Kembara iman di perjalanan nurani,sejauh manakah akan kita lalui, itu semua di luar jangkaan kita sebagai insani. Terkadang iman itu ada naik dan turunnya. Tatkala tersungkur, maka bangkitlah kembali berjalan tanpa henti menuju destinasi abadi.Pelbagai halangan dan peluang kita tempuhi, moga dengan berbekalkan iman di hati, perjalanan ini diredhai ILLAHI. Ya Allah pimpinlah daku dengan pimpinan-Mu, agar diri tidak tersasar dari landasan-Mu...ameen.
Sunday, 11 December 2011
S.A.H.A.B.A.T
Assalamualaikum
Firman Allah" Wahai manusia sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenali. Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa antara kamu" (Al-Hujurat :13)
Sudah pasti ramai dalam kalangan kita mempunyai ramai sahabat2, teman2, kawan2, kan?? Tak di nafikan kadang2 ada perselisihan dalam persahabatan. Dalam berukhwwah pentingnya rukun ukhwwah.
Bagaimana ye nak kekalkan hubungan baik dengan sahabat-sahabat atau kenalan kita?
1) Kejujuran
2) Memahami sahabat kita dengan lebih mendalam
3) Saling mempercayai sesama sahabat
4) Setia dalam persahabatan
5) Menjadi pembela kepada sahabat
6) Memaafkan sahabat
7) Saling mendoakan walaupun jauh

1) Berlapang Dada
2) Bersangka Baik(Husnuzhon)
3) Melebihkan Sahabat(al-Itsar)
Bagaimana ye nak kekalkan hubungan baik dengan sahabat-sahabat atau kenalan kita?
1) Kejujuran
2) Memahami sahabat kita dengan lebih mendalam
3) Saling mempercayai sesama sahabat
4) Setia dalam persahabatan
5) Menjadi pembela kepada sahabat
6) Memaafkan sahabat
7) Saling mendoakan walaupun jauh
H.I.D.A.Y.A.H
Assalamualaikum
" Ya Allah tunjukilah kami jalan yan lurus, jalan orang-oran yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang yang sesat" (Al-Fatihah: 6-7)
Bila berbicara soal hidayah, pasti orang akan bertanya bilakah datangnya hidayah? Dan bila kita berbicara dengan sesetengah masyarakat, ada pula yang menjawab " tunggulah dulu, tak sampai hidayah lagi, tak sampai seru nak berubah". Macam-macam kan. Hidayah itu milik Allah dan Allah akan berikan kepada hamba-NYA yang DIA kehendaki.
1. Perbanyakkan berfikir dan mencari bukti tentang sesuatu kebenaran.
2. Melawan hawa nafsu dan menyucikan jiwa.
(Imam Fakhruddin ar-Razi, Kitab Mafatih al-Ghaib)
Sahabat-sahabat, ana selalu dengar kata-kata ni " untuk mendapat hidayah sukar, tapi untuk menjaganya bukanlah senang".
1. Taat dan sentiasalah berdoa
2. Ikhlas
3. Melazimkan membaca Al-Quran da menghayati isi kandungannya
4. Kekal berterusan dalam melakukan ubadah wajib.
5. Melazimkan ibadah sunat seperti solat sunat dan puasa sunat
6. Melazimkan berzikir kepada Allah

Bagaimana cara mendapat hidayah ye??
1. Perbanyakkan berfikir dan mencari bukti tentang sesuatu kebenaran.
2. Melawan hawa nafsu dan menyucikan jiwa.
(Imam Fakhruddin ar-Razi, Kitab Mafatih al-Ghaib)
Sahabat-sahabat, ana selalu dengar kata-kata ni " untuk mendapat hidayah sukar, tapi untuk menjaganya bukanlah senang".
Bagaimana cara untuk kita menjaga/ mempertahankan hidayah ?
1. Taat dan sentiasalah berdoa
- ( doa dalam surah Al-imran : 8)
- " Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, teguhkan hati kami diatas agama-MU"
- " Ya Allah yan mengubahkan hati, ubahlah hati-hati kami kepada mentaati-MU"
- " Ya Allah perbaikilah agamaku sebab dialah yang akan memelihara segala urusanku, perbaikilah duniaku kerana padanya aku menjalani kehidupanku, dan perbaikilah akhiratku kerana kepadanya aku akan menuju, Ya Allah jadikanlah kehidupanku ini sebagai pertambahan amal-amal solehku dan jadikanlah kematianku kelak sebagai tanda berakhirnya segala dosaku"
2. Ikhlas
3. Melazimkan membaca Al-Quran da menghayati isi kandungannya
4. Kekal berterusan dalam melakukan ubadah wajib.
5. Melazimkan ibadah sunat seperti solat sunat dan puasa sunat
6. Melazimkan berzikir kepada Allah
PUISI hati
Alhamdulillah, tetiba ilham datang, sempat ana siapkan puisi ini sepanjang perjalanan ana di atas bas ke tempat kerja. =)
Tatkala perginya malam berganti siang,
sesekali berselindung dibalik sinaran mentari,
Di hening sunyi itu,
lipatan sejadah menjadi saksi,
Mutiara taubat kian membasahi,
menerbitkan layar keinsafan di lautan yang kelam,
bagaikan sinaran mentari yang menembusi lautan yang kegelapan,
Ku biarkan kelmarin pergi bersama kenangan lalu,
hari ni ku genggam segunung harapan,
Ku pasakkan ketakutan pada-MU, beriringan keyakinan pada-MU
seumpama
kilat yang memberi suasana ketakutan beriringannya sebuah pengharapan
kepada sang petani
"hujan akan membasahi bumi yang gersang"
Memang naluri sekeping hati ingin dihiasi kebaikan
namun seringkali langkah terhenti dek kerana
naluri nafsu itu selalu inginkan keseronokkan
Mencari destinasi cinta yang hakiki
terkadang hati pasrah tatkala ujian melewati
nanar mencari erti hidup
kadang kala hati berbicara sendirian
menukilkan bingkisan buat sekeping hati
kadangkala hati tak bisa sendirian
maka carilah TEMAN buat hati yan sepi,
TEMAN yang menemani
dikala yang lain berpaling pergi meninggalkan kita.
nukilan : wardatulsyauqah
Sunday, 4 December 2011
Pertemuan ini
Assalamualaikum.
Alhamdulillah malam ni dapat baca blog seorang kakak yang bagi wardah, ianya hebat, dan penuh inspirasi dengan digabungjalinkan bersama pengalaman orang yang hebat di jalan dakwah. Syukur, sayu, kagum bila membaca kisah-kisah inspirasi dalam blog beliau. Pertama wardah melihat beliau, terpancar aura positif, mungkin sebab beliau sokmo senyum kot. Bak kata seorang motivator "ustaz izani" - senyum itu dapat menyebarkan aura positif kepada orang lain-
Rupanya disebalik beliau yang sekarang ini, dibelakangnya sudah banyak ujian yang ditempuhinya. Wardah cukup kagum dengan kegigihannya seorang yang bergelar, mahasiswa, seorang anak, seorang pemimpin, seorang daie. Setelah wardah hayati setiap cerita tentang dirinya, dan setelah wardah perhati setiap coretan pengalaman beliau, memang bukan senang nak senang, perlukan kekuatan, pergantungan dengan Allah.
Seiap kali beliau mengelolakan slot semasa program motivasi, wardah selalu menjadi pemerhati, di dalam hati wardah "insyaallah aku mampu untuk jadi seperti itu dan berdiri di hadapan untuk aku memberi bimbingan". Terima kasih Ya Allah atas pertemuan ini.

Friday, 2 December 2011
Thursday, 1 December 2011
Bicara kita Tindakan kita.!!!!
Tepat jam 4.30 petang, Alya beransur pulang dengan menaiki bas. Kebetulan hari tu bas agak lewat bertolak, Alya mengambil keputusan untuk menunggu bas sampai sambil membelek-belek buku ditangannya. Bukan apa, tak terasa penat menunggu bila kita membaca lagipun dapat faedah kan. Helaian demi helaian dibeleknya, kini matanya tertacap pada halaman yang berkisar tentang "Nak baca komik boleh?". Tajuknya macam best, sebab Alya pun kadang-kadang baca juga komik atau novel.
First impretion Alya bila baca tajuk tu, Alya rasa baca komik ok jer, takde lah salah kan. Dalam ni ada satu persoalan dari seorang adik "Akh betul ke seorang daie tu tak boleh baca komik , tak boleh tengok movie, tak boleh main game, dan tak boleh macam-macam lagi?"
Si abang pun menjawab persoalan adik tadi, " Boleh je nak tengok dik, tapi biarlah apa yang kita baca tu memberi pelajaran kepada kita, bukan melalaikan kita". Sebenarnya hukum asal kepada semua amalan adalah harus. Harus ni maksudnya buat boleh, tak buat pun tak berdosa. Dan semua yang harus itu boleh jadi berpahala ataupun berdosa. Bergantung kepada apa yang dilakukan. Kalau game, movie ke, bacaan ke yang mempunyai unsur-unsur lucah maka haramlah ia. "emm...kalau tengok kartun tapi seksi macam mana ekh?" walaupun kartun tapi tetap juga seksikan dan melalaikan kita.
" Namun perkara -perkara yang harus ini jika melalaikan maka ia akan membawa kepada haram. Kerana Allah melarang kita untuk lalai daripada mengingat Allah."
"Hai orang-orang yang beriman janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan mu dari mengingat Allah. Barang siapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi"
(QS Al-Munafiqun 63:9)
"Dalam kaedah usul fiqh, semua perintah di dalam al-Quran itu hukumnya wajib dan semua larangan hukumnya haram. Dan di dalam ayat tadi Allah melarang kita untuk lalai."
"Lagipun kita ni orang-orang yang nak menyeru orang ke jalan Allah, nak berdakwah nak jadi orang beriman. Orang beriman ni, dia tak buat benda-benda lagho"
Dalam surah ke 23 menerangkan " Sesunggunya beruntunglah orang yang beriman iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya dan orang-orang yang menjauhkan diri dari perbuatan atau perkataan yang tiada berguna" ( QS Al-Mu'minun 23:1-3)
Hadis nabi ada menyatakan dalam Hadith Arba'in iaitu hadis yang ke 12. " Di antara ciri-ciri sempurnanya keislaman seseorang itu adalah meninggalkan apa-apa yang tidak bermanfaat bagi dirinya" Bila Alya fikir-fikir dan korepsi semula apa yang Alya baca, betul juga kan, dengan tengok semua tu agak-agak iman kita bertambah ke tak??? Sama-sama lah kita jawab,,,,sebab kita yang baca dan tengok kan....
Kita kadang-kadang bagi tazkirah atau nasihat kepada adik-adik kita atau mad'u kita supaya banyakkan baca Al-Quran. Tapi kadang-kadang kita juga kaki tengok movie korea, jepun la, baca komik yang bukan-bukan la. Macam mana tu??? Teringat surah As-saff
" Wahai orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan". (QS As-saff 61: 2-3). *pesanan buat diri sendiri juga
Jangan sampai kita yang menyebabkan fitnah pada jalan dakwah, ye lah kan, orang sekeliling kita memerhatikan kita, macam mana la kan agaknya bila mad'u kita cakap " cakap je lebih lepas tu buat juga. Baik tak payah bagi tazkirah!". Apa perasaan kita agaknya???
Sama-sama kita renung, koreksi dan refleksi tentang diri kita. Jika ada yang tersalah sila tegur. Pendapat saya, jika sekadar untuk pengehtahuan kita ok jer nak tahu sebab mad'u kita daripada pelbagai karekter dan latar belakang. So, kita perlu sedikit sebanyak tahu kerana kita perlu masuk bersama mereka.
Emmm...bila bercakap pasal masuk ni, teringat seorang sahabat, dia pernah bagi analogi, jika kita hendak mengambil barang yang terjatuh dalam tong sampah, perlu ke kita masuk dalam tong sampah untuk mengambilnya hingga menyebabkan kita terpalit kotor. Atau adakah kita mengambil menggunakan alternatif lain tanpa kita perlu masuk ke dalam tong sampah. Pilih lah cara yang terbaik, " Choice in your Hand. Sama-sama kita fikirkan. wallahua'alam.
- Kadang kala kita perlu merasa kegagalan untuk kita lebih mengenal erti kejayaan
- Sesekali kita perlu menangis untuk kita mengenali erti kebahagian
- Kadangkala kegagalan yang kita capai akan pasti dapat memberi erti yang mendalam pada kita untuk terus berjaya
- Mungkin juga kegagalan bisa membuatkan diri kita bangkit dengan semangat yang kental untuk mencapai kejayaan agar ianya tidak bolos dari genggaman
- jangan kita memandang enteng pada kegagalan kerana kegagalan bisa mencetuskan kejayaan
Subscribe to:
Posts (Atom)