Tuesday, 30 July 2019

UTAMAKAN IBU BAPA DAN AHLI KELUARGA.

ANAK-ANAK MUDA SEKALIAN,

ALLAH SWT telah berpesan supaya menjaga hubungan silaturahim sesama manusia. Malah ALLAH SWT memberi peringatan menjaga silaturahim adalah satu nikmat yang tidak semua orang dapat merasainya, kecuali mereka diberikan hati yang sentiasa berlapang dada terhadap orang lain.

Firman ALLAH SWT yang bermaksud:

"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) ALLAH SWT dan ingatlah akan nikmat ALLAH SWT kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuh-musuhan, maka ALLAH SWT menyatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat ALLAH SWT orang yang bersaudara dan kamu berada di tepi jurang neraka, lalu ALLAH menyelamatkan kamu daripadanya."

 (Surah Al-Hujurat, ayat 103)

Jika silaturahim sesama manusia dituntut dalam agama, apatah lagi hubungan silaturahim dalam keluarga yang juga satu tanggungjawab besar.

ALLAH SWT memberi peringatan kepada Nabi Muhammad SAW untuk menjaga dirinya dan ahli keluarganya daripada azab neraka.

Firman-Nya yang bermaksud:

 "Hai orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka."

 (Surah At-Tahrim, ayat 6)

Oleh itu Anak Muda Sekalian,

Keluarga adalah perkara utama dalam membina masyarakat harmoni dan berkasih sayang. Keluarga yang baik akan melahirkan masyarakat yang baik dan berakhlak mulia. Oleh itu, dalam melakukan kebaikan,IBU BAPA serta Ahli Keluarga adalah kelompok yang paling utama perlu diberi perhatian.

Rasulullah SAW adalah model terbaik dalam membina keluarga, seterusnya membina masyarakat dan ummah yang mempunyai keperibadian mulia. Baginda SAW begitu sayang kepada ahli keluarga dan menyantuni bapa saudaranya, Abi Talib yang masih belum beriman dengan agama ALLAH SWT.

Baginda bukan sahaja mengharapkan kebaikan pada dirinya, bahkan mengharapkan kebaikan untuk ahli keluarganya. Dakwahnya tidak terhenti kepada Abi Talib sehinggalah bapa saudaranya itu meninggal dunia.

Janganlah kita mengharap untuk memasuki syurga ALLAH SWT bersendirian, tetapi tanamlah perasaan dalam diri untuk memasuki syurga bersama ahli keluarga kita.

Wallahua'lam

"ISLAM MEMIMPIN"AKHIRAT DI DEPAN"

#🇸🇦INTIFADA🇲🇾

No comments:

Post a Comment