Ketika
Aku ingin hidup
kaya aku lupa bahawa hidup itu sendiri
adalah sebuah kekayaaan
Ketika
Aku takut memberi,
aku lupa bahawa semua yang aku miliki juga adalah pemberian
Ketika
Aku ingin jadi yang
terkuat, aku lupa bahawa dalam kelemahan
tuhan memberikankau kekuatan
Ketika
Aku takut rugi, aku
lupa bahawa hidupku adalah sebuah keuntungan kerana anugerahnya.
Ternyata hidup
ini sangat indah…ketika kita selalu
bersyukur kepadanya.
Bukan
Kerana hari ini indah
kita bahagia tetapi kerana kita bahagia maka hari ini menjadi indah.
Bukan
Kerana tiada
rintangan kita menjadi optimis, tetapi
kerana kita optimis rintangan akan menjadi
tak terasa
Bukan
Kerana mudah kita
yakin boleh tetapi kerana kita yakin boleh semuanya menjadi mudah
Bukan
Kerana semua baik
kita tersenyum tetapi kerana kita
tersenyum maka semua menjadi baik
Tidak ada hari yang
menyusahkan kita kecuali kita sendiri
yang membuat susah.
Bila
Kita tidak dapat
menjadi jalan yang besar, cukuplah menjadi jalan setapak yang dapat dilalui
orang.
Bila
Kita tidak dapat
menjadi matahari cukuplah menjadi lilin yang dapat menerangi sekitar kita
Bila
Kita tidak dapat
berbuat sesuatu untuk seseorang cukuplah berdoa untunya
No comments:
Post a Comment