Monday, 7 September 2015

BINGKISAN HATI KARANGAN JIWA

ana tertarik dengan bingkisan hati karangan jiwa seorang hamba Allah,,,,

redhalah segala  takdir Allah kepada kita
agar Allah meredhai kita pula
maafkanlah segala kesalahan manusia lain kepada kita
agar Allah memaafkan kita pula
tutuplah aib manusia lain di dunia
semoga Allah menutup aib kita di akhirat kelak
tunaikanlah permintaan manusia lain hari ini
semoga Allah menunaikan permintaan kita esok
bukankah dunia ini tempat persinggahan sementara
dan kita akan berangkat bila-bila masa sahaja
bukankah jadual penerbangan telah ada
jangan kita lupa,,,,kembara ini KEMBARA IMANI
MERENTASI SAMUDERA KEHIDUPAN
MENCARI KALUNGAN HIDAYAH
BERBEKALKAN TAQWA YANG SATU
DEMI MU KURELA DEMI MENGGAPAI REDHA YANG HAKIKI.

No comments:

Post a Comment