahmad: “Sabar di dalam al-Qur’an terdapat di sekitar 90 tempat.”Abu Thalib al-Makky mengutip sebagian perkataan sebagian ulama: “Adakah yang lebih utama daripada sabar, Allah telah menyebutkannya di dalam kitab-Nya lebih dari 90 tempat. Kami tidak mengetahui sesuatu yang disebutkan Allah sebanyak ini kecuali sabar.”
S.A.B.A.R ialah menahan dan mengekang. Di antaranya disebutkan pada QS.Al-Kahfi [18]: 28 “Dan tahanlah dirimu bersama dengan orang-orang yang menyeru Rabbnya di pagi dan di senja hari dengan mengharap keridhaanNya, dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka.”
Berlawanan dengan sabar ialah jaza’u (sedih dan keluh kesah), sebagaimana di dalam firman Allah QS. Ibrahim [14]: 21, “…sama saja bagi kita mengeluh ataukah bersabar. Sekali-kali kita tidak mempunyai tempat untuk melarikan diri.”
Sabar?? Perlu ker??
Sabar merupakan keperluan bagi manusia dalam peningkatan kehidupan manusia, dalam membahagiakan individu dan masyarakat. Bahkan saya pernah dengar satu kata-kata " Tidak akan menang dan tidak akan bangkit agama melainkan dengan SABAR." Hebatnya maksud tersirat di sebalik sabar.
Sahabat pembaca yang dikasihi, seperti mana kita, hamba Allah yang hidup didunia memerlukan kesabaran dalam setiap rutin kehidupan kita, begitulah pentingnya sabar yang menjadi satu keperluan dunia sepertimana keperluan akhirat.
Mampukah kita meraih segunung kejayaan dan selautan kemenangan tanpa kesabaran?? sudah pasti kita selaku hamba Allah yang kerdil ini, tidak akan bisa menggapai kejayaan didunia dan tidak pula bisa menggenggam kemenangan di akhirat jika tanpa sabar di dalam diri kita. Jika kita selusuri kisah perjuangan Rasulullah s.a.w dalam menyebarkan agama Islam, perjuangan baginda sentiasa diiringi kesabaran yang menggunung. Baginda sabar bilamana baginda di pulaukan, sabar walaupun di perlakukan dengan teruk. Kita soroti pula kisah sahabat-sahabat yang mempertaruhkan nyawa demi aqidah islam, sanggup di seksa demi agama, sabar walaupun pelbagai ujian menerpa, sabar walaupun kesakitan, kerana mereka yakin dihadapan sana kemanisan menanti. Kuncinya apa sahabat-sahabatku???? Kuncinya SABAR.
Duhai sahabat yang dikasihi, ingatlah jika kita bertemankan kesabaran, kemenangan akan mengiringi. Untuk mendapat kejayaan dan kebahagiaan diakhirat, kita perlu bersabar dengan apa yang kita tidak sukai, begitu juga untuk mendapat kejayaan di dunia. Kenapa ye?
Ok, saya bagi contoh, kalau kita nak kejayaan di akhirat kita mestilah banyak beribadah, patuh segala suruhan dan larangan Allah. Banyakkan ramai orang yang kurang suka untuk mengamalkannya. Sebab tu lah kita kena bersabar melakukan walaupun kita tak suka.
Kalau kita nak kejayaan di dunia pun sama juga, kita kadang-kadang terkena virus M iaitu malas contohnya, ye lah nak berjaya kena rajin baca buku, ulangkaji, solat, baca al-quran, sebab tu lah kita kena sabar melakukannya walaupun kita memang tak suka nak buat.
Tidak akan sempurna amalan mahupun pekerjaan
Tidak akan tercapai cita-cita nan tinggi
andai tanpa seuntai kesabaran
Bayangkan kita membina bangunan, tapi kita tak sabar nak menyiapkan bagunan tu, jadi kita pun buatlah dengan tergopoh gapah. Maka bangunan yang di bina tadi siap tapi mungkin tidak sempurna dan tidak secantik dan seteguh bangunan yang didalamnya diikat dengan kesabaran.
" Dilingkungi Syurga itu dengan perkara-perkara yang dibenci dan dihiasi neraka itu oleh perkara-perkara yang digemari" ( Hadith Tirmidhi)
Oleh itu sahabat-sahabat yang dikasihi, kita sebagai hamba Allah yang berada di bumi Allah yang kini sedang menyelusuri perjuangan baginda menegakkan kalimah Lailahaillah, ayuhlah kita tanamkan sikap sabar dalam diri kita. Baginda bersabar dalam menyebarkan Islam walau di tohmah dan di caci, kita apatah lagi hamba Allah yang kerdil, haruslah lebih-lebih lagi bersabar dalam meneruskan perjuangan ini.
to be continued.....=)
No comments:
Post a Comment