Tepat jam 10 pagi. Setelah tamat kelas tutorial, aku
bergegas turun bersama sahabat-sahabat aku yang lain. Mana tak nya, biasanya
kelas tutorial kami lah yang paling lewat masuk ke dewan kuliah. Di sebabkan, cikgu dah pun masuk, aku dan
sahabat yang lain terpaksa masuk melalui pintu belakang. Aku mencari port yang paling sesuai untuk
duduk dan space untuk geng-geng aku. Di sebabkan kami selalu bersama, so aku
lebih senang membahasakan geng, walhal dengan sahabat- sahabat yang lain pun
kami agak kamceng. Dalam diam, aku sedar
aku meminati seorang rakan sekelas. Hampir setiap kali kuliah aku tidak dapat
fokus kerana pandanganku fokus pada ajnabi yang aku minati. Memang waktu tu, aku mula mengenal semuanya,
maklumlah orang baru nak berubah jadi baik. Semuanya inginkan sesuatu yang
baik. Bukan apa, aku tertarik dengan sikapnya, lagipun dia juga merupakan
seorang kaki masjid. “klik!!klik!!’ “siapa pulak yang mesage
ni? Ngomelku sendirian sambil mencapai telefon di atas katil. “ salam ukhti, malam ni jangan lupa ada halaqah
di surau P1 selepas maghrib. Jazakillah” . Apa lagi, dengan langkah yang
agak kurang bersemangat, aku pun turun menuju ke surau P2. “ akak, salah tak kalau kita minat seseorang,
lagi satu, kita selalu je perhatikan dia, terutama dalam kelas”aku cuba menggunakan
kesempatan yang ada untuk melegakan kesempitan di jiwa. Kakak tu melemparkan
pandangan sambil tersenyum “emm, macam ni
dik, tak salah untuk kita minat kat seseorang, tetapi biarlah ia menjadi rahsia
kita dengan Allah. Jika ia boleh menggugat hati kita, mohonlah kepada Allah apa
yang terbaik. Dik, bukankah Allah telah berfirman tentang menjaga pandangan.
Cuba kita kawal diri kita dan selebihnya mintalah pertolongan Allah. Zina itu
terbahagi kepada banyak, antaranya zina mata, zina hati, dalam surah al-ahzab
Allah berfirman, jauhilah zina.” Terpana aku dengan penerangan akhwat tadi
sambil membaca terjemahan tentang menjaga pandangan. Alhamdulillah, usai sudah halaqah pada malam
dan alhamdulillah aku menjadi semakin tenang. Itulah gunanya halaqah, ta’lim mahupun
usrah. Jam ditangan menunjukkan tepat jam 8 pagi, aku bergegas masuk ke kelas
dengan semangat yang baru. Alhamdulillah, lama-kelamaan aku berjaya membuang
perasaan itu dalam hati aku. Hampir
setiap sujudku, aku memohon agar diberi yang terbaik. Pernah aku meminta “ Ya Allah jauhkanlah dia
daripadaku jika dia bukan milikku, Ya Rahman, buangkanlah rasa sayangku
padanya, timbulkanlah rasa benciku padanya, jika itu yang terbaik untuk aku
menjaga hatiku”. Sememangnya kita tidak seharusnya berdoa supaya timbul rasa benci
pada orang itu, kerana benci itu sifat syaitan. Alhamdulillah, Allah Maha
Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Allah tidak memberi rasa benci
dalam hatiku dan menjadikan perasaanku padanya semakin menghilang. Seharusnya
kita sebagai muslim wajib mengasihi sesama saudara seislam. Dalam 1 hadis “
Tidak akan dikasihi seorang itu jika ia tidak mengasihi”. Memang agak sukar dan
sakit jika kita melawan sesuatu yang kita mahukan. Semakin aku cuba melupakan, semakin jiwa aku
bergelodak, pantang jika sahabat menyebut namanya, aku pasti teringatkannya.
“Ehem, ehem”...usik nadia seorang sahabatku yang menjadi pendengar setia setiap
masalahku. Kami selalu ke masjid bersama-sama. “ Dah
la, jangan usik-usik lagi pasal saya dengan dia, nanti hati saya bermain-main
dan jiwa saya semakin teringatkan dia” aku berterus terang dengannya tanpa
rasa segan lagi. Bukan apa, semakin kita di usik dengan gosip-gosip sebegitu
sebenarnya semakin membuatkan kita bermain dengan perasaan. Nadia tersenyum dan
menggangguk tanda mengerti akan perasaan yang sedang aku alami. Fitrah manusia
tertarik dan menarik, memang sakit jika
cuba mengawal perasaan yang sudah pun terbit. Alhamdulillah, hari demi hari,
aku menjalani kelasku seperti biasa tanpa terbit sedikit perasaan hati padanya.
Meskipun kami satu kumpulan, yang ada hanya perasaan biasa sebagai sahabat. Aku tersenyum sendirian tatkala aku
teringatkan masa-masa aku yang telah berlalu. Siapalah aku sekarang tanpa
pimpinan-Mu Ya Allah. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang terbaik untuk
hamba-NYA. Mintalah pada Allah, rintihlah pada-NYA, carilah Kebesaran Allah di
dalam setiap kesukaran yang kita lalui. Sabarlah
duhai hati, kerahkanlah tenagamu untuk perjuangan ketika masa mu masih ada.
Kembara iman di perjalanan nurani,sejauh manakah akan kita lalui, itu semua di luar jangkaan kita sebagai insani. Terkadang iman itu ada naik dan turunnya. Tatkala tersungkur, maka bangkitlah kembali berjalan tanpa henti menuju destinasi abadi.Pelbagai halangan dan peluang kita tempuhi, moga dengan berbekalkan iman di hati, perjalanan ini diredhai ILLAHI. Ya Allah pimpinlah daku dengan pimpinan-Mu, agar diri tidak tersasar dari landasan-Mu...ameen.
Saturday, 26 May 2012
Wednesday, 16 May 2012
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Friday, 11 May 2012
kadang2 kita rasa sesuatu yang berlaku itu tidak baik untuk kita, tapi yakinlah Allah Maha mengehtahui tentang kita, baik buruk untuk kita. sepanjang jadi guru sekolah rendah, memang sangat2 mencabar, dengan banyaknyer kerja, nak layan kerenah anak2 murid yang berbagai ragam. kadang2 tak mampu nak berlembut,,,,,hingga terpaksa menggunakan kekerasan..tapi di sebalik semua tu ada sayang pada mereka.,,,tak sanggup untuk menggunakan kekerasan, kerana mereka masih lagi ahli -ahli syurga. Sedangkan kekasih Allah, Nabi Muhammad S.a.w tidak pernah berkasar dengan kanak2, kanak2 umpama permata islam... bila berjumpa dengan kanak2 baginda akan mengusap kepala kanak2 dan membacakan doa " Allahummafakkihufiddin waa'llimhuta'will"....Ya Allah tebarkan diriku dengan selembar kesabaran selaut kasih sayang....dalam mendidik mreka menjadi anak-anak islam yang berguna...amin
Pilihlah Aku untuk Ikhlas
"Ikhlaskanlah diri kita, hati kita dalam menerima apa jua pemberian Allah, suka mahupun duka,,,jika duka yang dihulurkan, tadahlah tangan dengan hati yang ikhlas,,,,kerana yakin dan percayalah dihujung setiap duka pasti ada bahagia.." jika suka yang diberi,,,,tadahlah tangan dengan hati yang bersyukur kerana kegembiraan itu akan berakhir,,,,
Pesanan Imam Ghazali ketika muridnya bertanya " Tuan bagaimanakah keadaanku ketika mulutku berzikir tetapi hatiku masih lalai?" Lalu Imam itu berkata "teruskanlah berzikir walau hatimu lalai kerana sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata-kata yang kotor dan sia-sia.
Ada satu kisah sahabat, Abu Hurairah pernah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w tentang seorang yang mengerjakan solat tetapi masih mencuri. Lalu Rasulullah menegaskan solat orang itu lambat laun akan menghilangkan tabiatnya buruk itu.
Ikhlas itu sesuatu yang sulit untuk dibicarakan...yang tidak bisa digambarkan dengan kata-kata,,,ianya rahsia Allah,,," ikhlas itu seperti seekor semut hitam yang merayap di atas batu yang hitam pada waktu yang malam."
pejam celik, gelap cerah,,,,sudah masuk 5 bulan aku mengajar di Sek Ren Islam Al-Qari....aku cukup kagum dengan latar belakang sekolah itu...kesungguhan, keikhlasan ustaz dan ustazah yang telah mengasaskan sekolah ini telah menjadikan sekolah ini semakin gah. Melahirkan jundi-jundi yang bertaqwa. ketika aku mendengar cerita daripada ustazah di sekolah ini, aku kagum, mahu saja aku menitiskan air mata. Dengan tanggungjawab yang di amanahkan mereka memikulnya dengan ikhlas. Walaupun anak-anak didik di sekolah itu tidak kurang ke agresifannya tapi insyallah dengan keikhlasa para pendidik aku yakin mereka pasti akan berjaya menjadi seorang hamba-Mu yang bertaqwa.
Anak-anak dikir barat
Menangis dalam kelas ketika berhadapan dengan telatah anak didik sudah menjadi perkara biasa bagiku yang agak baru dalam bidang ini. Bukan menangis kerana penat tapi rasa sedih sebab rasa gagal dalam nak kawal budak2,,,pernah juga terfikir....kenapa ye aku tak boleh nak kontrol budak2 tu terutama darjah 1 dan 2. mungkin kurangnya sabar kot.. Ya Allah campakkanlah keikhlasan dalam sanubariku dalam melayan anak-anak didikku yang tersangat baik akhlaknya kerana mereka anak-anak ahli syurga,,,,,Tiada apa yang aku inginkan selain melihat akhlak mereka menjadi akhlak yang baik. bukan nilaian manusia aku harapkan tapi pandangan-Mu pada ku yang kerdil ini.

Anak-anak kumpulan nasyid SRI AL- QARI |
Anak-anak dikir barat
Ni pula anak-anak choral speaking ,,,comey2 kan |
Menangis dalam kelas ketika berhadapan dengan telatah anak didik sudah menjadi perkara biasa bagiku yang agak baru dalam bidang ini. Bukan menangis kerana penat tapi rasa sedih sebab rasa gagal dalam nak kawal budak2,,,pernah juga terfikir....kenapa ye aku tak boleh nak kontrol budak2 tu terutama darjah 1 dan 2. mungkin kurangnya sabar kot.. Ya Allah campakkanlah keikhlasan dalam sanubariku dalam melayan anak-anak didikku yang tersangat baik akhlaknya kerana mereka anak-anak ahli syurga,,,,,Tiada apa yang aku inginkan selain melihat akhlak mereka menjadi akhlak yang baik. bukan nilaian manusia aku harapkan tapi pandangan-Mu pada ku yang kerdil ini.
Friday, 4 May 2012
Sebuah Harapan
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani,
Ya Allah,
Sinarilah diriku, hidupku dengan cahaya iman dan Taqwa seperti mana pancaran cahaya dari langit iaitu cahaya mentari di musim panas....
Terimalah doa yang ku pohon pada-Mu jika itu yang terbaik untuk ku
Siramilah diri ini dengan Kasih sayang-Mu tika mana aku dalam kealpaan
Ingatkanlah diri ini tika aku dalam kelalaian fana dunia
Kurniakanlah daku suluh cahaya-Mu tika aku teraba-raba dalam kegelapan
Ya Allah jangan Engkau biarkan diriku seperti layang-layang yang terputus tali
yang tidak tahu arah tuju, yang terbang tanpa panduan
Ingin ku jadi tenang seperti air tasik, berani seperti air laut, dan tawadduk seperti air sungai...
salam mahabbah

Ya Allah bantulah aku untuk khusyuk dalam sujud kepadaMU
Assalamualaikum semua,,,,hari ni saya nak kongsikan catatan yang pernah saya tulis,,,, Ketika mendirikan solat cubalah kita bayangkan
- kaabah berada di antara kedua keningku
-jambatan siratul mustaqim seakan-akan berada di bawah tapak kakiku
- syurga di kananku
- neraka di kiriku
-malaikat maut dibelakangku
-anggaplah bahawa solat itu adalah yang terakhir kita dapat kerjakan
-berdirilah dengan penuh harap dan tenang
-rukuklah dengan kerendahan diri
-sujudlah dengan hati yang khusyuk
-duduk antara 2 sujud dengan tertumpu ke atas ibu jari
- tertanya-tanya adakah solatku diterima....
wallahua'lam

Subscribe to:
Posts (Atom)