Dulu ada seorang srikandi islam bernama sumayyah. Dipaksa memilih anatara keluarga dan agama.
Dipilihnya yang SATU. Kerna dia tahu
didunia keluarganya tidak akan bersatu, diteguhnya hati dikuatnya iman. Dia dan
keluarga bersatu di Jannah
Adakah sekuat ini imanmu bila keluarga ditindas??
Ya haura al-maqsurah
Kenalkah engkau kepada khadijah?Aisyah? wanita ini
kebanggaan agama. Saat dunia
menentangnya dia pertahankan agamanya! Menjadi sayap kiri suami. Adakah
madu sekarang bersikap seperti mereka?
Ya wardhatul syauqah
zulaikha?? Perdengarkanlah agungnya
cinta dia pada yusuf. Sehingga buta tak kenal dunia. Pada saat dia memilih
islam, Allah satukan Yusuf dengannya tapi cintanya pada Yusuf tidak sekuat
cintanya pada Allah. Harinya berlalu dengan ibadah. Sehingga Yusuf yang kuat
menjadi lemah mendambakan kasih isterinya zulaikha. Beginikah cintamu pada
ikhwah?
Ya mujahidah islam
Mengaku berjihad, pernah dengar hebatnya khaulah al-azwar?
Srikandi perang islam. Lagaknya seperti
pemuda menghunus pedang di medan perang, bagai raksasa tangkasnya berkuda dan
sekelip mata menumpahkan darah musuh durjana.
Tidak dia angkuhmalah malu untuk mengaku dia wanita yang berjihad.
Bersama tentera Khalid al-walid. Beginikah jihadmu?
Wahai wanita solehah…
Ratu balqis? Fatimah? Dan ramai lagi srikandi islam.
Pernahkah kau kaji soal mereka, perjuangan mereka? Kehidupan mereka? Adakah
sedikit menyerupai mereka?
Wahai wanita akhirul zaman..
Hadiah apa yang akan kau persembahkan dihadapan Allah? Adakah jihad yang kau gaulkan dengan masalah hati? Mungkin kita tidak mampu untuk
menandingi ketabahan kekuatan serta keimanan srikandi islam terdahulu kerana
kita ternoda oleh satu zaman yang penuh dengan penipuan teknologi! Penyakit
hati! Sahabat yang mengaku setia padahal hati berdusta! Harta yang tak
bernilai! Semua berebut untuknya
Ya muslimah
Ramai sekarang orang alim pada zahir, padahal hatinta tak
terlibat sama. Kata jihad, solat pun terkapar-kapar. Kata saying sahabat tapi
bila kalian ada masalah lari tinggalkan
mereka konon sahabat mereka talam dua muka. Kata cintakan saudara tapi
bila bergerak dalam kumpulan pun ada sahabat yang ditinggalkannya apatah lagi
diluar kumpulan. Inikah nilai
syurga padamu yang ingin kau beli?
Wahai bakal bidadari syurga
Fikirlah sejenak, layakkah syurga buatku? Tidak bimbangkah
bila orang bergantung harap pada kita untuk agama sedang kita sibuk fikirkan
masalah hati. Wanita itu fitnah dunia tapi yang solehah adalah bidadari dunia.
Ketahuilah orang yang benar alim tidak akan mengaku dirinya alim. Malah dia
ingin berada dalam satu tempat dimana dia berjalan , bercakap atau apa
sahaja tiada yang melihat wajahnya.
Ya ukhti tercinta
Jangan gadaikan akhirat untuk dunia. Engkau perlukan teman
menasihati, bacalah kalam agung ILLAHI al-Quranul karim pengubat hati. Bila
engkau ingin berbicara dengan Allah maka solatlah, jika ingin Allah berbicara
denganmu maka bacalah Al-Quran. Kau akan jumpa nikmat disebalik ayat. Sehingga
rindumu berlabuh hanya pada yang Esa.
Cukuplah dengan perkara yang jauh lebih penting. Tinggalkan
perkara yang tak pasti dan sia-sia. Kita terlalu sibuk fikirkan perkara kecil
sehingga lupa perkara besar. Jangan ganggu singgahsana Allah (hatimu) semua
akan indah bila tiba waktunya…
dOA YANG dIAJAr nABI MUHAMMAD S.A.W
" YA ALLAH BERIKAN PAHALA KEPADAKU ATAS UJIAN YANG ENGKAU BERIKAN
DAN GANTIKANLAH YANG LEBIH BAIK UNTUKKU,,,AMIN "
No comments:
Post a Comment