Bismillah.. .Masya Allah
Benar kata bonda, untuk menjaga harga diri, keperibadian gunalah orang tengah dalam membina sebuah hubungan suci.
Pesan seorang ibu, sedang bersembang, "hati hati dengan orang lelaki, jangan serahkn hati pada seseorang kita tak pasti tentang kesungguhannya. " Biarlah sesekalipun orang menganggap Kita jual mahal. Kerana harga diri yang kita pertahankan itu bukan murahan.
Terima kasih my mum.
Pernah Allah hadirkan seseorang Di Tempat yang terbaik di dunia...mmungkin hadirnya dia dalam masa yang singkat untuk menguji kesetiaan hati pada Cinta illahi.
Kekuatan dibina, keyakinan diperteguhkan, kembali melamar redha illahi pada setiap aturan kehidupan.
Ye, takkan sesekali dibiarkan perkara yang sama terjadi Utk Kali kedua.
Pengharapan itu Hanya pada Allah.
Takkan dibuka pintu hati jika hadirnya dia tanpa adab, tanpa meminta izin dari penjaga.
Kerana jasad ini punya penjaga bernama wali.
Bukan tak mahu Tapi tidak mahu pisang BerBerbuah 2 kali, tidak mahu terjatuh dalam lubang yang sama.
Aku semakin Takut untuk mengenalinya.
Ujian itu pasti hadir untuk menguatkan untuk membaiki apa yang lemah.
Seperti mana, seorang guru yang tahu mana kelemahan muridnya, di situlah guru tersebut akan memberikan soalan/ujian yang sama bentuknya supaya murid tadi mahir utk bg melepasi ujian tadi. Baiki kelemahan.
Sama juga, Allah maha Tahu apa kelemahan hambaNya, maka berulang kali Allah sediakan ujian yang sama untuk hambaNya agar hambaNya itu menjadi kuat agar tak jatuh dalam lubang yang sama berulang kali.
Andai ini ujian, Maka kuatkan hati.
Wahai Allah yang menciptakan cinta, Wahai Allah yang membisikkan rindu, Engkau pernah mengizinkan aku menjejakkan Kaki menapak pada langkahan siti Hajar, yang tak pernah putus asa, yang Kuat dalam sendiri, maka kuatkan kaki ini dalam menghadapi mehnah kehidupan.
Engkau pernah izinkan aku menjejakkan Kaki Di bumi uhud, Maka Berikan aku redha dgn setiap aturan Mu.
Dengan kasih sayangMu .yang tak pernah Sepi buat hamba Mu
No comments:
Post a Comment