Assalamualaikum
Usai mengelolakan adik2 mutiara Islam yang insyaallah ku doakan bakal menjadi permata Islam suatu hari nanti, pelbagai perkara yang dipelajari. Kasihnya ibu dan ayah pada anak-anak2 dan kasihnya anak2 pada ibu dan ayah. Murni dan tulusnya kasih sayang yang Allah anugerahkan. Melihat keletah adik-adik mutiara dan permata Islam, rasa bersyukur menerjah ke lubuk hati. Andai generasi ini terdidik terbina Islam di dalam diri sedari ini, insyaallah akan lahir generasi Mukmin yang hebat. Ditarbiyyah sedari kecil, berjiwa kepimpinan, sesekali rasa kagum, sejuk melihat adik2 ini.
Duhai adik, berterima kasihlah pada ibu dan ayahmu, kerana Alhamdulillah Allah masih lagi memberi hidayah dan taufiq kepada mereka dan kita semua. Adik2 insan terpilih. Sayangilah ibu dan ayah tika mereka masih didepan mata. Meskipun ibu dan ayahmu jauh nun di negeri sana duhai adik, doakanlah mereka mendapat taufiq dan hidayah, selalulah bersama mereka tika terluang. meskipun sebentar mahupun sejenak, insyaallah jika niatmu tulus, ia akan menjadi berkualiti. Duhai adik, sayangnya dan kasihnya ibu dan ayahmu padamu semata-semata untuk menjadikan dirimu seorang yang a'lim tentang Islam. Semoga kebahagiaan dan kejayaan milikmu duhai adik2 permata dan mutiara islam.
No comments:
Post a Comment