Monday, 3 August 2015

BILA HATI MENGUKIR KATA

Assalamualaikum...

sekadar perkongsian dari insan yang lemah n hina ini dengan ilmu yang cetek.

hati.... kadang2 dihuni pelbagai rasa seperti season kadang2 cantik dan riang ibarat musim bunga, dan kadang2 musim hujan, iaitu di mana tasik sentiasa dipenuhi air dan kadang2 melimpah keluar mengalir membasahi tanah yang gersang , ble tiba musim luruh di mna hati kusam.....

kadang2 tanpa kita sedar, kita mempersoalkan perjalnan hidup kita, kenapa dan mengapa?
dan manusia ini tidak pernah puas melainkan mereka yang bersyukur

ada 1 kisah, seorang hamba Allah, tiba2 datang seorg shbt yang mendampinginya mengharapkan bimbingan, hamba Allah ini rasa die tak layak nak bimbing sahabat tu, kadang2 die cbe persoalkan knp die yang dipilih sdgkan die kurang dalam ilmu agama, dan kurang dari segi akhlak dan ramai lg yang lbh baik yang dapat bimbing shabat ni,,,,, knpe Allah bagi pd die kan,,,,
selama beberapa minggu die mencari pe hikmah di sebalik semua ni,,,,tapi Alhamdulillah die dapat bersangka baik pada Allah,,,,kerana semuanya adalah rahsia Allah.....

dilema, ingin tinggalkan sahabt itu, rasa tanggunjwab, ingin membimbing rasa lemah dgn kekurangan,

hamba Allah ni tahu, jika die tak berubah takkan siapa yg dapt ubh dirinya,,,, tetapi hamba Allah ini takut untuk berubah,,,,

seorg daie perlu bersedia ditarbiyah, tapi adkah hamba Allah ini sudah bersedia? hingga skrg hamba Allah ini dalam dilema....tapi perancagan Allah Maha Hebat, DIA Maha Mengehtahui dimana POSISI kita diperlukan...
kadang- kadang semakin kita meminta untuk berada di belakang sebagai sokongan, tapi semakin itu juga Allah meletakkan kita di posisi hadapan,
semakin kita ingin berundur dari langkah kita, semakin Allah berikan jalan untuk ke hadapan,,,semua itu rahsia dan perancangan Allah. kerana Dia Maha Tahu akan CIPTAANYA. 


 BILA HATI MENGUKIR KATA

SURAT UNTUK JIWA....dari hati untuk hati....



Surat ini ku tujukan untuk diriku sendiri
serta sahabat-sahabat tercintaku
yang insyaAllah tetap mencintai Allah dan Rasul-Nya di atas segalanya, kerana hanya cinta itu yang dapat mengalahkan segalanya, cinta hakiki yang membuat manusia melihat segalanya dari sudut pandangan yang berbeza,
lebih bermakna dan indah..

Surat ini ku tujukan untuk hatiku
dan hati sahabat-sahabat tercintaku
yang kerap kali terisi oleh cinta selain dari-Nya,
yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia,
yang terkadang melakukan segalanya bukan kerana-Nya,
lalu di ruang hatinya yang kelam merasa senang
jika dilihat dan dipuji orang,
entah di mana keikhlasannya.
Maka saat merasakan kekecewaan dan kelelahan
kerana perkara yang dilakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan, padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil.
Dia akan melihat kesungguhan dalam berproses..

Surat ini ku tujukan pula untuk jiwaku
serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku
yang mulai lelah menapak jalan-Nya
ketika seringkali mengeluh, merasa dibebani
bahkan terpaksa untuk menjalankan tugas yang sangat mulia. Padahal tiada kesakitan, kelelahan serta kepayahan yang dirasakan oleh seorang hamba
melainkan Allah akan mengampuni dosa-dosanya..


Surat ini ku tujukan untuk ruh-ku
dan ruh sahabat-sahabat tercintaku
yang mulai terkikis oleh dunia yang menipu,
serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh maksiat yang dinikmati, lalu di manakah kejujuran diletakkan?
Dan kini terabailah sudah nurani yang bersih,
saat ibadah hanyalah sebagai rutin belaka,
saat jasmani dan fikiran disibukkan oleh dunia,
saat wajah menampakkan kebahagiaan yang penuh kepalsuan.
Cuba lihat disana!
Hatimu menangis dan meranakah?..

Surat ini ku tujukan untuk diriku
dan diri sahabat-sahabat tercintaku yang sombong,
yang terkadang bangga pada dirinya sendiri.
Sungguh tiada satu pun yang membuat kita lebih di hadapan-Nya selain ketakwaan..
Padahal kita menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, namun kita masih bergelut terus dengan kefanaan..

Surat ini ku tujukan untuk hatiku
dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang mulai mati,
saat tiada getar ketika asma Allah disebut,
saat tiada sesal ketika kebaikan berlalu begitu sahaja,
saat tiada rasa takut pada-Nya ketika maksiat dilakukan,
dan tiada merasa berdosa ketika menzalimi diri sendiri dan orang lain..


Akhirnya surat ini ku tujukan untuk jiwa yang masih memiliki cahaya..
meskipun sedikit, jangan biarkan cahaya itu padam.
Maka terus kumpulkan cahaya itu hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekeliling, memberikan keindahan Islam, yang sesungguhnya hanya dengan kekuatan dari-Nya, "Ya..Allah yang maha membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini pada agama-MU, pada taat kepada-Mu dan dakwah di jalan-Mu"..




Wallahualam bisshawab...Semoga dapat membangkitkan iman yang sedang mati..

monolog seketul daging bernama hati.....

hargailah orang dihadapanmu dan jangan menagih kasih pada yang tidak mengharapkan dirimu
dan berilah manfaat pada yang memerlukan mu


hadapilah ujian kehidupan dengan sabar
cabaran menjadikan seseorang itu matang
but i'm not matured yet=)


ujian kesibukan lbh baik dr kerehatan
knpe ye???
sbb ble diuji dgn kerehatan tnpa kerje
whatever krje pe =)
kita akan rasa diri kita tak berguna
tapi once dirimu diuji sebegitu
bersangka baiklah dengan ALLAH
carilah dan berilah tnga kerjamu pada orang yang memerlukan
dan jangan sesekali bersangka buruk....
syukur dengan segalnya....

apabila bersama family banyakkanlah memberi
biarpun sdikit msa tp biarlah ianya berkualiti
dlm proses memperbaiki diri=)

apabila rasa tersisih maka carilah sahabat yang benar2 jujur
bkn melihat pd kelebihan tapi pd kekurangan

kadang2 kita akan berada dibawah
kadang2 kita akan rasa terbuang
tapi ble kita rasa terbuang
berbicaralah dengan hati setulusnya
"mungkin ini ujian buatku untuk menguji sebuah keikhlasan"

carilah usah menanti=)

carilah usah menagih=)

pergilah usah mengharap=)

ALLAHURABBI...



Allah....
Ingin sekali aku menulis nota cinta untuk-Mu,
Nota cinta yang sudah lama tidak kutuliskan untuk-Mu,
Bersama embun titisan air mata cinta pada-Mu.
Allah...
Ingin sekali aku mengarang nota cinta buat-Mu,
Nota cinta yang sudah lama tidak kukarang buat-Mu,
Bersama bunga perasaan rindu yang menggebu-gebu.
Allah...
Ingin sekali aku mengirim nota cinta pada-Mu,
Nota cinta yang sudah lama tidak dikirim pada-Mu,
Bersama wangian kesetiaan yang yakin dan padu.
Allah...
Jika ku tulis, ku karang lalu kirim padaMu,
Masihkah Kau sudi membacanya seperti dulu?
Suatu nota dari seorang aku,
Yang hina lagi jahil malah kaku,
Dalam menanggapi erti cinta sejati dariMu.
Allah...
Jika ku tulis, ku karang lalu kirim pada-Mu,
Sudikah Kau membalasnya buat diriku?
Sebuah nota pada seorang aku,
Yang curang tak bererti lagi buntu,
Dalam menanggapi erti kehambaan pada-Mu.
Allah...
Ingin sekali aku memberikan nota cinta untuk-Mu,
Tapi aku malah jadi tidak tahu,
Mahu bermula dari mana,
Mahu mengakhirkan bagaimana.
Allah...
Apakah masih pantas untuk mulutku yang hina ini,
Menyebut nama-Mu Yang Agung itu

sekadar cetusan rasa...

Atas nama CINTA

@ lirik lagu UNIC@
Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan
Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta
Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna
Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka
Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya
Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa
Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya 
@terima kasih Allah@

Ku Temui dia...

dalam musafir pengembaraan iman...menyulam kasih bertaut cinta...

Assalamualaikum,,,,

kaifahalukum sahabt2 semua...emm...ana nak kongsi 1 cite,,, after isyak sambil menunggu liqo nuqobah...ana da jmpa sorang sahabt ni... mula 2 xbiasa gak lps tu die duduk di tepi, bertanye memulakan bicara..."blh ke pnjam bku kat surau ni"...ana yg lbh selesa membiasakan diri dgn pggilan nama memulakan bicara...emm blh je nt after bc letak lah lah balik"...lama2 hati terasa dekat je ngan die, die seorg yg biasa,,,tapi punya ilmu yang banyak...lps tu die memulakan bicranya bercerita meluah rasa perasaan dari hati ke hati...ana kagum ngan die, walaupun org yg biasa tapi byk ilmu...ana bertanye pe pndapat mengenai org yg pkai tdung labuh...die kata mrk lbih suka berpuak2...itulah realitynya,,,,kbyakannya begitulah...tapi tak semua...terasa mcm dah kenal lama...lama kami berdiskusi...kami akhiri dgn 1ikatan yg agak mesra pada ana lah...yg pnting kita jgn memilih untuk bkawan, klu rasa dierg takut untuk masuk dgn kita, kte yg cba masuk ngan dieorg...sbnrnya mereka mncari 1 sumber untuk belajar n bersahabt....ayuh sahabt2 cba kta bka ruang persahabtan kita( fhmkan mksud ana ruang persahabatan )....wallahua'lam...

BICARA HATI SEORANG PENDIDIK...