Kembara iman di perjalanan nurani,sejauh manakah akan kita lalui, itu semua di luar jangkaan kita sebagai insani. Terkadang iman itu ada naik dan turunnya. Tatkala tersungkur, maka bangkitlah kembali berjalan tanpa henti menuju destinasi abadi.Pelbagai halangan dan peluang kita tempuhi, moga dengan berbekalkan iman di hati, perjalanan ini diredhai ILLAHI. Ya Allah pimpinlah daku dengan pimpinan-Mu, agar diri tidak tersasar dari landasan-Mu...ameen.
Friday, 16 August 2019
Monday, 12 August 2019
Dalam Al. Quran , ada menyatakan tentang guruh Dan hujan. Di mana bunyi guruh memberikan harapan pada setiap Petani bahawa hujan akan turun membasahi bumi.
Andai ini ujian ke Sekian Kali untuk diri yang punyai kelemahan, ujian hati untuk Menjadikan benteng hati ini makin kental dan Kuat.
Ya, aku sudah bersedia dengan apa pun pengakhirannya.
Pesan sahabat, hanya letakkn peratusan yang cukup redah 2%
Pesan adik, lazimi istigfar
Pesan Acu, berhenti mengikutinya.
Pesan bonda, jaga diri ananakanda selagi mana tiada hitam dan putih agar dirimu tidak jatuh tersungkur Utk Sekian kalinya.
Mungkin ini caranya Untuk kita lebih dekat dengan Allah.
Terima kasih Allah.
Ingat setiap yang hadir dalam hidup kita pasti ada sesuatu yang Allah ingin beri.

Tuesday, 6 August 2019
5 PESANAN BUAT WANITA ISLAM
1. Ilmu Ketua Akal
Sebagai seorang muslimah kita seharusnya mendalami ilmu-ilmu fardhu ain dalam kehidupan terutamanya ilmu aqidah agar dapat mengukuhkan iman serta membentuk keperibadian muslimah yang mithali.
Terutama wanita sememangnya diumpamakan seperti kulit bawang, mudah koyak maka hanya dengan ilmu akan dapat mengawal emosi dan fikiran yang kecamuk. Dengan ilmu juga pastinya seorang isteri akan menjadi isteri yang solehah, seorang ibu akan bergelar ibu contoh, seorang anak akan menjadi anak yang mithali. Dan dengan ilmu pastinya seorang muslimah akan menjadi lebih mukminah.
2. Tarbiyyah Akhlakul Karimah
Sebagai seorang wanita muslimah, semestinya perlu bercita-cita untuk membina baitul muslim yang berjaya. Namun tugas seorang isteri, ibu bahkan sekaligus seorang pejuang agama Allah bukanlah satu medan yang mudah. Memerlukan tadhiyyah dan sangat meletihkan.
Tarbiyyah untuk membina akhlak yang mulia dalam sesebuah baitul muslim tidak hanya sementara tetapi bersifat berteruskan demi kelestarian impian membina anak-anak yang memiliki akhlak yang mulia. Maka, peranan seorang yang bernama ibu tersangatlah penting untuk membentuk akhlakul karimah dalam sesebuah rumah tangga. Justeru itu, akhlak yang mulia itu harus terlebih dahulu dibina dalam diri seorang muslimah yang akan menjadi ikutan dalam baitul muslim yang mahu dibina.
3. Pendidikan kekeluargaan
Pembinaan Baitul muslim juga sangat sukar dibina sendirian, memerlukan pasangan yang saling bekerjasama. Ilmu kekeluargaan dan keibubapaan merupakan asas utama untuk menjalankan kewajipan masing-masing.
4. Ilmu pembinaan ketamadunan islam
Ilmu pembinaan ketamadunan islam juga harus diketahui oleh setiap muslimah. Selain pejuang-pejuang muslimin ramai serikandi-serikandi yang menjadi pejuang agama Allah yang kita kasihi ini. Ilmu ketamadunan Islam ini juga dapat menerapkan nilai-nilai positif dalam diri muslimah untuk membina diri dan masyarakat agar ketamadunan islam semakin terbina dalam diri umat islam.
5. Ilmu keterampilan profesion
Muslimah zaman kini menceburi banyak jenis pekerjaan bahkan di pusat-pusat pendidikan juga lebih ramai wanita berbanding lelaki.
Penampilan merupakan satu isu dalam pekerjaan. Haruskah mengikut arus kemodenan semasa atau hanya mengikut keperluan diri menjadi dilema muslimat. Ilmu dalam berketerampilan mengikut profesion sememangnya sangat penting untuk menjaga syariat islam, kerana utuhnya seorang muslimah menjaga keterampilan muslimahnya akan mengangkat darjat addin dan membuktikan islam tidak menindas wanita bahkan menjaga dan melindungi martabat seorang muslimah. Perhebatkanlah menjalankan tugasan dan jangan lelah menjaga syariat berpakaian, in shaa Allah ada nilai disisi Allah.
*#MUSLIMAHSOLEHAHHIASANDUNIA*

Entah Betul atau tidak, bilamana meminta pada pemegang hati agar menghilangkn perasaan yang hadir tanpa diminta.
"ya Allah hilangkan perasaan yang hadir ini, hadirkan IA kembali bila tiba waktu Dan saatnya.
Pernah aku meminta agar ditanam rasa benci pada seseorg Hanya kerana ingin menghilangkn perasaan kasih yang hadir.
Mujur Allah itu Maha Kasih sayang, tidak ditanam rasa benci malah dihilangkan rasa kasih. Alhamdulillah 2 minggu Selepas itu, segalanya menjadi neutral.
Perlu ke aku ulang tindakan yang sama

"Ya Allah izinkan aku melamar redha dan cinta Mu"...bisik hati kecilku.
Di saat aku benar benar berharap pada Allah, Engkau Hadirkan seseorang yang entah Dari mana. Kerana aku sendiri tidak mengenalinya.
Aku membuka akaun fb, aku meneliti 1 friend baru , aku approve kerana mungkin ada mamanfaatnya Mungkin pada ilmu yang dishared.
Aku agak kaget bilamana mesej pertamanya ingin bertaaruf, hati aku mula penuh dengan tanda tanya. Adakah ini ujian hati yang bakal akan aku hadapi lagi.
"Kenapa nak taaruf, aku tak kenal pun dia" bisik hati kecil tu.
Setiap kali aku menerima mesej darinya, seraseram sejuk Kaki Dan tangan, entah Kenapa menggigil. Air mata bercucuran jatuh tanpa aku pinta. ....entah aku pun tak tahu Kenapa. Adakah kerana rasa takut untuk berkenalan atau sebab tak biasa dengan situasi sebegitu.
Mana taknya, baru je mesej terus tnya boleh pindah ikut ke tak, perempuan mana yang tak kaget, aku lansung tak kenal tiba2 tanya soal Perkahwinan. Suatu yang menakutkann.
Aku Cuba melihat sejauh mana dia serius, bukan apa aku tak nak bermain dengan hati. Tambahan lagi bila tidak melibatkn orang tengah.
Aku tahu dimana kelemahan hati aku. Aku risau perkara yang sama berulang lagi. Bukan aku mudah memberi perasaan Tapi itu kelemahan aku. .
Aku menerima untuk taaruf kerana adab dia. Dan Cara dia mesej tidak mengganggu hati aku.
Makin lama aku berhubung aku semakin risau jika kehadirannya melalaikan aku. Alhamdulillah aku tenang, tindakanku positive.
Setiap kali aku ingin buat keputusan, solat 2 Rakaat aku laksanakan. Moga keputusan yang bakal aku buat adalah yg terbaik.
Aku memberi masa 3 bulan Utk kami taaruf, " ya Allah dalam Tempoh 3 bulan aku taaruf Jangan biarkan dia menyentuh hatiku, pelihara aku dari maksiat hati Dari fitnah hati. " bisik hatiku.
Semakin lama, bentang hatiku hampir roboh, bukan aku berharap pada dia, kadang2 peperasaan tu hadir tanpa kita mintak, tambahan aku memang tak biasa berkawan dengan lelaki melainkan urusan kerja.
Lagipun Persekitaran aku Semua perempuan, mungkin sebab Allah Maha Tahu kelemahan hambaNya.
Aku bukan kuat, namun aku juga rapuh. Sekali lagi, entah kekuatan Dari mana, Usai sahaja hati aku berbisik " Ya Allah tolong jaga aku dalam jagaan Mu jauhi aku dari maksiat hati, aku tak mampu. "..
Terima kasih Allah, aku redha akan agama n akhlaknya. Semoga ini Cara terbaik utk aku menjaga hati. Kerana aku tak nak timbul harapan pada dia.

Subscribe to:
Posts (Atom)