Friday, 19 August 2016

FROM ZERO TO HERO

assalamualaikum wbt

permulaan kehidupan from zero to hero.

ZERO??? dari ALLAH kita hadir ke dunia....kerana cinta Allah kita wujud...hadirnya kita zero kosong tanpa membawa apa-apa. jadi LAYAKKAH kita merasa sombong merasa DUNIA INI AKU YANG PUNYA....pasti pasti dan pasti kita tidak layak kerana kita hadir ke dunia kerana KASIH ALLAH.

lahirnya kita dari rahim si ibu dalam keadaan kosong tanpa membawa apa-apa bekalan...lalu kita disambut dengan nama ALLAH yang menciptakan segalanya. Untuk mengingatkan kita bahawa kita hadir ke dunia untuk kita mengabdikan diri kepada Allah sebagai hamba.....untuk mengemis rahmat illahi...kebergantungan hanya pada ALLAH SEMATA.

pantaskah untuk kita merasa tinggi diri ??? di saat kita membesar kita kelaparan,,,ALLAH hadirkan ibu dan ayah. kita mula mengorak langkah..belajar berjalan kemudian kita jatuh....kita bangkit kembali...disekeliling kita ramai yang memberi dorongan...

sedarkah kita kehidupan kita di saat kita dewasa.....sama seperti kita di alam bayi dan kanak-kanak. Allah tahu kita hambanya yang lemah...cuba kita renung sekejap. Allah didik diri kita sejak kita kecil untuk kita hadapi perjalanan hidup. Allah ajar kita untuk belajar melangkah untuk cipta 1 kejayaan Allah ajar kita untuk teruskan melangkah walaupun seringkali kita jatuh. Allah didik kita bilamana kita jatuh,,,bangkit dan teruskan melangkah hingga kau mampu berjalan berlari. Allah ajar kita step by step...jika kau tak mampu berjalan,,,,merangkak perlahan-lahan. its about LEARNING PROCESS.

Allah ajar kita perlunya sokongan positive untuk kita melangkah membina kehidupan. kerana bila kita renung kembali di saat kita bayi....langsung tiada yang negatif. disekiling kita positif. dan pada saat itu keinginan kita untuk berjalan sangat tinggi. kebergantungan kita hanya pada Allah. jadi kejayaan Allah akan hadirkan bilamana keinginan dan kebergantungan kita hanya pada Allah.

di saat kita bayi ...kita tak mampu untuk menyuap makanan sendiri. kebergantungan kita saat itu hanya Allah. Allah yang menggerakkan hati hambanya. kita saling memerlukan sesama kita.

di saat kita dewasa....kita buntu tak mampu melakukannya sendirian. Allah gerakkan hati-hati yang inginkan matlmat yang sama untuk saling membantu.

HEBATNYA ALLAH mengatur kehidupan hambanya. kerana ALLAH maha TAHU kita akan mengalami situasi yang sama untuk kita meredah dunia menuju akhirat. Allah didik kita sebagai hamba merasainya mengalaminya ketika kecil.

from ZERO kita belajar mengenal Allah untuk kita mendepani dunia menuju akhirat menggapai redha NYA. to be HERO pada jalan Allah. ameen.

jadi aturkan langkah... teruskan melangkah...moga istiqamah.

wallahualam.



Thursday, 3 December 2015

Assalamualaikum

alhamdulillah program tahunan keluarga darul atiq melabuhkan tirai untu siri 1.
 tahniah kepada penggerak team KSH 1 . kalian memang terbaik.
setinggi-tinggi penghargaan kepada saudara NIK AHMAD AKIF BIN NIK AJUN selaku pengarah program, saudara nik muhamad azraien bin abdul rahim selaku pengarah urusan 1 darul atiq. 
dan sahabat-sahabat team PENDAKI HANGUS darul atiq ( uda, atiq, ustaz us, asyraf ) eisya, mastura , zahir zain, fakhrullah  nabilah dan trainer trainer darul atiq. 

alhamdulillah DARUL ATIQ mempunyai keistimewaan tersendiri.
 semoga keluarga ini sentiasa utuh dalam rahmat dan kasih sayang Allah...

SALAMAN FOR UMMAH

WE UNITE TOGETHER TO SPREAD DA'WAH.

TAUHID,,,KASIH SAYANG DAN KEBAHAGIAAN. 

Sunday, 4 October 2015

assalamualaikum....
salam mahabbah...

sungguh Allah itu Maha Kasih Sayang....dalam segenap tindakan kita,,,Allah sentiasa memerhatikan kita,,,,
Ya Allah pandanglah kami dalam pandangn kasih sayang MU

ye ujian itu sentiasa ada....kadang dalam kita menyebar dakwah...tanpa kita sedar  Allah menguji kita...dalam setiap pergaulan kita.

jangan disangka kita berada di jalan dakwah kita tidak di uji
sungguh aku merindui kehidupan dulu yang tidak dikenali,,,,terasa sangat terjaga dalam jagaan Mu Allah,,,,di saat aku tidak ikhwah yang aku kenal adalah akhwat...

aku rindukan gerak kerja bersama akhwat,,,
kadang terfikir kenapa Allah meletakkn aku di kalangan gerak kerja lelaki,,,hinggakan aku terbiasa tanpa rasa kekkok seperti dulu.

tapi dalam masa yang sama hati ini memujuk,,,usah pertikaikan perjalanan takdir,,,Allah perancang yang terbaik,,,
kehadiran mereka semua yang aku anggap adik-adik sangat bermakna,,,aku bahagia,,dengan Allah mencampakkn aku dalam keluarga Darul Atiq...
aku yang jahil,,,tapi maha Kasih Sayang Allah menghadirkan mereka yang berilmu disekelilingku,,,tidak pernah aku bayangkan ukhwah yang sebegini

aku mengharap redha Mu Ya Allah....

JADIKANLAH MEREKA SEMUA ITU PENAWAR BAGIKU BUKANNYA RACUN BAGIKU.......

pengorbanan,,,ye  sekarang banyak aku perlu korbankan....
jika dulu aku sukar berurusan dengan ikhwah,,,dan sekarang aku harus biasakan,,,cuma aku risau jika ianya menjadi biasa
jika dulu prinsipku  TIDAK SESEKALI GAMBARKU DIMASUKKAN KE MEDIA SOSIAL MESKIPUN WHATSAPP GROUP,,,
jika dulu TERUS SAHAJA AKU SOUND ,,tp sekarang aku harus longgarkan prinsipku,,,,
kerana bagiku MESKIPUN IANYA GAMBAR IA TETAP MELAMBANGKN MARUAH HARGA DIRI,,,

YE HAKIKAT YANG PERLU AKU TERIMA BUKAN SENANG UNTUK AKU MENJADI SEPERTI DULU,,,,

IBARAT KAKTUS,,,YANG TIDAK DIKENALI,,,SUKAR DILIHAT,,,NAMANYA BUKAN MENJADI SEBUTAN,,,TAPI BILA DIPELIHARA DIJAGA SEBAIK MUNGKIN AKAN MENGHASILKAN BUNGA YANG CANTIK...MESKIPUN TIDAK DIKENALI SUKAR DITEMUI TAPI MAMPU MENHILANGKAN DAHAGA PADA YANG MEMERLUKAN...
PENUH DURI YANG MNJADI BENTENG DIRINYA AGAR TIDAK DICEMARI KEKOTORAN DUNIA....

TAPI MAMPUKAH KAKTUS ITU SEGAR TUMBUH SEPERTI DULU....
SUBHANALLAH SEJUK HATI MEMANDANG ORANG YANG BERNIQAB,,,YE IMPIAN HATI,,,ALLAH MAHA KASIH SAYANG,,,DIA MENGHADIRKAN MEREKA YANG BERNIQAB DALM HIDUPKU,,,SEMAKIN HARI SEMAKIN RAMAI SAHABT BERNIQAB YANG AKU TEMUI...

TERIMA KASIH ALLAH,,,,
IZINKAN AKU SYAHID DIJALANMU IZINKAN AKU MENJADI TETAMU MU IZINKAN AKU KEMBALI PADA-MU DALAM KEADAAN ENGKAU REDHA PADAKU...
SUNGGUH AKU RINDUKAN SAAT AKU BEKERJA BERSAMA KAK SYAIRAH,,SAAT ITU MENJADI SUATU YANG ASING BAGIKU BEKERJA DENGAN IKHWAH,,,
RASA ITU YANG AKU MAHUKAN,,,,PERASAAN MALU ITU YANG AKU INGIN HADIRKAN,

AKU RISAU DALAM AKU MEMBERI PADA JALAN DAKWAH INI,,,AKU MENJADI BAHAN FITNAH PADA MATA MATA YANG MEMANDANG...

SEMOGA MEREKA MENJADI SAHAMKU DI SANA NANTI,,,,TERIMA KASIH ALLAH,,,
WALAUPUN BELUM AKU TEMUI PENEMANKU,,,TAPI ENGKAU HADIRKAN MEREKA YANG SOLEH, BERILMU, YANG MENJADIKAN ALLAH DAN RASUL YANG PERTAMA,DALAM HIDUP,,,ITU SATU ANUGERAH


Monday, 7 September 2015

seorang sahabat bertanya

apa cita-cita mu, apa impianmu
apa minatmu

ana terdiam seribu bahasa,,hatiku bungkam seketika,,,lemah longlai mencari jawapan,,,

ye itu kelemahanku,,,

tiada apa yang menjadi cita-citaku melainkan syahid di jalanmu, menjadi anak yang solehah,menjadi hambMU yang diredhai....

tiada apa yang menjadi impianku
impian yang selama ini aku pendam,,,ingin aku menggapai syurgaMU...
aku ingin menggembirakan orang disekelilingku,,,aku ingin memiliki keluarga yang bahagia sakinah mawaddah dan rahmah,,,ingin mati dalam husnul khatimah
ingin aku menjadi penulis yang mampu menghidupkan hati-hati yang mati

apa minatmu,,,,ye aku lebih suka memendam rasa,,,meluahkan pada yang mampu berbicara
aku suka memberi dan terus memberi
membantu tanpa menolak,,,
ye aku suka menulis,,,aku lebih suka berbicara tanpa suara,,,
mengukir tinta dalm rahsia
melakar cinta dalam sunyi




DUNIA FASILITATOR very awesome

assalamualaikum
salam cinta penuh rindu
moga kasih menjadi tautan
pengikat jiwa-jiwa hamba

selawat dan salam pada junjungan besar nabi muhammad s.a.w

dunia fasilitator banyak mengajar dan mentarbiyah ana sehingga ana mampu berdiri hari ini, 
di sini ana bertemu dengan pelbagai insan
di sini ana mengenal dunia di sini ana mengenal hati dan budi
di sini ana mengenal keikhlasan

ye seperti perjalanan yang panjang dan dalam perjalanan itu ana berhenti di R&R,,,,
menjadi satu persinggahan bagi ana merehatkan minda dan jiwa. 
kerana hati ini juga perlu di isi
hati ini juga perlu ditarbiyah
di sini juga hadirnya pertemuan dan perpisahan
di sini juga tautan kasih terpateri
di sini juga harapan menggunung 

di sini ana mengenal erti kasih dan sayang
tanpa ikatan persaudaraan,,
di sini juga hati teruji
 
di sini juga
aku terkilan aku bungkam seketika,,,,memikirkan nasib mereka yang pernah bersamaku,,,
dalam rantaian doa rangkulan kasih MU Allah aku melabuhkan tirai cinta dengan doaku...
Engkau memberi mereka ujian yang sungguh aku terduga,,,,tersentap seketika,,,
Ya Allah mampukah mereka menghadapi ujian yang sebegini rupa di usia yang masih muda,,,
sungguh aku beruntung aku merasai rahmat Mu Allah...

semoga Engkau menjaga mereka dalam redha dan KasihMU Tuhan.

adik sabarlah sayang,,,,Allah ingin menjadikan mu orang yang hebat,,,Allah menyayangimu sayang,,,bertahanlah untuk seketika,,,,tak mampu untuk aku membantu,,,hanya doa mampu aku panjatkan..

adik aku mengerti apa mahumu
engkau ingin menjadi seperti orang lain,
aku tahu engkau ingin berubah meninggalkn kegelapan silammu
tapi setiap kali engkau cuba menlangkah engkau terasa longlai

adik di sisi mu ada yang menemani
ada yang menyokongmu
ada yang memerhatimu
mendengar rintihan hati, setiap bicara hatimu,
Allah sentiasa ada untukmu adik,,,

carilah Allah dalam rangkulan kasih ujian kerana ada rahmat yang tersembunyi...

terima kasih darul atiq,,,terima kasih Allah,,,kerana mengizinkan ana untuk bertemu dengan mereka,,,
adik usah menangis aku tahu dikau kuat sayang.....

to be continue

BINGKISAN HATI KARANGAN JIWA

ana tertarik dengan bingkisan hati karangan jiwa seorang hamba Allah,,,,

redhalah segala  takdir Allah kepada kita
agar Allah meredhai kita pula
maafkanlah segala kesalahan manusia lain kepada kita
agar Allah memaafkan kita pula
tutuplah aib manusia lain di dunia
semoga Allah menutup aib kita di akhirat kelak
tunaikanlah permintaan manusia lain hari ini
semoga Allah menunaikan permintaan kita esok
bukankah dunia ini tempat persinggahan sementara
dan kita akan berangkat bila-bila masa sahaja
bukankah jadual penerbangan telah ada
jangan kita lupa,,,,kembara ini KEMBARA IMANI
MERENTASI SAMUDERA KEHIDUPAN
MENCARI KALUNGAN HIDAYAH
BERBEKALKAN TAQWA YANG SATU
DEMI MU KURELA DEMI MENGGAPAI REDHA YANG HAKIKI.

DEMI-MU KU RELA

ASSALAMUALAIKUM,,,
senyum-senyum hati lampir-lampirkan ceria...

salam penghubung kasih sayang salam penyambut ukhwahfillah

tajuk yang akan saya kongsikan hari ini ialah DEMI-MU KURELA

bukan demi mu kekasih tapi demi MU Allah, kurela berpanas,
handsock???? panas???
stocking??? rimas???
tudung labuh???? lemas????

DEMI-MU
ku rela bertahan
kurela berpanas
ku rela dicemuh kerana apa yang aku pertahankan....

DEMI _MU
kurela mengorbankan CINTA yang kecil demi menggapai CINTA MU yang agung


itu bukan alasan sahabat,,,,,panas di dunia hanya sekejap,,,,bertahanlah sebentar,,
setiap apa yang Allah hadirkan untuk kita setiap apa yang Allah rencanakan untuk kita itu adalah yang terbaik
kerana Allah Maha segalanya Maha Kasih dan sayang