Assalamualaikum kepada semua...alhamdulillah malam ni sempat luangkan sedikit masa untuk entry kali ni. Pernahkah kita merasa malu? Patutkah kita merasa malu? perlukah kita untuk merasa malu? Masih adakah rasa malu dalam diri? Antara persoalan-persoalan ini, di manakah kita berada?
Malu sesuatu yang subjektif. Malu ialah cabang iman. Sabda Rasulullah s.a.w : maksudnya " Sifat malu adalah salah satu cabang iman, maka tiada berimanlah orang yang tidak ada malunya." Jadi memang kita patut untuk merasa malu. Kerana Allah telah menganugerahkan dalam diri kita sifat malu yang sememangnya sangat berharga dan bernilai. Tapi, ingat untuk siapa kita harus malu? Malu yang bagaimanakah yang perlu? Sesungguhnya kita sebagai hamba Allah harus malu pada Allah, Pencipta kita, kerana di bumi Allah lah kita pijak, dengan nikmat Allah lah kita masih lagi di beri luang untuk hidup, peluang untuk bertaubat. Semuanya pinjaman dari Allah. Malu lah kita, sedangkan kita hanya seorang hamba yang tidak punya apa-apa, semua yang kita ada hanyalah pinjaman. Tapi apa yang kita sudah lakukan sepanjang hayat kita? Berapa lama dah kita hidup di bumi Allah.?
Kita mungkin malu dengan sedikit kekurangan yang ada pada kita, kita mungkin malu kerana tidak mempunyai pakwe, makwe seperti orang lain, kita mungkin malu dengan kemiskinan pada kita.. Tapi apakah itu yang dikatakan malu? inilah yang dikatakan "Patutkah kita malu" jika hal- hal begini. Tidak pantas untuk kita malu, kerana kekurangan itu anugerah dari Allah, kekurangan itu sebenarnya satu kelebihan iaitu mendidik kita menjadi hamba yang bersyukur. Allah berfirman dalam surah Ibrahim : 7
" Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat kepada mu, dan jika kamu mengingkari nikmatku maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih"
Carilah kelebihan disebalik kekurangan dan kelemahan yang Allah kurniakan, insyaallah kita akan bisa melihat keagungan Allah. Untuk apa kita malu jika kita tidak mempunyai pacar, alangkah bertuahnya kita kerana kita terpilih oleh Allah untuk menjaga hati kita, cinta kita hanya untuk Allah. Kita tidak usah malu jika kita miskin, tapi kita perlu bersyukur kerana diberi kekayaan hati. Jangan kita malu yang tidak bertempat. Usah kita malu menyampaikan kebenaran.
Kita seharusnya malu kerana dengan Allah, dengan diri kita. Jika kita orang yang lebih malu lah dengan orang yang kurang. Selama kita hidup, sejauh mana kita menjaga anggota pinjaman ini, menjaga perut kita daripada perkara haram n syubhah dan sejauh mana kita dengan Allah dan sejauh mana kita menjaga amanah yang Allah berikan pada kita? Sama-sama kita menjernihkan jiwa kita, kerana mungkin kita pernah melintasi daerah ini tanpa kita sedar, mungkin juga kita belum melalui daerah ini..kerana setiap orang ada pengalaman tersendiri dalam sebuah perjalanan. MALU itu mahkota diri, jangan sesekali kita tanggalkan dari diri kita.
" Kita adalah amanah dari Allah, jika kita seoarang anak, kita adalah amanah ibubapa, jika kita seorang ibu/ bapa, kita amanah anak2, jika kita seorang isteri, kita amanah sang suami, jika kita bergelar muslimah kita juga amanah seorang ayah n bakal suami. jika kita seorang pekerja, kita amanah pada tanggungjawab kita, jika kita seorang daie, seorang berilmu, kita amanah pada semua yang memerlukan kita, " wallahua'alam.
No comments:
Post a Comment