Showing posts with label Bingkisan hati. Show all posts
Showing posts with label Bingkisan hati. Show all posts

Saturday, 26 November 2011

Assalamualaikum

Usai mengelolakan adik2 mutiara Islam yang insyaallah ku doakan bakal menjadi permata Islam suatu hari nanti, pelbagai perkara yang dipelajari. Kasihnya ibu  dan ayah pada anak-anak2 dan kasihnya anak2 pada ibu dan ayah. Murni dan tulusnya kasih sayang yang Allah anugerahkan. Melihat keletah adik-adik mutiara dan permata Islam, rasa bersyukur menerjah ke lubuk hati. Andai generasi ini terdidik terbina Islam di dalam diri sedari ini, insyaallah akan lahir generasi Mukmin yang hebat. Ditarbiyyah sedari kecil, berjiwa kepimpinan, sesekali rasa kagum, sejuk melihat adik2 ini.

Duhai adik, berterima kasihlah pada ibu dan ayahmu, kerana Alhamdulillah Allah masih lagi memberi hidayah dan taufiq kepada mereka dan kita semua. Adik2 insan terpilih. Sayangilah ibu dan ayah tika mereka masih didepan mata. Meskipun ibu dan ayahmu jauh nun di negeri sana duhai adik, doakanlah mereka mendapat taufiq dan hidayah, selalulah bersama mereka tika terluang. meskipun sebentar mahupun sejenak, insyaallah jika niatmu tulus, ia akan menjadi berkualiti. Duhai adik, sayangnya dan kasihnya ibu dan ayahmu padamu semata-semata untuk menjadikan dirimu seorang yang a'lim tentang Islam. Semoga kebahagiaan dan kejayaan milikmu duhai adik2 permata dan mutiara islam.

Hijrahkah Kita?????

بسم الله الرحمن الرحيم

وَمَنْ يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً وَمَنْ يَخْرُجْ مِنْ بَيْتِهِ مُهَاجِرًا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا

“Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

– Surah al-Nisa’ ayat 100



Menyambut ulang tahun Hijratur-Rasul ini bukanlah satu perayaan suka-suka. Ia bukanlah satu sambutan tahunan semata-mata tanpa sebarang sebab dan juga akan berlalu begitu sahaja untuk menunggu sambutan pada tahun hadapan. Sambutan Hijratur-Rasul ini sebagai menghayati makna dan pengertian peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW dan para muhajirin dari Kota Makkah ke Kota Madinah yang kemudiannya dikira sebagai tahun pertama Hijrah.


JIka dahulu kita seorang yang jahil maka ayuh kita berhijrah menjadi seorang yang a'lim. Jika dahulu kita seorang yang mudah diperkotak katik kan, dipermainkan, di jadikan bahan gurauan. Maka jadikanlah diri kita hari ini seorang yang mampu menyumbang tenaga kepada Islam demi mendaulatkan kalimah "LAILAHAILLALLAH". 


Jika isteri kesayangan Rasulullah sanggup untuk menyumbangkan tulang-belulang nya kita bagaimana, tenaga, harta dan segalanya yang bukan milik kita ini, dapatkah kita sumbangkan.???? kita terjah ke dalam diri kita masing2,,,,


Ayuh kita berhijah kerana Allah bukan kerana orang dan bukan kerana balasan dan bukan kerana material. Insyaallah amin,,,semoga diperkenankan.


Ketuklah pintu hati
kuaklah jendela kalbu
Hijrah kini menanti
Jangan biarkan ia sepi berlalu 
Andai langkahmu longlai
tegakkan kakimu disejadah
luruskan belikatmu
sujudlah pada Yang Maha SegalaNYA
pasakkan niat nan suci 
bulatkan tekad yang murni
Mohonlah kekuatan padaNYA..



Friday, 11 November 2011

Mahkota diri...

Assalamualaikum kepada semua...alhamdulillah malam ni sempat luangkan sedikit masa untuk entry kali ni. Pernahkah kita merasa malu? Patutkah kita merasa malu? perlukah kita untuk merasa malu? Masih adakah rasa malu dalam diri? Antara persoalan-persoalan ini, di manakah kita berada?

Malu sesuatu yang subjektif. Malu ialah cabang iman. Sabda Rasulullah s.a.w : maksudnya " Sifat malu adalah salah satu cabang iman, maka tiada berimanlah orang yang tidak ada malunya." Jadi memang kita patut untuk merasa malu. Kerana Allah telah menganugerahkan dalam diri kita sifat malu yang sememangnya sangat berharga dan bernilai. Tapi, ingat untuk siapa kita harus malu? Malu yang bagaimanakah yang perlu? Sesungguhnya kita sebagai hamba Allah harus malu pada Allah, Pencipta kita, kerana di bumi Allah lah kita pijak, dengan nikmat Allah lah kita masih lagi di beri luang untuk hidup, peluang untuk bertaubat. Semuanya pinjaman dari Allah. Malu lah kita, sedangkan kita hanya seorang hamba yang tidak punya apa-apa, semua yang kita ada hanyalah pinjaman. Tapi apa yang kita sudah lakukan sepanjang hayat kita? Berapa lama dah kita hidup di bumi Allah.?

Kita mungkin malu dengan sedikit kekurangan yang ada pada kita, kita mungkin malu kerana tidak mempunyai pakwe, makwe seperti orang lain, kita mungkin malu dengan kemiskinan pada kita.. Tapi apakah itu yang dikatakan malu? inilah yang dikatakan "Patutkah kita malu" jika hal- hal begini. Tidak pantas untuk kita malu, kerana kekurangan itu anugerah dari Allah, kekurangan itu sebenarnya satu kelebihan iaitu mendidik kita menjadi hamba yang bersyukur. Allah berfirman dalam surah Ibrahim : 7


" Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat kepada mu, dan jika kamu mengingkari nikmatku maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih"


Carilah kelebihan disebalik kekurangan dan kelemahan yang Allah kurniakan, insyaallah kita akan bisa melihat keagungan Allah. Untuk apa kita malu jika kita tidak mempunyai pacar, alangkah bertuahnya kita kerana kita terpilih oleh Allah untuk menjaga hati kita, cinta kita hanya untuk Allah. Kita tidak usah malu jika kita miskin, tapi kita perlu bersyukur kerana diberi kekayaan hati. Jangan kita malu yang tidak bertempat. Usah kita malu menyampaikan kebenaran.

Kita seharusnya malu kerana dengan Allah, dengan diri kita. Jika kita orang yang lebih malu lah dengan orang yang kurang. Selama kita hidup, sejauh mana kita menjaga anggota pinjaman ini, menjaga perut kita daripada perkara haram n syubhah dan sejauh mana kita dengan Allah dan sejauh mana kita menjaga amanah yang Allah berikan pada kita? Sama-sama kita menjernihkan jiwa kita, kerana mungkin kita pernah melintasi daerah ini tanpa kita sedar, mungkin juga kita belum melalui daerah ini..kerana setiap orang ada pengalaman tersendiri dalam sebuah perjalanan. MALU itu mahkota diri, jangan sesekali kita tanggalkan dari diri kita.

" Kita adalah amanah dari Allah, jika kita seoarang anak, kita adalah amanah ibubapa, jika kita seorang ibu/ bapa, kita amanah anak2, jika kita seorang isteri, kita amanah sang suami, jika kita bergelar muslimah kita juga amanah seorang ayah n bakal suami. jika kita seorang pekerja, kita amanah pada tanggungjawab kita, jika kita seorang daie, seorang berilmu, kita amanah pada semua yang memerlukan kita, " wallahua'alam.