Saturday 4 January 2014

SEKADAR PERINGATAN DAN PERKONGSIAN UNTUK DIRI



Sebagai manusia, kita cuba menjadi yg terbaik dan membuatkan hidup kita lebih baik dari sebelumnya. Muslimah zaman kini sudah terdedah dengan persekitaran baru yang menyebabkan dirinya perlu menjadi sebahagian dari masyarakat yg memerlukan pergaulan antara muslimin. Sebagai muslimah, kadang2 kita merasakan tiada muslimin dalam hidup, maka, susahlah hidup. Dalam tidak sedar, Kita cuba menjadi seseorang yg membuka ruang dan peluang untuk muslimin mendekati. Dalam bahasa yg mudah, 'suka melayan'.

Ana pernah mendengar luahan hati seorang adik "Selama hidup sy, kak.., sy x penah ada kwn perempuan.. Bagi sy, kwn dengan perempuan x seronok. Banyak merajuk, banyak mengumpat. Kalau nk mintak tolong pon, bukan mereka mahu mendengar. Kalau nak meluahkan perasaan pun, lelaki lebih memahami saya lagi, kak. Sebab tu, saya suka berkawan dengan lelaki. Lelaki ni caring ". Hmm.. ana pertama kali dengar luahan seperti itu.

Lelaki dijadikan ALLAH dengan sifatnya yang ambil berat tentang pasangannya. Namun begitu, wanita dijadikan ALLAH, dgn sifatnya lembut, suka disayangi, senang untuk menyayangi, suka dihargai, dan suka orang mengambil berat akannya. Jesteru, wanita mudah terpikat dengan kebaikan seorang lelaki dan rasa ambil berat dari seorang lelaki. Masalah yang akan dihadapi ialah, wanita mudah untuk menerima kebaikan seorang lelaki dan ia akan tersemat di hati. Maka bercampur aduklah, rasa sayang dan suka kepada lelaki ajnabi. Sesetengah orang mengatakan, tidak bolehkan lelaki berkwn dengan perempuan. Boleh, tetapi kita perlu tahu, terdapat dalam Al-Quran bahwa perlu dan pentingnya penjagaan pergaulan antara muslimin dan muslimat. Bagaimanakah caranya? Dengan menjaga hati dan perasan, menjaga pandangan dan menjaga percakapan.

Firman ALLAH dalam Surah An-Nur, ayat 30 dan 31, yg bermaksud:

"katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "hendaklah mereka menahan PANDANGANya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya allah maha mengetahui apa yang mereka perbuat."

" katakanlah kepada wanita yang beriman: "hendaklah mereka menahan PANDANGANnya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.

Menjaga pergaulan di antara muslimin dan muslimat amatlah dituntut di dalam Islam. Ini penting agar kita tidak terjerumus ke arah maksiat atau kejahatan. Sukalah ana membuat magnet sebagai perumpamaan, muslimin itu ibarat cas positif manakala muslimat sebagai cas negatif. Apabila kedua2nya didekatkan, ia akan cuba mendekati.. Amat sukar cas2 tersebut menjauhkan di antara satu sama lain. Malah, kita digalakkan agar menjauhi perkara2 yg mendatangkan keburukan pada diri sendiri dan fitnah terhadap agama. Firman ALLAH dalam Al-Quran dalam Surah Al-Isra': ayat 32, yg bermaksud:

"dan janganlah kamu mendekati ZINA; sesungguhnya ZINA itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk. "

Ada sesetengah mengatakan, bahawa keluar berdua-duaan antara muslimin dan muslimat, bersms dan 'bergayut' ttg perkara yg x penting, berjumpa tanpa ada urusan yg perlu untuk menyelesaikan masalah ummah, bukanlah berzina. Namun begitu, zina itu perlu dilihat dari perspektif yang luas bukan sahaja bermaksud bersekedudukan di antara lelaki dan perempuan, tetapi, hati yang berzina, mata yang berzina, kaki yg berzina dan segala anggota badan kita akan menjadi saksi perbuatan kita kelak. Zina hati yang paling ditakuti, kerana sudah wujud perasaan menyukai(suka akan kebaikan dan ambil berat), seterusnya, menyayangi(merasai sukar b'jauhan) dan akhirnya bercinta dan....Kerana itulah hati merupakan organ dalaman dr luarannya, tetapi dr segi dalamannya, hati dapat menguasai tindak tanduk seseorang samada untuk membuat kebaikan atau kejahatan. Malah, Rasulullah Sollallahu A'laihi Wasallam bersabda.."Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah)

Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud: "Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan." (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)

Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya.

Dalam hal ini, ALLAH berfirman yang bermaksud: "Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Baqarah: ayat 74)

Na'uzubillah, minta kita dijauhkan dari hati yg hitam atas perbuatan kita, yang tidak dapat hidayah dan cahaya ilmu ALLAH.
Untuk menjadi seorang muslimah solehah, janganlah kita yg memulakan peluang dan membuka ruang perhubungan antara muslimin, (eg: memulakan bicara tanpa ada tujuan, melunak2kan suaranya bila berkomunikasi, menelefon lelaki untuk melepaskan rasa rindu, bersms dengan bahasa yg tidak sepatutnya sebagai seorang muslimah....dll). Maksudnya, marilah menjaga diri kita sebagai muslimah yg terjaga dari perwatakan dan pergaulan. Be selfish means, jual mahal bukannya sombong dengan manusia. ALLAH tidak suka akan hambaNya yg sombong. Jadilah sekuntum mawar berduri, amat cantik dipandang dan harum mewangi. Tetapi untuk menyuntingnya terpaksa melukakan jari. Wahai wanita solehah hiasan duniawi, penyeri taman syurgawi...teruskanlah prjuanganmu untuk mencari keredhaan Ilahi... Para lelaki yg soleh pasti menantikan kehadiranmu sebagai bidadari syurganya.

Perempuan itu nisa`. Marilah kita sama-sama lebih sensitif dengan cara pembawaan diri kita. Mulakan sedikit demi sedikit. Mulakan dengan hijab fizikal (pemakaian) dan akhirnya membawa kepada hijab hati. Menghijab diri kita daripada apa jua yang boleh membawa kepada zina. Di dalam quran menyebut untuk kita TIDAK MENGHAMPIRI zina. JIka kita belum cukup tahu, mari tambah ilmu. Jika sudah wujud mahu untuk berubah, kumpul kekuatan dan lakukan sesuatu. Ambil langkah pertama. Selepas sudah mencuba, insyaAllah kita mampu untuk meningkatkan diri lebih baik dari semasa ke semasa. Perempuan itu nisa`. Yang sungguh istimewa.

Marilah menjadi muslimah yg hatinya baik dan boleh menentukan yg mana betul dan salah berdasarkan al-quran dan Sunnah. Sayangilah diri anda, wahai muslimah.. Kerana dirimu terlalu berharga..

No comments:

Post a Comment