by Makmum Sundari on Wednesday, 16 January 2013 at 22:57 ·
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam
buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut
yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Memang kita selalu dengar perkataan MUNAFIK itu dan pernah tak
kita tanya apakah ciri-cirinya. Oleh itu saya ingin kongsikan di sini:
Mungkin kita selalu mendengar perkataan munafik di dalam
kehidupan kita sehari-hari. Pada kita ia perkara biasa dan tak ade apa
pun.Namun sebenarnya munafik itu adalah suatu sifat yang amat buruk dan
mencelakan.
Apakah kita termasuk orang yang munafik?
Mungkin kita dengan tegas mengatakan kita adalah bukan orang
munafik kerana kurangnya kefahaman kita mengenai apa itu sifat munafik yang
sebenarnya.
Hadis Nabi Muhammad SAW menjelaskan tanda-tanda orang munafik :
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Tanda orang-orang munafik itu ada
tiga keadaan. Pertama, apabila berkata-kata ia berdusta. Kedua, apabila
berjanji ia mengingkari. Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia
mengkhianatinya”.(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Ciri-Ciri / Sifat-Sifat Munafik :
1. Apabila berkata maka dia akan berkata bohong / dusta.
2. Jika membuat suatu janji atau kesepakatan dia akan
mengingkari janjinya.
3. Bila diberi kepercayaan / amanah maka dia akan
mengkhianatinya.
Untuk disebut sebagai orang munafik sejati sepertinya harus
memenuhi semua ketiga syarat di atas iaitu pembohong, pengkhianat dan pemungkir
janji. Jika baru satu atau dua ciri saja mungkin belum menjadi munafik tapi
sudah ada ciri-ciri munafik dalam dirinya.
1. Berbohong / Dusta
Bohong adalah mengatakan sesuatu yang tidak benar kepada orang
lain. Jadi apabila seseorang itu tidak jujur kepada orang lain maka dia boleh
menjadi orang yang munafik. Contoh bohong seseorang mengatakan dia ada di
pejabat untuk menerima temu janji tetapi apabila orang yang di berhajat berjumpa
dengannya dia menghilangkan diri. Dia berbohong dan memberi alasan yang tidak
benar.
2. Mungkir dan Ingkar Janji
Seseorang terkadang suka membuat suatu perjanjian atau
kesepakatan dengan orang lain. Apabila orang itu tidak mengikuti janji yang
telah disepakati maka orang itu telah ingkar janji. Contohnya seorang majikan
berjanji hendak membayar gaji pekerjanya tetapi bila sampai masa dia mungkir
janji dengan alasan yang direka-reka. Sifat seperti ini sungguh buruk
lebih-lebih lagi dia menunjukkan akhlak yang tidak baik kepada orang-orang
dibawahnya. Sifat buruk ini menjadi umpatan orang lain dibelakangnya. Apabila
sifat mungkir janji ini dilakukan berulang-ulang menyebabkan kepercayaan orang
lain kepadanya sudah hilang.
3. Berkhianat/ Tidak Amanah
Khianat mungkin yang paling berat kelasnya dibandingkan dengan
sifat suka bohong dan suka ingkar janji. Contohnya seorang yang di amanahkan
menjaga harta tapi beliau menggunakan harta itu untuk kepentingan dirinya
sendiri. Ketuanya mengamanahkan wang gaji kepadanya tetapi wang tersebut
dilesapkannya untuk membayar hutang peribadinya atau untuk kepentingan dirinya
sendiri. Hidup orang yang tidak amanah ini tidak akan berkat dan dia akan
mendapat balasan kerana sifat pecah amanah yang dilakukannya.
Di Bawah terdapat tambahan 30 sifat-sifat orang munafik yang
boleh wujud pada diri seseorang dan membuatkan dia menjadi munafik tulin secara
tak sedar. Bacalah dan semaklah samada sifat-sifat itu ada pada diri kalian.
Jika ada usahalah untuk memperbaiki.
32 Sifat munafik yang wujud dalam perbuatan dan hati manusia :
Sifat Yang Ke-1 : Dusta
Sifat Yang Ke-2 : Khianat
Sifat Yang Ke-3 : Fujur dan lemah imannya
Sifat Yang Ke-4 : Suka mungkir janji bila berjanji
Sifat Yang Ke-5 : Malas beribadah
Sifat Yang Ke-6 : Riya
Sifat Yang Ke-7 : Sedikit berzikir
Sifat Yang Ke-8 : Mempercepat solat (malas ketika solat)
Sifat Yang Ke-9 : Mencela orang-orang yang taat dan soleh
Sifat Yang Ke-10 : Memperolok-olokkan Al-Quran, As-Sunnah
Rasulullah SAW
Sifat Yang Ke-11 : Bersumpah palsu
Sifat Yang Ke-12 : Tidak mahu berinfaq dan bersedekah
Sifat Yang Ke-13 : Tidak mempunyai sikap prihatin terhadap nasib
kaum muslimin
Sifat Yang Ke-14 : Suka menyebarkan berita fitnah
Sifat Yang Ke-15 : Mengingkari takdir (tidak reda qadak dan
qadar)
Sifat Yang Ke-16 : Mencaci maki kehormatan orang-orang soleh
Sifat Yang Ke-17 : Sering meninggalkan solat berjamaah
Sifat Yang Ke-18 : Membuat kerosakan di muka bumi dengan alasan
mengadakan perbaikan
Sifat Yang Ke-19 : Tidak ada kesesuaian antara amal zahir dengan
batin
Sifat Yang Ke-20 : Suka mengeluh dan tidak reda terhadap ujian
Allah SWT
Sifat Yang Ke-21 : Suka membuat alasan dengan berdusta.
Sifat Yang Ke-22 : Menyuruh perbuatan mungkar dan mencegah amal
makruf
Sifat Yang Ke-23 : Bakhil harta yang dimilikinya.
Sifat Yang Ke-24 : Lupa kepada Allah SWT
Sifat Yang Ke-25 : Mendustakan janji Allah dan Rasul-Nya
Sifat Yang Ke-26 : Lebih mengutamakan zahir dan mengabaikan
batin
Sifat Yang Ke-27 : Sombong dalam berbicara dan suka menegakkan
kebatilan.
Sifat Yang Ke-28 : Tidak memahami Islam (Ad Din) sebagai satu
cara hidup.
Sifat Yang Ke-29 : Bersembunyi dari manusia dan menentang Allah
SWT dengan dosa
Sifat Yang Ke-30 : Bergembira dengan musibah yang menimpa
orang-orang mukmin dan dengki terhadap kebahagiaan mereka.
Sifat Yang Ke-31 : Suka mengungkit-ungkit pemberiannya kepada
orang lain (buruk siku)
Sifat Yang Ke-31 : Suka maki hamun dan melaknat orang
mukmin.(melampaui batas dalam berhujah)
Sifat Yang Ke-32 : Suka bertindak merampas hak orang lain
Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita jauhi tiga sifat munafik yang dinyatakan
oleh Nabi SAW iaitu apabila berkata-kata ia berdusta, apabila berjanji ia
mengingkari dan apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya.
Selain daripada tiga sifat ini terdapat 32 lagi sifat-sifat munafik yang
menjelaskan lagi ciri-ciri munafik tulin yang terdapat ramai dikalangan
masyarakat kita.
Semoga kita muhasabah sifat-sifat di atas agar kita boleh
perbaiki kelemahan kita dan menjadi hamba Allah yang beriman, bertakwa dan taat
dan patuh segala perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.