Friday 17 January 2014



Bismillah, alhamdulillah…. Ya Allah terima kasih , aku bersyukur ENGKAU hadirkan kak sya dalam hidupku, hari demi hari aku merasakan perubahan dalam diriku, banyak yang aku belajar dari kak sya, aku belajar, bagaimana  berfikiran positif, bagaimana melayan semua orang, bagaimana bersangka baik, setiap kali bermusafir  aku selalu perhatikan kak sya, kalimah Allah, selawat tak pernah lekang dari bibirnya, sepanjang perjalanan, tasbih sentiasa ditangan tatkala memandu, tidak pernah mensia-siakan masa,walaupun masanya singkat, dia tetap melapangkan masanya. Itulah kak sya hampir 3 tahun aku bersamanya berprogram, sekadar membantu dibelakang tabir…dunia motivasi. Sepanjang aku mengikuti motivasi bersama kak sya, aku belajar menjadi anak yang solehah, memang kalau ikutkan, aku bukanlah orang yang layak berada dalam dunia motivasi, kerana aku bukanlah manusia yang sempurna, terlalu banyak lompangnya. Namun, Alhamdulillah Allah meletakkan aku ditempat yang terbaik, dan dimana  aku memerlukan untuk aku membaiki diriku, terima kasih Allah. Yang paling aku tersentuh, adalah, ayat dari msg kak sya dulu, “terima kasih Allah” simple but touching..walaupun aku selalu menyusahkannya tiap kali program sebabnya kak sya terpaksa ambik dan hantar aku pergi dan balik program walaupun kak sya sendiri ada kekangan waktu. Walaupun penat, memang banyak pengorbanannya. Kehadirannya 1 anugerah dari Allah. Alhamdulillah, banyak ilmu yang aku pelajari tanpa aku sedar, contohnya, bila kami melewati tanah perkuburan, kak sya selalu baca satu doa, perlahan-lahan aku mengamati  dari corong telingaku, dan cuba untuk mengingati,  selalunya aku bagi salam je bila melewati tanah perkuburan, 1 doa baru yang belum aku amalkan, insyaAllah dalam proses mempraktikkan. Assalamualaikum ya ahli kubur, semoga Allah mengampuni kami dan kamu, kamu mendahului kami dan insyaAllah kami akan mengikutimu nanti” ni maksud doa.
Dan bila masuk waktu solat, kak sya akan segera berhenti kat mana2 masjid atau surau, kak sya pesan kita kena banyakkan tempat sujud, sebab nanti ia semua akan jadi saksi. Sebab tu dalam program kami, kami cuba solat di tempat yang berlainan. 1 benda baru yang cuba untuk dipraktikkan. 1 lagi bila sampai kat masjid,pernah sekali kak sya Tanya niat iktikaf dop? Emm…aku bungkam dan hanya tersenyum, kak pesan rugi kalau tak niat iktikaf. Mulai hari itu, Alhamdulillah aku cuba amalkan apa yang aku tahu.
Tiap kali kami berprogram, kadang2 lari dari apa yang dirancang, tapi dia cool je, jawapannya tenang je, insyaAllah setiap yang terjadi ada hikmahnya. First aku pergi rumah tok mek dia, aku asyik memerhati kak sya, baik dan santun dia melayani orang tua. Aku sangat tertarik, tak pernah terjadi dalam keluargaku, di sini aku belajar sesuatu. Sikap dia dengan adik2nya. Tak salah kan kita meneladani orang dari setiap pengalaman kita.



Sepanjang aku sebagai fasilitator, aku bertemu dengan syakir satu anugerah dari Allah, mula-mula aku rasa kekok dengan adeq ni, tapi lama-lama aku tertarik dengan caranya, banyak yang aku belajar dari tingkahnya, melalui perlakuannya aku belajar erti syukur, bagaimana perlu merasa syukur, aku tersentuh dgn gerak gerinya, dia selalu sujud syukur setiap apa yang dilakukan, tiap kali menghandle slot, pasti wudhuk diutamakan, seorang yang sempoi, tapi penuh ilmu,  aku juga banyak belajar darinya kecintaan kepada baginda Rasulullah s.a.w. memang touching ar… bila dia mengalunkan qasidah muhammadun, ada roh gitu, dan yang paling aku ingat sekali dan aku ambik n cuba amalkan, dalam doanya mesti dia akan ucapkan, “ assalamualaikum ya rasulullah, assalamualaikum ya habibullah, assalamualaikum ya habibana, isyfa’lana ya rasulullah”… sangat pandai menghandle slot. Aku cuba belajar apa yang baik dan amalkan.


Seorang lagi fasi,  aku merasakan kehadiran mereka satu hadiah dari Allah, aku belajar erti kasih sayang Allah melalui ujiannya, aku belajar erti hidup. Aku belajar bahawa memang Allah menguji seseorang mengikut kemampuan seseorang, aku belajar bukan mudah menjadi seorang yang hebat, ujian demi ujian yang beliau lalui, aku merasakan Allah itu Maha Penyayang dan Pemurah, sentiasa ada untuk hambaNya, subhanallah pengalaman hidupnya banyak mengajar aku tentang ujian kehidupan, perjalanan kehidupan, kasih sayang Allah., setiap dari mereka ada kelebihan yang boleh aku ambik dan amalkan. Kalau dalam permulaan doanya, mesti dia akan mulakan dengan bismillah 6, dan selawat tafarijiyat. Doa ni yang aku pernah dapat  dari seorang guru dan amalkan suatu ketika dulu dan lama sudah aku tak amal. Alhamdulillah aku cuba untuk mengamalkan. Melalui perjalanan, penceritaan kisah hidupnya banyak yang aku belajar, baru aku tahu erti kehilangan, aku belajar menghargai orang yang ada disekeliling kita, dan aku belajar bahawa Allah member ujian kepada hambaNya bukan kerana Allah benci, tetapi kerana Allah sayang akan hambaNya, dan Allah mengambil sedikit sesuatu yang berharga kerana ingin memberi sesuatu yang lebih berharga, subhanallah, hebatnya Allah,Maha kasih sayangnya Allah pada hambaNya, Allah bagi ujian bukan untuk menjadikan hambaNya lemah tapi untuk memberi kekuatan kepada hambaNya kerana Dia tahu apa yang hambaNya perlukan. Sudah pasti Allah menghadirkan kita kedunia ini pasti ada rencana yang Allah sudah tentukan untuk kita, kalau tidak boleh saja Allah menjadikan kita batu-batuan dijalanan, yang dipijak2, boleh saja Allah menjadikan kita burung2 yang berterbangan ahirnya nanti mati dihujung senapang, boleh saja Allah menjadikan kita dedaun kering yang gugur ke tanah, tapi Allah maha hebat, pasti dan mesti Allah punyai rencana dn perancangan yang terbaik untuk hambaNya.
 seorang lagi fasi yang sempoi, kalu tak silap sudah 2 kali kami menjadi fasi dalam program yang sama. Dia banyak menekankan tajwid dalam bacaan al quran.
Aku belajar cara menghiburkan adeq2, apa yang aku dapat dari yusran, adalah tajwid, sangat menekankan adab-adab dengan al-quran, yang selama ni aku langsung tak tahu, cara solat yang betul pergerakan. Dulu seorang fasi yang agak lucu, sahabat kepada fasi ni, haziq, ingat lagi time belajar wudhu dalam explorace, sempat lagi buat lawak, “ bila basuh muka biar sampai ke anak telinga, cucu telinga”     bila basuh kaki biar kena buku,? Bukan sabun buku, bukan buku baca, bukan buku 5 tapi buku lali. Pandai dia menarik minat adeq2. 1lagi dia ni, kalau bagi je mike mesti dia boleh handle punya, dan kak sya memang kagum la dengan fasi ni.

Azraie, orang yang banyak ilmu, aku belajar sunnah nabi, Alhamdulillah aku cuba  istiqamah, aku belajar cara solat yang betul. Aku belajar cara susun selipar mengikut sunnah nabi, cara tidur mengikut sunnah nabi, dan kepentingan menyambut seruan bila mendengar orang berselawat kepada baginda. Sampaikan ada sorang fasi ni, belajar secara tidak langsung dan  mengamalkannya. Kerana dakwah melalui akhlak itu lebih baik. “ bila ada sahabat suka pada barangan kita yang kita sayang, contohnya buku, makanan, kita bagi je walaupun kita sayang”. Pernah sekali kami dapat hadiah kueh, dan ada sorang kakak ni macam nak, dia terus je pergi, kemudia, bila teringat kat akhlak sahabat ni, dia pun pergi semula dan berikan semua kepada kakak tadi. Subhanallah,,,,perjalanan ini bila teliti kisahnya,,,ada hikmah yang tanpa kita duga, ada perasaan bahagia yang tanpa kita duga, terima kasih Allah, Alhamdulillah Engkau hadirkan mereka semua dalam hidupku. 1 anugerah, 1 hadiah yang Allah berikan. Alhamdulillah 1 kesyukuran Allah meletakkan aku di sini. Walaupun aku agak jahil dalm ilmu agama, tapi aku mohon agar Allah ajarkan apa yang aku tidak tahu.
SUBHANALLAH, BARU AKU TAHU, ALLAH MENGUJI KITA SEBENARNYA BUKAN KERANA ALLAH BENCI PADA HAMBANYA TAPI KERANA SAYANGKAN HAMBANYA, ALLAH MENGUJI KERANA INGIN MEMBERI YANG LEBIH BAIK UNTUK KITA, ALLAH MENGUJI KERANA INGIN MEMBERI KEKUATAN KEPADA KITA, SUBAHANALLAH, BERSANGKA BAIK DENGAN SETIAP UJIAN ALLAH, MENGENALI MEREKA  AKU TAHU RASA BERSYUKUR, JIKA DULU AKU BUKANLAH HAMBA YANG SELALU BERSYUKUR, TAPI SEKARANG SEMUANYA MENGAJAR AKU ERTI SYUKUR, MENGAJAR AKU ERTI SEBUAH KEHILANGAN ORANG TERSAYANG, MENGHARGAI YANG MASIH ADA (IBU BAPA KITA). MENGAJAR AKU BAHAWA ALLAH SENTIASA MENJAGA HAMBANYA TANPA KITA PINTA, SUBHANALLAH, HEBATNYA ALLAH.

No comments:

Post a Comment