Friday, 19 August 2016

IBRAH HIKING GUNUNG STONG

Assalamualaikum wbt







alhamdulillah pada 11 dan 12 ogos. aku berjaya sampai ke gunung stong. hiking ku yang kedua setelah hiking di BEKELAH PAHANG.
subhanallah 1 pengalaman dan ibrah yang aku dapat.

" Mahasuci Allah yang menguasai  segala kerajaan Dan DIA Mahakuasa atas segala sesuatu"
(QS 67: 1)

 " ini kali pertama dan kali terakhir saya hiking" kata-kata ini pernah aku lontarkan pada sahabat seperjuanganku. Alhamdulillah takdir Allah mengizinkan aku untuk mengamati dan mendekati alam. Alam itu hidup. kerana hati yang mati akan Hidup bilamana bertemu dengan Alam yang hidup.

usai sahaja solat subuh,,,kami bertolak mendaki gunung stong...target kami KEM BAHA. pada waktu itu pada fikiran aku,,,ok kem baha,,,entah bagaimana tempatnya...jauh kah atau dekat?

setelah hampir 1 jam 30 minit kami mendaki alhamdulillah kami sampai ke KEM BAHA. Subhanallah benarlah perjalanan sepanjang pendakian tanpa kita sedar sebenarnya banyak mendekatkan kita dengan Allah. banyak menghidupkan hati kita yang lalai.

perasaan gerun takut alhamdulillah tidak sperti pengalaman di BEKELAH.
aku mula mngorak langkah mengatur perjalanan. bersamaku ada 10 orang peserta yang perlu aku jaga. aku masih teringat bagaimana sahabatku LIAA memainkan peranannya. aku cuba yang terbaik.

rupanya pendakian ke gunung stong tak seperti aku jangkakan. ye memang tidak securam pendakian pertama. tapi belum sampai setengah jam aku mulakan pendakian. kakiku tersangat penat berat untuk meneruskan langkah. Subhanallah memang mencabar fizikal. pendakiannya tidak bahaya tapi perlukan tenaga.

" yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. dan DIA Mahaperkasa Maha Pengampun" ( QS 67:2)

dalam fikiranku...ibarat jalan dakwah beginilah perjalanannya...ye aku perlu kuat untuk jalan dakwah,,,Ya Allah kuatkan kaki ini untuk melangkah untuk sampai ke destinasi dan kuatkan kaki ini untuk melangkah pada jalan dakwah.
"andai aku tidak kuat untuk mengorak langkah untuk mendaki untuk sampai ke atas,,,bagaimana untuk aku mengatur dan mengorak langkah di jalan dakwah" bicaraku dalam diam.

aku benar-benar tak mampu untuk melangkah....sekali lagi aku berhenti aku cuba mencari kekuatan untuk meneruskan perjalanan. aku pandang ke belakang,,,terngiang-ngiang kata-kata sahabatku LIAA saat aku down " syu....move on KERANA ALLAH...abaikan hal lain ALLAH tahu apa yang kita buat. . MOVE ON. ye you must move on to be somebody to bring others to Allah. aku pun teruskan melangkah dan melangkah...dalam masa yang sama hati kecilku berbicara sepanjang perjalananku.     "kalau engkau tak kuat untuk melangkah bagaimana  dengan adik-adik dibelakangmu,,ye,,,kalau aku tak kuat untuk meneruskan langkah pada jalan dakwah bagaimana masyarakat dan ummah disekelilingku. ye aku tahu aku bukanlah siapa-siapa tapi pasti dan pasti disekeliling kita ada yang perlu dibantu. bicara hatiku menjadi peneman dan penguat semangat untuk aku meneruskan langkah.

sepanjang pendakian apa yang penting FOKUS apa dihadapanmu dan apa MATLAMAT. pada ketika itu FOKUS apa dihadapan kita untuk sampai pada MATLMAT yang kita TARGET. abaikan halangan yang ada...jalan licin..curam...abaikan itu halangan untuk kita teruskan perjalanan.
seperti kehidupan kita....apa yang penting kita FOKUS pada apa matlamat hidup kita. fokus apa dihadapan kita usah hiraukan perkara negatif. memang kehidupan ini penuh dengan fitnah. kadang dalam kita bergerak pada jalan dakwah...kiri dan kanan penuh fitnah. abaikan kerana ia halangan bagimu dan berhati-hati saat mendepaninya...FOKUS pada apa yang ingin kau beri pada agamamu.
pasti dengan izin Allah kita akan mampu meneruskan langkah seterusnya.

THINK POSITIVE....dalam pendakian seringkali kita kepenatan, down, rasa nak berhenti tak larat,,,jauhnya lagi...lambat lagi ke,,bila nak sampai. lama kelamaan kita akan semakin lemah dan penat untuk mendaki. sebab minda bawah sedar kita merasakan jauh,,,lambat,,penat. TAPI bila kita SET dalam MINDA kita POSITIVE SIDE  sikit lagi nak sampai,,,dekat dah,,sekejap je lagi. kita akan semakin laju mengorak langkah. kita akan rasa sikit lagi,,ye aku harus MOVE ON kerana di atas sana aku akan sampai.

seperti juga dalam jalan dakwah....THINK POSITIVE dan MOVE ON...FOKUS pada apa yang kita nak beri dan pada MATLMAT  kita kerana ALLAH yang kita TARGET. walaupun dalam kita buat kebaikan ujian still ada,,,,fitnah akan hadir tanpa kita sedar,,dan HATI pasti dan pasti akan teruji dalam kita melaksanakan tugas dakwah...,tapi kalau kita THINK NEGATIVE dan fokus pada HALANGAN...kita akan sukar untuk capai MATLMAT yang kita TARGET. MOVE ON  kerana jalan ini pasti ada penghujungnya bilamana kita sampai ke DESTINASI HAKIKI bertemu ALLAH dalam REDHANYA. ameen. KEMENANGAN pasti akan TIBA. KEJAYAAN pasti akan HADIR. KEBAHAGIAAN pasti akan menjelma. ingat masyarakat memerlukanmu. UMMAH memerlukan mu.

" Yang menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Tidak akan kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang  pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pengasih. Maka lihatlah sekali lagi adakah kamu melihat sesuatu yang cacat? Kemudian ulangi pandanganmu sekali lagi dan sekali lagi niscaya pandanganmu akan kembali kepada mu tanpa menemukan cacat dan ia dalam keadaan letih." (QS 67: 3 &4)

akhirnya aku sampai ke TELAGA 7. Subhanallah cantik, haza min fadhli rabbi. kehidupan akhir zaman dunia penuh fitnah. kehidupan ini perjalanan hati kembara iman. Subhanallah cantik air terjun. ciptaannya sudah menakjubkan apatah lagi Allah yang Maha MENCIPTAKAN  alam semesta. aku merenung air terjun yang mengalir. hati kecilku  mula berbicara..." Ya Allah biarkan fitnah itu mengalir pergi seperti mana air terjun yang mengalir jauh dibawa arus". hati kadang penat terasa bilamana berada dalam dunia penuh fitnah. aku risau dalam aku rancak di pentas dakwah,,,aku menjadi fitnah pada jalan dakwah.

" Dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah. Sungguh Dia Maha Mengehtahui  segala isi hati. Apakah (pantas) Allah yang menciptakan  itu tidak mengehtahui? Dan Dia Maha Halus Maha Mengehtahui." (QS 67: 13 & 14)

dalam pendakian pasti dan pasti setiap pendaki merasai kebergantungan dan tawakal kepada Allah. kerana hidup dan mati Allah yang tentukan.  ye jalan dakwah perlu ada tawakal dan kebergantungan 100% kepada Allah. dalam mendaki usah tergesa-gesa untuk sampai ke puncak dek keinginan kita. kerana kita pasti akan keletihan. dan berhenti untuk jangka masa yang lama.  pasti-dan pasti kita akan sampai dengan izin Allah. jika kita istiqamah dalam melangkah perlahan-lahan
sama seperti jalan dakwah usah tergesa-gesa inginkan seseorang berubah usah tergesa-gesa inginkan kemenagan. kerana kemenagan pasti akan tiba. SETTING minda pada setiap langkah yang kita atur. aturkan langkahmu perlahan-lahan tapi ISTIQAMAH...jalan dakwah tak perlu tergesa-gesa. atur langkah sekemas mungkin. agar engkau tidak mudah rebah. teruskan melangkah dengan teratur moga kakimu tidak kepenatan. kerana bilamana kita tergesa-gesa kita akan merasa terlalu penat dan kita akan rasa down. usah TERGESA-GESA...atur langkah perlahan-lahan dan ISTIQAMAH. mendekatkan diri merasai KEBERGANTUNGAN hanya pada ALLAH. kerana ALLAH memegang hati-hati manusia.

" Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi maka jelajahlah  di segala penjurunya dan makanlah sebagian dari rezeki-NYA. Dan hanya kepada-NYAlah kamu (kembali setelah dibangkitkan)." (QS 67: 15)

wallahualam. sekadar penceritaan di sebalik pendakian ke gunung stong bersama adik-adik peserta.
alhamdulillah.
Dakwahku dalam Darul Atiq.

No comments:

Post a Comment