Wednesday, 30 November 2011

Layar Kesabaran

Sabar???? Apa yang dimaksudkan dengan sabar? Kenapa perlu bersabar? Banyak betul persoalan ye...=)


“…Dan para malaikat masuk kepada tempat-tempat mereka dari semua pintu (sambil mengucapkan); keselamatan atas kalian berkat kesabaran kalian. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.” (QS. Ar-Ra’d [13]:23-24)


Apa yang kita faham tentang sabar? Sabar termasuk akhlak yang paling utama yang banyak mendapat perhatian Al-Qur’an dalam surat-suratnya. Imam al-Ghazali berkata, “Allah swt menyebutkan sabar di dalam al-Qur’an lebih dari 70 tempat.”
Ibnul Qoyyim mengutip perkataan Imam Ahmad: “Sabar di dalam al-Qur’an terdapat di sekitar 90 tempat.”Abu Thalib al-Makky mengutip sebagian perkataan sebagian ulama: “Adakah yang lebih utama daripada sabar, Allah telah menyebutkannya di dalam kitab-Nya lebih dari 90 tempat. Kami tidak mengetahui sesuatu yang disebutkan Allah sebanyak ini kecuali sabar.”


S.A.B.A.R ialah  menahan dan mengekang. Di antaranya disebutkan pada QS.Al-Kahfi [18]: 28 “Dan tahanlah dirimu bersama dengan orang-orang yang menyeru Rabbnya di pagi dan di senja hari dengan mengharap keridhaanNya, dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka.”
Berlawanan dengan sabar ialah jaza’u (sedih dan keluh kesah), sebagaimana di dalam firman Allah QS. Ibrahim [14]: 21, “…sama saja bagi kita mengeluh ataukah bersabar. Sekali-kali kita tidak mempunyai tempat untuk melarikan diri.”

Sabar?? Perlu ker??


Sabar merupakan keperluan bagi manusia dalam peningkatan kehidupan  manusia, dalam membahagiakan  individu dan masyarakat. Bahkan saya pernah dengar satu kata-kata " Tidak akan menang  dan tidak akan  bangkit agama  melainkan dengan SABAR." Hebatnya maksud tersirat di sebalik sabar. 
Sahabat pembaca yang dikasihi, seperti mana kita, hamba Allah yang hidup didunia  memerlukan kesabaran dalam setiap rutin kehidupan kita, begitulah pentingnya sabar yang menjadi satu keperluan dunia sepertimana keperluan  akhirat.


Mampukah kita meraih segunung kejayaan dan selautan kemenangan tanpa kesabaran?? sudah pasti kita selaku hamba Allah yang kerdil ini,  tidak akan bisa  menggapai kejayaan  didunia dan tidak pula bisa menggenggam kemenangan di akhirat jika tanpa sabar di dalam diri kita. Jika kita selusuri kisah perjuangan Rasulullah s.a.w dalam menyebarkan agama Islam, perjuangan baginda sentiasa diiringi kesabaran yang menggunung. Baginda sabar bilamana baginda di pulaukan, sabar walaupun di perlakukan dengan teruk. Kita soroti pula kisah sahabat-sahabat yang mempertaruhkan nyawa demi aqidah islam, sanggup di seksa demi agama, sabar walaupun pelbagai ujian menerpa, sabar walaupun kesakitan, kerana mereka yakin dihadapan sana kemanisan menanti. Kuncinya apa sahabat-sahabatku???? Kuncinya SABAR


Duhai sahabat yang dikasihi, ingatlah jika kita bertemankan kesabaran, kemenangan akan mengiringi. Untuk mendapat kejayaan dan kebahagiaan  diakhirat,  kita perlu bersabar dengan apa yang kita tidak sukai, begitu juga untuk mendapat kejayaan di dunia. Kenapa ye? 


Ok, saya bagi contoh, kalau kita nak kejayaan di akhirat kita mestilah banyak beribadah, patuh segala suruhan dan larangan Allah. Banyakkan ramai orang yang kurang suka untuk mengamalkannya. Sebab tu lah kita kena bersabar melakukan walaupun kita tak suka. 
Kalau kita nak kejayaan di dunia pun sama juga, kita kadang-kadang terkena virus M iaitu malas contohnya, ye lah nak berjaya kena rajin baca buku, ulangkaji, solat, baca al-quran, sebab tu lah kita kena sabar melakukannya walaupun kita memang tak suka nak buat.


 Tidak akan sempurna amalan mahupun pekerjaan
Tidak akan tercapai cita-cita nan tinggi
andai tanpa seuntai kesabaran


Bayangkan kita membina bangunan, tapi kita tak sabar nak menyiapkan bagunan tu, jadi kita pun buatlah dengan tergopoh gapah. Maka bangunan yang di bina tadi siap tapi mungkin tidak sempurna dan tidak secantik dan seteguh bangunan yang didalamnya diikat dengan kesabaran. 


" Dilingkungi Syurga itu  dengan perkara-perkara yang dibenci  dan dihiasi neraka itu oleh perkara-perkara yang digemari" ( Hadith Tirmidhi)


 Oleh itu sahabat-sahabat yang dikasihi, kita sebagai hamba Allah yang berada di bumi Allah yang kini sedang menyelusuri perjuangan baginda menegakkan kalimah Lailahaillah, ayuhlah kita tanamkan sikap sabar dalam diri kita. Baginda bersabar dalam menyebarkan Islam walau di tohmah dan di caci, kita apatah lagi hamba Allah yang kerdil, haruslah lebih-lebih lagi bersabar  dalam meneruskan perjuangan ini.


to be continued.....=)

Sunday, 27 November 2011

Muhasabah Hujrah


Di awal tahun baru hijrah,
Ku sujud menghambakan diri pada-Mu,
Hati terus merintih mengenangkan dosa lalu,
Kotornya diri dengan maksiat dan noda,
Lemahnya jiwa berdepan dengan dunia,
Lalainya diri dari mengingati-Nya,
Astaghfirullahal 'adzim....
Banyaknya kekurangan diri,
Ampuni hamba-Mu ini Ya Allah.
Aku sedar,
Jiwa yang tandus taqwa,
Terdorong lakukan apa sahaja,
Sanggup menentang arus kehendak Ilahi,
Yang difikir hanyalah untuk kepuasan diri,
Maka, pabila dosa telah larut,
Gelaplah hati, kotorlah jiwa, murunglah diri,
Itulah fitrah sang pendosa,
Yang leka dari pencipta-Nya.
Namun, bila iman hadir di jiwa,
Mata hati mula bekerja,
Baru kusedar, betapa diri jauh dari-Mu Tuhan,
Asyik sibuk untuk dunia,
Hinggakan solat sering kutunda,
Al-Quran pun malas dibaca,
Lidahku kotor dengan kata-kata dusta,
Mata ini tak kujaga dari perkara dosa,
Telinga ini mendengar apa yang tak sepatutnya,
Kaki ini sering melangkah ke tempat lagha.
Ya Allah,
Jauh sekali diriku dengan peribadi kekasih-Mu,
Kau teladan terbaik bagi seluruh umat,
Ingin sekali aku mencontohi peribadimu, Rasulullah
Meskipun dirimu suci tanpa dosa,
Solat malam tidak pernah kau lupa,
Munajatmu di tengah malam jadi rutin harian,
Pengharapanmu pada Tuhan terlalu tinggi,
Sedang aku???
Seorang hamba yang penuh dosa....
Solat fardhu pun kurang dijaga,
Apatah lagi solat malam sepertimu, Ya Nabiyullah.
 
Sungguh,
Aku ingin berubah,
Menjadi seorang hamba-Mu yang taat,
Aku takut akan azab kubur,
Aku gerun dengan dahsyatnya neraka-Mu,
Dan kurindukan nikmat syurga.
Jadi,
Kupohon padaMu wahai Tuhan,
Campakkan ke dalam hati ini niat yang tulus,
Ingin sekali aku berdiri di hadapan-Mu dengan jiwa yang tunduk,
Ingin sekali aku rukuk pada-Mu dengan hati yang pasrah,
Dan ingin sekali ku sujud ke hadhrat-Mu dengan punuh kehambaan,
Ya Rahim,
Sucikan hatiku dari sifat munafik,
Sucikan amalku daripada riyak,
Sucikan lidahku daripada dusta dan mataku dari khianat,
Jadikanlah diriku seorang anak yang solehah,
Yang bisa mendamaikan hati Ummi dan Abiku,
Jadikanlah diriku seorang mukminat solehah,
Kerna mukminat solehah itu lebih cantik dari bidadari syurga.
Dan...
Kurniakan aku kesabaran untuk menunaikan ketaatan pada-Mu,
Anugerahkan aku kesabaran dalam meninggalkan maksiat pada-Mu,
Jadikanlah hati ini hati yang sentiasa mengingati-Mu,
Agar dapat ku miliki sekeping hati yang tenang,
Jauh dari hasad dengki dan kepalsuan dunia,
Hadirkanlah cintaku kepada-Mu mengatasi segalanya,
Agar Kau temukan hati yang terbaik buat diriku.
Moga dapat kukecapi, kebahagiaan yang hakiki,
Suatu hari nanti...
Amin....

Saturday, 26 November 2011

Assalamualaikum

Usai mengelolakan adik2 mutiara Islam yang insyaallah ku doakan bakal menjadi permata Islam suatu hari nanti, pelbagai perkara yang dipelajari. Kasihnya ibu  dan ayah pada anak-anak2 dan kasihnya anak2 pada ibu dan ayah. Murni dan tulusnya kasih sayang yang Allah anugerahkan. Melihat keletah adik-adik mutiara dan permata Islam, rasa bersyukur menerjah ke lubuk hati. Andai generasi ini terdidik terbina Islam di dalam diri sedari ini, insyaallah akan lahir generasi Mukmin yang hebat. Ditarbiyyah sedari kecil, berjiwa kepimpinan, sesekali rasa kagum, sejuk melihat adik2 ini.

Duhai adik, berterima kasihlah pada ibu dan ayahmu, kerana Alhamdulillah Allah masih lagi memberi hidayah dan taufiq kepada mereka dan kita semua. Adik2 insan terpilih. Sayangilah ibu dan ayah tika mereka masih didepan mata. Meskipun ibu dan ayahmu jauh nun di negeri sana duhai adik, doakanlah mereka mendapat taufiq dan hidayah, selalulah bersama mereka tika terluang. meskipun sebentar mahupun sejenak, insyaallah jika niatmu tulus, ia akan menjadi berkualiti. Duhai adik, sayangnya dan kasihnya ibu dan ayahmu padamu semata-semata untuk menjadikan dirimu seorang yang a'lim tentang Islam. Semoga kebahagiaan dan kejayaan milikmu duhai adik2 permata dan mutiara islam.

Hijrahkah Kita?????

بسم الله الرحمن الرحيم

وَمَنْ يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً وَمَنْ يَخْرُجْ مِنْ بَيْتِهِ مُهَاجِرًا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا

“Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

– Surah al-Nisa’ ayat 100



Menyambut ulang tahun Hijratur-Rasul ini bukanlah satu perayaan suka-suka. Ia bukanlah satu sambutan tahunan semata-mata tanpa sebarang sebab dan juga akan berlalu begitu sahaja untuk menunggu sambutan pada tahun hadapan. Sambutan Hijratur-Rasul ini sebagai menghayati makna dan pengertian peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW dan para muhajirin dari Kota Makkah ke Kota Madinah yang kemudiannya dikira sebagai tahun pertama Hijrah.


JIka dahulu kita seorang yang jahil maka ayuh kita berhijrah menjadi seorang yang a'lim. Jika dahulu kita seorang yang mudah diperkotak katik kan, dipermainkan, di jadikan bahan gurauan. Maka jadikanlah diri kita hari ini seorang yang mampu menyumbang tenaga kepada Islam demi mendaulatkan kalimah "LAILAHAILLALLAH". 


Jika isteri kesayangan Rasulullah sanggup untuk menyumbangkan tulang-belulang nya kita bagaimana, tenaga, harta dan segalanya yang bukan milik kita ini, dapatkah kita sumbangkan.???? kita terjah ke dalam diri kita masing2,,,,


Ayuh kita berhijah kerana Allah bukan kerana orang dan bukan kerana balasan dan bukan kerana material. Insyaallah amin,,,semoga diperkenankan.


Ketuklah pintu hati
kuaklah jendela kalbu
Hijrah kini menanti
Jangan biarkan ia sepi berlalu 
Andai langkahmu longlai
tegakkan kakimu disejadah
luruskan belikatmu
sujudlah pada Yang Maha SegalaNYA
pasakkan niat nan suci 
bulatkan tekad yang murni
Mohonlah kekuatan padaNYA..



Hijrah....

Duhai Ibu dan Ayah didiklah anak-anakmu 
sedari kecil 
mengenal Allah mengenal Rasul
ku bimbang jika bertambahnya usia si cilik
bertemankan zaman yang penuh moden ini
mereka tidak mengenal apa itu Islam 
meskipun keturunannya Islam
Duhai ibu dan ayah
peliharalah iman si kecil
kerana ku gusar
mereka nanti nanar mencari apa itu iman
ayuh duhai ibu duhai ayah
kasihanilah si anak
yang dahagakan  kasih dan didikan agama oleh ibu dan ayah
tanamlah rasa cinta pada Allah sedari kecil
agar terbina Islam di dalam didalam diri anak-anak
terlahir generasi yang Quranik...
usah biarkan anak-anakmu nanar terkapai-kapai tanpa iman di dada

Thursday, 24 November 2011

Permata-permata islam

Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah atas pertemuan yang cukup indah. Selama 5 hari berkampung bersama adik-adik permata islam satu kenangan yang cukup indah. Ditarbiyaah sedari umur 7 tahun lagi. Subhanallah. Belajar Qasidah bersama 3 beradik dari maahad lelaki. Terima kasih Ya Allah.. Semoga adik2 permata islam akan menjadi permata islam yang bersinar suatu hari nanti.

Wednesday, 16 November 2011

Kebaikan dalam Kebaikan ^-^




Assalamualaikum.

Saya lontarkan persoalan kepada sahabat2 semua, apa yang di maksudkan dengan kebaikan dalam kebaikan?

Semua mesti nak jadi baik kan? Semua orang mesti nak dapat yang baik-baik kan? Hatta siapa pun dia.

Pada pandangan saya, kebaikan dalam kebaikan ni ibaratnya kita mencari kebaikan dalam setiap yang datang, dalam setiap yang kita temui.

Seringkali kita mengungkap "Pasti ada kebaikan (hikmah) di balik kejadian ini," atau, "Ini merupakan berkah dari Allah." Ianya bukan lagi ungkapan yang ganjil kita dengar, tapi mungkin cuma segelintir.

Hidup kita semakin hari semakin singkat menjengah usia...semakin dekat pula panggilan kematian. Cuba kita renung ke dalam diri apakah kebaikan yang telah kita lakukan.???

Berbuat baiklah selagi mana kita masih diberi ruang dan peluang oleh Allah.
jika kita seorang Mahasiswa, bakal mahasiswa, telah bergelar mahasiswa...
ingatlah....

"Hidup kita ini bukannya untuk mengejar IJAZAH yang suatu hari kita semua akan menjadi JENAZAH.

Kadang2 kita sibuk,  sibuk dengan perihal orang lain yang lubang sana lubang sini hinggakan kita terlupa akan diri kita sendiri yang ada compang campingnya. 

"Jangan kita sibuk mencari kesilapan orang lain tapi nilailah diri sebelum kita menilai orang lain"

Dalam tak sedar, kita telah menunjukkan dalaman diri kita, samada baikkah kita atau sebaliknya?
Tepat sekali kata-kata  Prof. Muhaya  "Dunia luaran adalah cermin dalaman diri kita" . Apa yang kita lontarkan itulah diri kita. 

Cuba kita lihat diri kita dalam diri setiap orang yang kita jumpa, dalam setiap situasi yang kita lalui....



Saya ingin kongsikan tips daripada Prof. Muhaya, jika ingn menjadi baik dan melakukan kebaikan iaitu 3M

1) Mulai dengan diri sendiri
2) Mulai saat ini
3) Mulakan dengan perkara baik2

Pengalaman sahabat saya (NIA). Nia memang suka untuk berbuat baik, tapi fikirannya kadang2 membantutkan niatnya. Mana taknya, biasalah syaitan tak boleh tengok orang nak buat baik sikit, ada je nak menghasut.  Ada yang  rasa Nia diperbodohkan, dipergunakan sebab dia mengikut je bila orang minta pertolongan. "Peduli dengan apa omongan orang yang negative, yang penting kita sebarkan aura positif". 



 Tapi hakikatnya tak bermakna kita diperbodohkan bila mana kita memberi pertolongan dan melakukan apa yang orang minta tolong. Cuba kita fikir baik2, kita hidup ini untuk berbuat baik kan, apa salah jika kita tolong kerana Allah bukan untuk mendapat penghargaan manusia.

"Kalau kita buat baik  bukan kerana Allah  kita akan rasa diperbodohkan, tapi jika kita buat baik  kerana Allah kita tidak akan rasa diperbodohkan. Dan ingat orang yang tidak berbuat baik adalah orang yang bodoh". 
Jangan sesekali kita merasa letih untuk berbuat baik....


"Peganglah islam sekuat mungkin, sepenuh jiwa, dan tenagamu, untuk kita mendapat kebahagiaan dan merasai keindahan dalam kehidupan dunia mahupun akhirat, insyaallah. 



Friday, 11 November 2011


“  Aku memohon dengan kemulian-Mu  dan kehinaanku agar Engkau merahmatiku.
Aku memohon dengan kekuatan –Mu dan kelemahanku.
Dengan kekayaan-Mu dan kefakiran-Ku.
Inilah diriku yang penuh dusta  dan banyak salah tersungkur dihadapan-Mu.
Engkau mempunyai banyak hamba selainku
dan aku tidak mempunyai  Tuhan selain dari Engkau.
Tiada tempat berlindung dan penyelamat selain Engkau.
Aku memohon pada-Mu dengan permohonan orang yang mengharap 
dan aku merintih pada-Mu dengan
Rintihan hamba yang tunduk lagi hina.
Aku berdoa kepada-Mu dengan doa orang yang dalam ketakutan
Yang terdesak di hadapan-Mu serta luluh hatinya kerana –Mu”

Mahkota diri...

Assalamualaikum kepada semua...alhamdulillah malam ni sempat luangkan sedikit masa untuk entry kali ni. Pernahkah kita merasa malu? Patutkah kita merasa malu? perlukah kita untuk merasa malu? Masih adakah rasa malu dalam diri? Antara persoalan-persoalan ini, di manakah kita berada?

Malu sesuatu yang subjektif. Malu ialah cabang iman. Sabda Rasulullah s.a.w : maksudnya " Sifat malu adalah salah satu cabang iman, maka tiada berimanlah orang yang tidak ada malunya." Jadi memang kita patut untuk merasa malu. Kerana Allah telah menganugerahkan dalam diri kita sifat malu yang sememangnya sangat berharga dan bernilai. Tapi, ingat untuk siapa kita harus malu? Malu yang bagaimanakah yang perlu? Sesungguhnya kita sebagai hamba Allah harus malu pada Allah, Pencipta kita, kerana di bumi Allah lah kita pijak, dengan nikmat Allah lah kita masih lagi di beri luang untuk hidup, peluang untuk bertaubat. Semuanya pinjaman dari Allah. Malu lah kita, sedangkan kita hanya seorang hamba yang tidak punya apa-apa, semua yang kita ada hanyalah pinjaman. Tapi apa yang kita sudah lakukan sepanjang hayat kita? Berapa lama dah kita hidup di bumi Allah.?

Kita mungkin malu dengan sedikit kekurangan yang ada pada kita, kita mungkin malu kerana tidak mempunyai pakwe, makwe seperti orang lain, kita mungkin malu dengan kemiskinan pada kita.. Tapi apakah itu yang dikatakan malu? inilah yang dikatakan "Patutkah kita malu" jika hal- hal begini. Tidak pantas untuk kita malu, kerana kekurangan itu anugerah dari Allah, kekurangan itu sebenarnya satu kelebihan iaitu mendidik kita menjadi hamba yang bersyukur. Allah berfirman dalam surah Ibrahim : 7


" Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat kepada mu, dan jika kamu mengingkari nikmatku maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih"


Carilah kelebihan disebalik kekurangan dan kelemahan yang Allah kurniakan, insyaallah kita akan bisa melihat keagungan Allah. Untuk apa kita malu jika kita tidak mempunyai pacar, alangkah bertuahnya kita kerana kita terpilih oleh Allah untuk menjaga hati kita, cinta kita hanya untuk Allah. Kita tidak usah malu jika kita miskin, tapi kita perlu bersyukur kerana diberi kekayaan hati. Jangan kita malu yang tidak bertempat. Usah kita malu menyampaikan kebenaran.

Kita seharusnya malu kerana dengan Allah, dengan diri kita. Jika kita orang yang lebih malu lah dengan orang yang kurang. Selama kita hidup, sejauh mana kita menjaga anggota pinjaman ini, menjaga perut kita daripada perkara haram n syubhah dan sejauh mana kita dengan Allah dan sejauh mana kita menjaga amanah yang Allah berikan pada kita? Sama-sama kita menjernihkan jiwa kita, kerana mungkin kita pernah melintasi daerah ini tanpa kita sedar, mungkin juga kita belum melalui daerah ini..kerana setiap orang ada pengalaman tersendiri dalam sebuah perjalanan. MALU itu mahkota diri, jangan sesekali kita tanggalkan dari diri kita.

" Kita adalah amanah dari Allah, jika kita seoarang anak, kita adalah amanah ibubapa, jika kita seorang ibu/ bapa, kita amanah anak2, jika kita seorang isteri, kita amanah sang suami, jika kita bergelar muslimah kita juga amanah seorang ayah n bakal suami. jika kita seorang pekerja, kita amanah pada tanggungjawab kita, jika kita seorang daie, seorang berilmu, kita amanah pada semua yang memerlukan kita, " wallahua'alam.

Musafir perjuangan.

Duhai insani

Perjalanan ini perjalanan nurani
Kembara ini kembara imani
Cabaran demi cabaran kian mendatangi
Pelbagai kerenah manusia akan dikau hadapi
Maka……
Duhai insani
Siap siagalah dirimu dengan bekal taqwa di hati
agar dirimu tidak tersungkur buat kedua kali
Memang  terkadang hidup banyak disakiti
Tapi itulah hakikat kehidupan realiti
Tapi….
Duhai insani
Hidup ini bukan  kebahagian yang hakiki
Di sana nanti kebahagian sejati menanti
Berpautlah pada pautan kasih ILLAHI
Genggamlah tali Aqidah sekuat hati
Redhalah dengan ujian yang diberi
Hadapilah cabaran yang menanti
Agar TAQWA menghiasi hati nurani
Moga  cinta dan kasih ILLAHI dikau perolehi


Hatiku milik MU...




Ya Rabbul Izzati
Aku memohon pimpinan-Mu
Dalam memimpin hati ini
Dalam mendidik  hati ini
Yang lemah lagi tak terdaya
Ya Allah
Pimpinlah kelemahan hati ini
Dalam melalui kembara imani
Berilah cahaya  pada hati ini
Sebagai suluh cahaya untuk aku meneruskan perjalanan ini
Bersihkan hati ini dari kejahatan nafsu
Dalam melaksanakan
Ketaatan kepada-Mu
Menggali khazanah  kitab suci-Mu
Di bawah redup kasih-Mu Tuhan
Moga setiap yang aku lakukan
Bisa memberi cahaya hati  di lubuk
Yang kerdil ini
Agar aku bisa menghayati setiap ayat-ayat
Cinta-Mu untuk aku lebih dekat dengan-Mu

Tuesday, 1 November 2011

Assalamualaikum =). Semoga perjalanan hari ini diberkati Allah. Entry kali ini, bukanlah apa sangat, sekadar mahu berkongsi. UJIAN? Sahabat2 semua mesti faham apa yang di kata ujian kehidupan. Kita manusia tidak pernah sunyi dari di uji. Kerana apa? Dalam surah Al-ankabut, Allah berfirman
 " apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman" dan mereka tidak diuji? Dan sungguh Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang2 yang benar dan pasti mengetahui orang2 yang dusta."       Qs(29: 2-3)

Saya juga pernah menjadi seorang pelajar, di sana kita dikehendaki mengambil ujian paling kurang 2 kali setahun, mid sem dan final sem. "Kita mengambil ujian untuk di uji"..right? Ujian adalah untuk menguji sejauh mana tahap kita, jika di alam pengajian, ujian/ test sebagai penanda aras (indicator kita sebagai pelajar) sejauh mana kita menguasai dan sejauh mana kefahaman kita terhadap apa yang kita pelajari. Samada cemerlang atau memuaskan. 

Kita kembali kepada realiti kita sebagai hamba Allah, hidup di dunia untuk mengabdikan diri kepada Allah. Semestinya Allah menguji kita untuk melihat tahap keimanan hamba-NYA, meningkat atau menurun tiap kali di beri ujian, meskipun ujian yang sama. 

Kenapa Allah menguji aku perkara yang sama ek? berfikir saya sambil memandang ke arah langit nan biru.     " orang beriman tidak akan jatuh kedalam lubang yang sama sebanyak 2 kali" kata-kata yang pernah saya terbaca ini menerjah ke fikiran saya menyebabkan saya tersenyum sendirian.  Sebab Allah mahu melihat sejauh mana keimanan hambanya. Jika hambanya tidak mampu mengatasi ujian yang di beri dan terjerumus ke dalam lubang sama, tahap imannya mungkin di takuk yang lama. Kisah ini, adalah pengalaman musafir di perjalanan nurani . Setelah di selongkar, di cari hikmah di sebalik ujian, inilah yang saya perolehi, hanya mampu terima dan bersangka baik dengan anugerah Allah. Semoga setiap ujian yang Allah titipkan buat kita sebagai hamba-NYA adalah ujian yang mampu kita hadapi dengan bantuan dari-NYA...=)

“Bilamana Allah mengujimu tentang sesuatu hal maka bersangka baiklah, mungkin Allah ingin membina kekuatan pada kelemahan dirimu krn DIA Maha Mengehtahui titik kelemahan n kekuatanmu.
yakinlah disebalik semua itu tersirat sejuta hikmah dan kebaikan, ble DIA menguji, ujian itu akn bertalu2 datang, hingga engkau lemas , dan di situlah semakin kuat engkau berpaut pada-NYA. berterimakasihlah pada meraka yang menjadi asbab dirimu diuji. "