UTAMAKAN IBU BAPA DAN AHLI KELUARGA.
ANAK-ANAK MUDA SEKALIAN,
ALLAH SWT telah berpesan supaya menjaga hubungan silaturahim sesama manusia. Malah ALLAH SWT memberi peringatan menjaga silaturahim adalah satu nikmat yang tidak semua orang dapat merasainya, kecuali mereka diberikan hati yang sentiasa berlapang dada terhadap orang lain.
Firman ALLAH SWT yang bermaksud:
"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) ALLAH SWT dan ingatlah akan nikmat ALLAH SWT kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuh-musuhan, maka ALLAH SWT menyatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat ALLAH SWT orang yang bersaudara dan kamu berada di tepi jurang neraka, lalu ALLAH menyelamatkan kamu daripadanya."
(Surah Al-Hujurat, ayat 103)
Jika silaturahim sesama manusia dituntut dalam agama, apatah lagi hubungan silaturahim dalam keluarga yang juga satu tanggungjawab besar.
ALLAH SWT memberi peringatan kepada Nabi Muhammad SAW untuk menjaga dirinya dan ahli keluarganya daripada azab neraka.
Firman-Nya yang bermaksud:
"Hai orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka."
(Surah At-Tahrim, ayat 6)
Oleh itu Anak Muda Sekalian,
Keluarga adalah perkara utama dalam membina masyarakat harmoni dan berkasih sayang. Keluarga yang baik akan melahirkan masyarakat yang baik dan berakhlak mulia. Oleh itu, dalam melakukan kebaikan,IBU BAPA serta Ahli Keluarga adalah kelompok yang paling utama perlu diberi perhatian.
Rasulullah SAW adalah model terbaik dalam membina keluarga, seterusnya membina masyarakat dan ummah yang mempunyai keperibadian mulia. Baginda SAW begitu sayang kepada ahli keluarga dan menyantuni bapa saudaranya, Abi Talib yang masih belum beriman dengan agama ALLAH SWT.
Baginda bukan sahaja mengharapkan kebaikan pada dirinya, bahkan mengharapkan kebaikan untuk ahli keluarganya. Dakwahnya tidak terhenti kepada Abi Talib sehinggalah bapa saudaranya itu meninggal dunia.
Janganlah kita mengharap untuk memasuki syurga ALLAH SWT bersendirian, tetapi tanamlah perasaan dalam diri untuk memasuki syurga bersama ahli keluarga kita.
Wallahua'lam
"ISLAM MEMIMPIN"AKHIRAT DI DEPAN"
#πΈπ¦INTIFADAπ²πΎ
Kembara iman di perjalanan nurani,sejauh manakah akan kita lalui, itu semua di luar jangkaan kita sebagai insani. Terkadang iman itu ada naik dan turunnya. Tatkala tersungkur, maka bangkitlah kembali berjalan tanpa henti menuju destinasi abadi.Pelbagai halangan dan peluang kita tempuhi, moga dengan berbekalkan iman di hati, perjalanan ini diredhai ILLAHI. Ya Allah pimpinlah daku dengan pimpinan-Mu, agar diri tidak tersasar dari landasan-Mu...ameen.
Tuesday, 30 July 2019
DIDIK REMAJA
SAHABATKU,
Kekuatan agama adalah bergantung kepada keperibadian dan corak pemikiran remaja hari ini. Mereka adalah pemangkin kepada umat Islam untuk meneruskan perjuangan menegakkan syariah Islam pada masa akan datang.
Pergeseran dan perselisihan yang sengit sesama umat Islam masa kini menyebabkan ramai kurang prihatin terhadap pembinaan spiritual atau kerohanian remaja. Sedangkan kekuatan kerohanian dan jati diri adalah faktor utama dalam pembentukan personaliti serta corak pemikiran remaja.
Dalam era globalisasi pengaruh kehidupan hedonisme, unsur-unsur lucah dan corak kehidupan yang bertentangan dengan fitrah manusia seperti gay dan lesbian tersebar begitu pantas dalam media massa elektronik.
Jika remaja tidak diasuh dengan pendidikan kerohanian dan kefahaman Islam secara serius, maka corak pemikiran dan keperibadian remaja lebih cenderung kepada perkara-perkara yang boleh menghakis akidah serta corak kehidupan umat Islam.
Oleh itu, setiap umat Islam perlu menunjukkan sikap cakna kepada individu Islam lain terutama kanak-kanak dan remaja kerana mereka adalah individu yang bakal mewarisi syariah serta syiar Islam pada masa hadapan.
Islam telah menggariskan panduan utama dalam menjana masyarakat yang cakna iaitu kita hendaklah kita berpegang teguh dengan ajaran Islam yang sebenar, mengamalkan sikap toleransi dan kesamaan serta menjauhi segala sifat mazmumah (keji).
"Peringatan Buat Diri Sendiri Juga"
"ISLAM MEMIMPIN"AKHIRAT DI DEPAN"
# πΈπ¦INTIFADAπ²πΎ

πππ
Wahai wanita, wahai diriku
Kau mudah dekat dengan dosa
Kau penuh celah menuju neraka
Bahkan kaum mu lah yang mendominasi disana
Maka berhati-hatilah kamu dalam melangkah
Allah berikan banyak aturan, berikan banyak larangan
Tapi itu bukanlah bentuk kekangan
Namun, menjauhkanmu dari kemaksiatan agar kau tetap dimuliakan
Jangan bersedih, kerana dibalik semua batasan
Allah hadiahkan kita banyak kemudahan
Kemudahan menuju ke syurga dengan begitu banyak jalan
Dan jika kau tahu semua itu, kau tidak akan merasa dirugikan (namun sebaliknya bersyukur kerana dimuliakan)
Contohilah mereka yang penuh dengan suri tauladan, agar hatimu kuat melawan semua ujian.
Keteguhan pada diri Khadijah, kecantikan akhlak pada diri Aisyah, kesederhanaan pada diri Fatimah. Mereka nyata dirindu syurga.
Lalu bagaimana kita? Tidakkah kita ingin dirindui syurga? Tidakkah kita ingin dirindui Allah juga?
πππ
@Qowiyy_Fillah

Tarbiyyah Hatimu Bangkit Demi Illahi
Terima kasih Allah atas jentikan hati suluhan rasa.
Di saat aku leka dengan kelalaian yang sedikit, Allah hadirkan untaian kata darinya. Terima kasih Acu yang tak pernah sunyi dari memberi nasihat. Meskipun pertemuan kita tanpa bersua, Ikatan hati dan Aqidah saling berkaitan.

Assalamualaikum antunna semua…
Semoga hari ini lebih baik dari semalam
Tahun 2014 baru sahaja berlalu,,,,dan tahun 2015 baru sahaja
muncul bersama azam baru krn Alhamdulillah awal tahun 2015 bermula dengan hari
keputeraan nabi kita Muhammad s.a.w.
Subhanallah tahun 2014 terlalu banyak cerita…yang hadir
dalam hidup ini.
Yang paling best Alhamdulillah pada 29 november 2014 ana
dipilih oleh Allah utk menjadi fasi di sebuah kem....
Sebelum ana sampai ke sana…hati ini tertarik pada seorang
fasi namanya Isabella…perwatakannya sgt ceria biarpun di alam maya…ana selalu
bergurau dgn dia…
Byk sgt nk cite sbb 21 hari kt sana..yg bestnye mereka semua
hafiz n hafizah…adeq2 fasi semua baik2 dah mcm adeq bradik dah,…subhanallah
indahnya ukhwwah krn Allah
Jazakumullah khairan
kathira,,ayesya,,Isabella,,nadrah,,bahiyyah,,syakirah,,irham,,zahiruddin,,fakhrullah,,azraien,,syafiq,,kalian
sentiasa bersama mnjadi penguat untuk ana spnjang di sana. Krn kalian adeq2,
ana rasa bertanggungjawab terhadap kalian,,,walaupun penat tapi rasa tjawab
melebihi penat yang ada...
Kepada sahabat keluarga D.A,,,syafiq, azraien,,k.sya,
syakir,k.tikah…t.kasih atas sokongan n dokongan. Wpun rasa malu pernah air mata
ini tumpah dihadapan kalian. Selama ini ana hnya melihat kalian dihadapan berceloteh.
Alhamdulillah terima kasih Allah memberi ana kesempatan itu walau sebentar
Cuma. T.kasih krn sudi memberi
kepercayaan kpd ana. Kpd k.tikah,,t.kasih bnyak tolong ana itu dan ini.
Gurau senda kalian sgt menceriakan…subhanallah pada mulanya
kaki ini berat untuk melangkah ke sana,,krn memikirkan byk factor yg perlu
hadapi,,dikuatkn jga hati,,moga sntiasa dalam jagaan Allah n Redha Allah. Ana pergi ke sana,,Alhamdulillah hari pertama
di sana,,,keadaan seakan suram dengan pemilik tempat…tempat itu tidak seceria
dulu..tp hati tetap husnuzhon…malam pertama…semua fasi kelam kabut membuat
persiapan…dgan itu ini xsiap lg…sdgkn esok hari yg agak sibuk.
Alhamdulillah,,,malam itu kami tidur agak lewat,,,tibalah
hari pendaftaran,,,semua peserta hadir bersama ibu bapa…ada yang ana kenal di
alam maya…mnjaga tiap kata itu penting..setiap soalan dijawab dgn berhati2 agar
tidak mengecilkn hati mereka. Kemuadian timbul lah masalah xcukup penginapan,,n
peserta makin ramai..alhamdulillah semua dapat diselesaikan buat sementara.
Rupanya masalah berpanjangan hingga ke malam…masing2 adeq2 fasi ana lihat sudah
kepenatan…mungkin mereka belum terbiasa. Kasihan mereka dari pagi sampai ke
malam mengangkut beg adeq2 peserta,,sbb memang team kita akan bagi the best
service. Yang paling ana tersentuh,,k.sya wpun sibuk study terpaksa turun
padang,,dan cikgu sampai kaki dah tak boleh jalan esoknya..deq kerana sakitnya.
Subhanallah kuatnya mereka...besarnya pengorbanan mereka..tingginya kesungguhan
mereka..so ana blajar kat situ..ana yang paling kakak kat situ sementara yang
lain adeq2 fasi yang hebat2..ana perlu seperti kak sya dan cikgu,,,mereka sgt
bersungguh2 dalam member yang terbaik utk orang disekeliling.
Malam tu, kami tengah meting utk keesokkn hari,,semua adeq2
peserta mungkin sudah kepenatan sbb asyik berpindah penginapan dari bangunan ke
bangunan lain hingga lewatb malam. Tiba-tiba dating sekumpulan adeq2 yang baru
dipindahkan ke bangunan sebelah..kami ingat dah settle tapi..mereka datang
menangis xselesa,,,itu ini,,,memang sepatutnya mereka diberi keselesaan tapi
ingat balik kita hanya merancang Allah menentukan. “ kebanyakkan mereka anak2
cikgu kawan sekerja trainer kami…jika mereka xselesa mesti kawan tu akan terasa
tempiasnya’ detik hati kecil ini. Ana pun terus meninggalkan meting tersebut
terus menjalankan amanah yang perlu ditunaikan bukannya nak tunjuk rajin sangat
tapi sbg penolong fasi ketika itu ana terasa sgt bertanggungjawab. “klu bukan
aku siapa lagi”…detik hati ini lagi. Ana belajar satu je sepanjang ana bersama
k.sya..k.sya sentiasa senyum wpun penat…so ana pun cuba senyum sentiasa
dihadapan sahabat2 fasi yang lain agar tidak tidak kelihatan kepenatan. “Ya
Allah sembunyikanlah kepenatan pada wajah ini dan izinkan aku melakar kecerian
pada wajah ini”…inilah detik hati kecil ana sepanjang kem. Ana akui ana seorang
yang kelam kabut,,,bukannya rajin pun tapi kelam kabut je yang lebih…
Ana akui tak dapat nak jalankan tjawab sebaik mungkin sbg
fasi yang berpengalaman dengan D.A…sbb pengurusan minggu tu sgt tak terurus. Maaf,,,ana
masih belajar…ble k.tikah..k.sya..sir..datang barulah semua Nampak
tersusun..hebatnya aura mereka. Peserta pula macam macam perwatakan sangat
mencabar dengan kerenah adeq2 yang comel2…layan je…dulu dan hingga malam tu ana
selalu mngelak bila kne perkenalkn diri dihadapan..malu masih menebal..kurang
keyakinan masih menebal tapi bila difikirkan balik..jka ana tak ke depan ana
tak membantu kem ni..klu bukan ana siapa lagi,,,takkan nak biarkan adeq2 fasi
mslimat yg masih lagi agak tertekan dgn suasana kem…ana memahami…bukan nak
tunjuk baik tapi terasa sgt mereka dibawah tjwab kami…maaf jika terlebih take
care ye adeq2 mslimat. Sbb hati ini terasa sedih bila kalian sedih,,hati ini terasa
sakit bila kalian sakit..maaf tak tahu kenapa rasa itu hadir. Terasa ingin
melindungi kalian adeq2 fasi muslimat mungkin kalian muslimat yang sangat2
menjaga ikhtilat.
Sepanjang seminggu macam2 terjadi,,,ana mula mendekati
seorang peserta bernama fikri dia peserta kami saban tahun. Aiman, amalia,
akmal…peserta first yang ana kenal mula-mula ana bergiat aktif dengan D.A tahun
2011. Ya Allah besar dah adeq2 ana…ya ana tak sempat follow up mereka
dulu..masih lg ingat amalia adalah ahli group ana dulu.
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
SALAM MUJAHADAH BUAT BUAT DIRI YANG ALPA
BAGAIKAN MELIHAT PASANG SURUTNYA AIR DIPANTAI
BEGITULAH KONDISI DIRIKU YANG KADANG KALA
DILAMBUNG OMBAK
KADANG KALA JUGA IMANKU NAIK DAN TURUN
KADANG-KALA AKU CUBA MENGERTI DIRI INI
DALAM MENCARI AKU AKU HANYA MENEMUI KELEMAHAN
DIRIKU
TERKIAL-KIAL INGIN MEMINTA BANTUAN
PADA SIAPA ITU USAH KAU PERSOALKAN
KERNA ANDAI KAU TABAH ANDAI KAU REDHA
KEMANISAN IMAN AKAN KAU KECAPI
DIRI TAK MAMPU MELAWAN OMBAK INI DALAM
KESEORANGAN
DAN DALAM MASA YANG SAMA AKU INGIN MENJAGA
SAHABT LAIN
AKU RELA DIRI KESUSAHAN ASALKAN ORANG YANG KU
SAYANG BAHAGIA
TAKLIFAN DEMI TAKLIFAN ADA DIBAHUKU
SEMACAMNYA DIRI TAK MAMPU
NAMUN AKU PERLU GAGAHI JUA
SAYANG BUKAN DI MULUT TAPI IANYA DI HATI
RENUNG KEMBALI KE DALAM DIRI ADAKAH DIRI
MENYAYANGI DARI HATI ATAU SEKADAR DI BIBIR
MUNGKIN KADANG –KADANG AKU TERSILAP LANGKAH
KERNA INGIN MEMBANTU
AKU TERIMA ANDAI IANYA SALAH KU
PEDIHNYA HATI BILA KASIHKU DIPERSOALKAN
MAAFKAN AKU DALAM MENYAYANGIMU AKU TELAH
MEMBUATKAN HATIMU TERGURIS OLEH KATA FITNAH
MUNGKIN DIRI BELUM LAYAK BERADA DIKALANGAN
SAHABAT SEMUA
INGIN AKU MENGUNDUR DIRI TAPI JIKA AKU BERADA
PADA PIHAK YANG BENAR UNTUK APA AKU MENGUNDURKAN DIRI
Karya –
izzatul mutmainnah-
Pasir mas
flashback alam university
hikmah disebalik sesuatu yg menimpa
diri
Assalamualaikum,,,alhamdulillah kita rafa'kan kpd Allah
dengan nikmat iman dan islam. selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad
S.a.w, para sahabat, tabi'in, dan muslimin , muslimat dan para pejuang agama
Allah yang masih lagi tegar dalam menyampaikan kalimah Allah.
Alhamdulillah moga hari ni lbh baik dari semalam
keletihan kepenatan hidup kadang2 menggugah jiwaku, imanku sbg hamba Allah yg sering kali rebah dek ujian, namun alhamdulillah, Allah tidak pernah lupa akan hambaNYA walaupun kadang2 kita sering kali lupa padaNYA.
kesibukan, kepenatan, keletihan, kepeningan sepanjang menghadapi sem 5 dgn final year project membuatkan diri semakin jauh dengan sahabat. dan ana nekad untuk tumpukan segalanya pd study, n menjauhkan diri dari shabat2. tapi setelah seminggu, ana rasa sgt tak tenang ble mana mengasing kan diri daripada shbt2. hati n jiwa sentiasa berfikir apkah tindakan ini betul.? tapi alhamdulillah ana ingin sperti dulu sentiasa tolong sahabat2 n gerak kerje. Allah punya kuasa segala kerja menjadi mudah n ketengngan dicapai. pengajarannya: walaupun kita sibuk n tiada masa, n jika luangkan masa kita demi untuk sesuatu yg Allah suka, insyaallah Allah tolong.
dan sepnjg minggu nak present, ana beljar sumting, 2 org kakak ni, kak alia n kak emi, dieorg sgt baik, tak tau plak dieorg sgt baik, walaupun die biasa2 je, tapi hati deiorg cukup baik untuk membantu org, i respect them. kdg2 tfikir, Allah bagi sseorg itu kelebihan dari segi ilmu dan kepandaian, mungkin org itu tidak susah untuk memberi, subhanallah hebatnya perancangan Allah. ye lah klu Allah bg pd org yg tak pndai memberi, ilmu itu takkn smpai pd org len. moral of the story: jgn kita pertikaikan kenapa Allah bg org ni pandai, aku tak pandai, tpi lihat blik diri kita, adkah kita seorg yg suka berkongsi ilmu, adkh kita suka membntu org dalm mendapatkan ilmu, sbb pe yg ana dapat scr logiknya, mmg betullah, even org itu biasa2 je dr segi luaran, tpi Allah bg kelebihan pd die, krn sikap dirinya. so jgn slahkan Allah jk kita krg dari segi ilmu berbanding org len....n jgn kte judge sumone dari luaran je, krn mgkin hatinya lbh baik dr kita=) n walaupun penat FYP, rse mcm tak buatkan tapi da sumting that i got from my FYP, da sumting yg Allah nak tunjukkan.
ni kisah mse tgh masak ngan shbt kat rumah, mse mask kami berbincg n berborak, da sorang shbt cerita ttg, cili api, subhanallah, hebat kn ciptaan Allah...menciptakan sesuatu beserta kelebihan n kekurangan, pd 1 biji cili da mudhorat n da penawarnya, walaupun cili bhya untuk kesihatan n blh mnyebabkan pnyakit buasir n appandik, tapi Allah punya kuasa, diletakkan penawar pada cili itu, iaitu tgkai cili, dulu ana selalu buang je tgkai cili, tp skrg dah tau kebaikan tgkai cili tu. n terpikir jg, sma gak ngan durian, durian klu kite mkn byak, akan memudhoratkan kita, tapi di situ Allah sertakan penawarnya, ubatnya minum air dlam menggunakn kulit durian, subhanallah, hebatNYA Allah, menciptakn sesuatu. jk direlatekn pd kita hmba Allah, setiap org da kelebihan n kekuragn.
pernah sekali tak nak msuk kelas, tapi tkut lecture marah, tak masuk bkn pe sbb tak tau nak buat cmne, sbb kne g jmpa psal FYP, so ana ambik kputusan tuk tak gi kelas, hehe smbil tu mtk pd Allah berikan yg terbaik, Alhamdulillah Allah tolong, kelas cancel. so ana tak ponteng kelas la....Moral of the story, jgn pnteng kelas, tahu fiqh aulawiyat, n igt Allah tak pernah berpaling dari MU, even kamu kdg2 lupa padNYA, n jdlah hmba yg selalu yakin pd Allah...=)
sekadar perkongsian dari kehidupan...ini semua ingatan buat diri ana n sahabat yg membaca blog ana. =)
mga hijrah ku ke arah yg lbh baik=)

Nukilan hati Hamba Illahi
Bismillah.. .Masya Allah
Benar kata bonda, untuk menjaga harga diri, keperibadian gunalah orang tengah dalam membina sebuah hubungan suci.
Pesan seorang ibu, sedang bersembang, "hati hati dengan orang lelaki, jangan serahkn hati pada seseorang kita tak pasti tentang kesungguhannya. " Biarlah sesekalipun orang menganggap Kita jual mahal. Kerana harga diri yang kita pertahankan itu bukan murahan.
Terima kasih my mum.
Pernah Allah hadirkan seseorang Di Tempat yang terbaik di dunia...mmungkin hadirnya dia dalam masa yang singkat untuk menguji kesetiaan hati pada Cinta illahi.
Kekuatan dibina, keyakinan diperteguhkan, kembali melamar redha illahi pada setiap aturan kehidupan.
Ye, takkan sesekali dibiarkan perkara yang sama terjadi Utk Kali kedua.
Pengharapan itu Hanya pada Allah.
Takkan dibuka pintu hati jika hadirnya dia tanpa adab, tanpa meminta izin dari penjaga.
Kerana jasad ini punya penjaga bernama wali.
Bukan tak mahu Tapi tidak mahu pisang BerBerbuah 2 kali, tidak mahu terjatuh dalam lubang yang sama.
Aku semakin Takut untuk mengenalinya.
Ujian itu pasti hadir untuk menguatkan untuk membaiki apa yang lemah.
Seperti mana, seorang guru yang tahu mana kelemahan muridnya, di situlah guru tersebut akan memberikan soalan/ujian yang sama bentuknya supaya murid tadi mahir utk bg melepasi ujian tadi. Baiki kelemahan.
Sama juga, Allah maha Tahu apa kelemahan hambaNya, maka berulang kali Allah sediakan ujian yang sama untuk hambaNya agar hambaNya itu menjadi kuat agar tak jatuh dalam lubang yang sama berulang kali.
Andai ini ujian, Maka kuatkan hati.
Wahai Allah yang menciptakan cinta, Wahai Allah yang membisikkan rindu, Engkau pernah mengizinkan aku menjejakkan Kaki menapak pada langkahan siti Hajar, yang tak pernah putus asa, yang Kuat dalam sendiri, maka kuatkan kaki ini dalam menghadapi mehnah kehidupan.
Engkau pernah izinkan aku menjejakkan Kaki Di bumi uhud, Maka Berikan aku redha dgn setiap aturan Mu.
Dengan kasih sayangMu .yang tak pernah Sepi buat hamba Mu

Tugas Cinta Dalam Mendengar, Tugas Hati Dalam Memberi
Tugas Cinta Dalam Mendengar,
Tugas Hati Dalam Memberi
Ditulis oleh
Nur Syuhada Abdul Ghani (Aksarasyuhada)
“Eh, akak fasi datanglah”..kedengaran dari luar pintu suara gembira anak-anak di sana. Mereka gembira bukan kerana kehadiranku tapi mereka gembira bilamana ada yang mengunjungi mereka. Dari luar sudah kelihatan kelibat mereka yang berlari-lari menyambut kehadiranku. Belum sempat aku menghulurkan tangan, mereka sudah menghulurkan tangan untuk bersalam. Masing-masing tidak berhenti bercakap, bertanyakan itu dan ini. Keletah mereka waktu itu mencuit hati kecilku. Tahun 2014, pengalaman kedua bersama mereka. Di sini aku mula mengenali mereka dengan lebih dekat, apabila aku dipilih untuk berprogram bersama mereka selama 21 hari. Walaupun aku tidak berada di tempat mereka, tapi hati kecilku bagaikan mengerti rasa hati mereka. Aku cuba menyelami hati mereka, memainkan peranan sebagai seorang kakak. Diberi tugas memantau kebajikan dan keadaan peserta pada ketika itu, mendekatkan lagi aku dengan mereka dan anak-anak yang lain. Alhamdulillah program kami kali ni menggabungkan peserta luar dengan anak yatim, untuk mereka menyelami dan merasai kehidupan anak-anak yatim. Sedang asyik memerhati gelagat setiap peserta dan sahabat yang rancak melayan gelagat adik-adik peserta. Tiba pandangan ini beralih pada satu sosok badan di tepi dinding. Aku mengamati wajah itu dari jauh, dilihat suram pada pandangan, dilihat sepi pada renungan. “Ya Allah izinkan aku mendekati anak ini”…bisik hati kecilku. Meskipun dia berada di dalam program bersama rakan yang lain yang rancak bergelak tawa, jauh di sudut hatinya bungkam seribu rahsia yang dipendam, jiwanya entah di mana. Redup matanya menguatkan lagi naluri ingin tahuku tentang dirinya. “adik, kenapa tak ikut serta dengan kawan-kawan yang lain?…dia hanya mengukir senyuman tanpa kata. “tak best ke program ni?…aku mengajukan soalan untuk mendapatkan jawapan. Dia hanya menganggukkan kepala tanpa sebarang suara. Mentari senja mula menapakkan wajahnya, mata aku tercari-cari kelibat adik tadi. “laa…di sini rupanya, puas akak cari tadi, adik ok?…tanya aku sambil menyentuh bahunya tanda sapaan mesra seorang kakak. “ok”…jawabnya ringkas dengan senyuman yang tak lekang di bibir kala di sapa. Aku menyentuh hangat tangannya, tanda kemesraan agar dia selesa dengan kehadiranku. “adik ada apa-apa nak kongsikan dengan akak ke? Dari tadi akak perhatikan adik diam je, macam tak seronok je...ujar aku lagi sambil memandang redup matanya. Dia hanya memandang aku, suasana sepi seketika, hanya kedengaran suara anak-anak yang lain bermain. Kolam matanya mulai berkaca. “takpa dik, akak sedia jadi pendengar untuk adik luahkan apa yang adik rasa, anggap je akak ni kakak adik”…ujar aku. Ya aku tahu dia mempunyai seorang abang di sana. Mereka hanya berjumpa bila dalam program. Umur mereka tidak jauh beza. “akak, saya rindu ma dan abah saya, lama dah saya tak jumpa mereka, kenapa mereka tak nak jaga saya?”…soalnya dalam sendu. Aku memandang wajahnya, kolam matanya yang berkaca-kaca tak mampu dibendung lagi. Aku memeluk mesra bahunya, tanda masih ada yang menyayanginya. Aku bungkam seketika, saat dia meluahkan rasa rindunya pada insan tersayang. “kenapa mak dan abah adik tak datang jenguk adik?”…soal aku dengan penuh tanda tanya. Oh ya! Rumah anak yatim yang dihuni oleh mereka ni bukan sahaja rumah untuk anak yatim, malah rumah kebjikan ini juga mengumpulkan mereka yang kurang bernasib baik dan miskin. Dia memulakan bicara hatinya yang selama ini dipendam sendirian. Hati kecilku menangis saat dia mencerita kisah hidupnya, cuba ditahan tapi tewas juga akhirnya. Dia dan abangnya merupakan mangsa akibat sebuah penceraian. Abangnya dipilih oleh ayahnya untuk tinggal bersama, tapi semua tu tak lama manakala dirinya ditinggalkan dengan saudaranya yang lain. Sehinggalah mereka dihantar ke rumah kebajikan itu. Dalam usia yang kecil, dia dan abangnya berpisah, namun semua tu tidak menjarakkan hubungan mereka. Cuma terdetik dihatinya, “kenapa tak nak bawa dan jaga saya sekali? Kenapa saya ditinggalkan? Ayah tak sayang saya ke?. Dia menangis, pada saat itu yang mereka minta adalah, “saya nak cari mak saya, saya nak jumpa mereka”. Aku pun tidak bertanya banyak soal itu, cuma menjadi pendengar bagi meredakan resah dihatinya. Dek kerana faktor kehidupan, dia dihantar ke sana pada usia 9 tahun, berpisah dengan ibu dan ayah dan adik beradik bukan sesuatu yang diimpikan setiap insan, usia yang belum boleh mengerti akan apa yang terjadi. Hanya mengikut setiap yang diatur. Hati mana tidak menangis mendengar cerita hati yang terluka. Menangis bukan tanda lemah, tapi itulah cara untuk menenang jiwa yang sarat dengan cerita sepi. Allah tak ciptakan air mata itu sia-sia. “ adik, akak yakin mak ayah adik juga rindukan adik. Ibu bapa mana yang tak sayangkan anak. mak ayah adik tak pernah bencikan adik, mereka hantar adik ke sini kerana mereka nak bagi yang terbaik untuk adik. Mereka nak adik jadi anak yang solehah, yang terjaga akhlaknya, terbentuk kepribadiannya, yang mendoakan mereka saat mereka tiada nanti. Adik pilihan Allah. Allah dah aturkan perjalanan hidup yang terbaik untuk kita” Mereka hantar adik di sini untuk kebaikan adik bukan sebab mereka tak sayang. Mungkin mereka terpaksa…ujar aku menenangkan hatinya yang basah. “adik kena sentiasa doa untuk mereka, Allah Maha Mendengar setiap doa hambanya, Dia yang memegang setiap hati-hati manusia”…sambung aku lagi sambil mengukir senyuman yang sinar sebentar tadi. Walaupun mereka jauh, jangan pernah putus doakan mereka dan hadiahkan al-fatihah untuk mereka.”…sambung aku lagi. “boleh ke kak, kalau kita nak hadiahkan al fatihah untuk orang yang masih hidup”…soalnya teragak-agak. “boleh je dik”…jawabku ringkas. “Insha Allah, adik akan jumpa mak dan ayah adik suatu hari nanti dalam keadaan yang lebih baik, adik ada senjata doa yang hebat. Allah Maha Mendengar segala isi hati kita dik…aku mengakhiri pertemuan saat itu dengan bingkisan semangat untuknya. Dan hari ini setelah 6 tahun aku megenalinya dulu, aku melihat dia kini jauh berbeza dari dia yang dulu, sekarang dia adalah seorang yang ceria dengan gelak tawa dan sangat berbudi bahasa. Semakin rajin belajar dan mengaji al-quran. Aku gembira apabila melihat dirinya sekarang yang semakin mesra dengan kawan-kawannya. Di sini dia melakar kanvas kehidupannya menjadi satu lakaran yang indah. Kerana semalam adalah sejarah, hari ini adalah kenyataan dan hari esok adalah harapan yang masih ada.
"Doa adalah senjata orang beriman, tiang agama dan cahaya langit-langit dan bumi" (Hadis Riwayat Hakim)
Walaupun anak-anak di sana mempunyai kisah hidup yang tidak sama dengan kanak-kanak seusia mereka. Mereka kelihatan tabah dengan apa yang Allah hadiahkan. Masing-masing punya kekuatan tersendiri. Namun jauh di pandangan mata, aku tahu mereka menelan segala keperitan hidup. Memainkan peranan sebagai seorang kakak, aku sentiasa mencari ruang untuk menyuntik semangat buat mereka, agar mereka tahu di sebalik awan mendung itu, pasti akan hadir mentari indah dalam hidup mereka. Kerana jauh diruang fikiran mereka, mereka ingin menggapai impian yang sekian lama terkubur.
Mereka bukan kanak-kanak terbuang, namun mereka kanak-kanak yang perlu diberi perhatian. Terdetik dalam hati kecilku, “kalau aku ditempat mereka, mampu kah aku?. Benarlah, Allah menguji hamba-Nya mengikut kadar kemampuan hamba-Nya. Teringat saya pada kalam Allah, “Allah tidak membebankan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya” (al baqarah :286).
Mereka bukanlah anak-anak yang terbiar, tapi mereka anak-anak pilihan Allah yang perlukan perhatian dan kasih sayang. Mereka suka bila ada orang bersembang, bercerita dengan mereka dan mendengar apa yang mereka katakan. Mungkin sebab tu jugak lah Allah kurniakan kita dua telinga dan satu mulut. Kerana kita perlu lebih banyak mendengar dari berbicara. Kerana ramai di luar sana yang ingin bicaranya di dengari. Itulah tugas cinta dan kasih sayang, membina cinta dan sayang dengan mendengar.
“Barang siapa yang tidak menyayangi manusia, maka Allah tidak akan menyayanginya” (HR Muslim)
Tiada seindah susunan kehidupan melainkan apa yang Allah aturkan. Subhanallah, Maha cantik aturan Allah, setiap pertemuan itu hakikatnya adalah pilihan Allah. Terkadang kita merancang, tapi jangan kita lupa, dalam setiap perancangan kita, ada perancangan Allah Yang Maha Hebat. Dan perancangan Allah lah yang lebih baik.
“The more love we give, the more love we receive”.

Subscribe to:
Posts (Atom)