💎💎💎
Wahai wanita, wahai diriku
Kau mudah dekat dengan dosa
Kau penuh celah menuju neraka
Bahkan kaum mu lah yang mendominasi disana
Maka berhati-hatilah kamu dalam melangkah
Allah berikan banyak aturan, berikan banyak larangan
Tapi itu bukanlah bentuk kekangan
Namun, menjauhkanmu dari kemaksiatan agar kau tetap dimuliakan
Jangan bersedih, kerana dibalik semua batasan
Allah hadiahkan kita banyak kemudahan
Kemudahan menuju ke syurga dengan begitu banyak jalan
Dan jika kau tahu semua itu, kau tidak akan merasa dirugikan (namun sebaliknya bersyukur kerana dimuliakan)
Contohilah mereka yang penuh dengan suri tauladan, agar hatimu kuat melawan semua ujian.
Keteguhan pada diri Khadijah, kecantikan akhlak pada diri Aisyah, kesederhanaan pada diri Fatimah. Mereka nyata dirindu syurga.
Lalu bagaimana kita? Tidakkah kita ingin dirindui syurga? Tidakkah kita ingin dirindui Allah juga?
🕋🕋🕋
@Qowiyy_Fillah
No comments:
Post a Comment