Monday, 3 August 2015

MEMORI SEBUAH PENGEMBARAAN...

Tatkala menjengah kembali ke kamar kehidupan ini

Di rasakan dunia ini penuh dengan liku

Setiap mendatang pasti ada halangan dan cabaran

Pasti juga akan terlakar sebuah memori

Inilah kehidupan insan pada setiap liku sebuah perjalanan kehidupan

Semua ini hanyalah akan menjadi memori pada suatu persinggahan di persimpangan 

menuju destinasi abadi

Di hadapan sana masih banyak menunggu

Cabaran menunggu saat untuk mendatangi

Cuma......mungkin masanya belum tiba

Langkah perlu diteruskan, kerana tanpa langkah seterusnya

Takkan ada masa depan

Depanilah perjalanan dengan tawakkal kepada-NYA

Ini hanya cebisan dari kamar kahidupan seorang hamba

Di kamar ini, terlalu banyak ragam, kerenah makhluk yang bernama manusia

Tetapi inilah yang dipanggil cermin sebuah kehidupan

Telah dicipta manusia untuk bersusah

Kerana di situ menguji ketabahan dan kesabaran

Setiapnya pasti punyai hikmah tersendiri

Inilah kamar kehidupan yang di dalamnya penuh dengan ragam manusia

Yang kadang-kadang ada yang menyakitkan, ada mengembirakan, ada yang mendukakan

Inlah pahit manis sebuah kehidupan

Dan sepanjang di sini, banyak yang diperoleh

Semuaanya mengajar aku erti hidup

Dan ianya akan menjadi cebisan kenangan di liku kehidupanku

@cetusan rasa, lakaran jiwa, nukilan hati@ 

No comments:

Post a Comment